Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower
Malaysia Cheap Web Hosting KASPERSKY ANTIVIRUS 2011 hanya RM 29/year

Jenguk-Jenguk: 5 website yang aku suka lepak

Setiap orang mesti ada blog-blog kegemaran yang sememangnya dah ingat kat kepala ni mana nak pegi kalau korang nakkan sesuatu info tu. Sama seperti aku, apabila aku bosan dan memerlukan sesuatu untuk dibaca jarang sekali aku menaip Google.com sebaliknya aku akan direct to the point pada mana-mana website yang aku suka. Dibawah ini adalah port-port dimana aku suka lepak mengikut keadaan dan informasi yang aku perlukan.

Tech – LiewCF

Kalau nak tau ape-ape latest info mengenai gadget or something yang ada kena mengena dengan tech, inilah port lepak aku. Kadang-kadang waktu aku terjumpe perkataan yang agak pelik contohnya- Apple MAC(pelik ke?) dalam blog JushKhai, aku akan menggoogle perkataan tersebut dalam blog LiewCF untuk melihat sejauh mana beliau mengutarakan topik tersebut.

Automotive- Paul Tan

Kat blog ni aku suke tengok gambar-gambar kereta. Ape info yang aku nak tau tentang motokar aku akan pegi port ni. Kalau sebulan aku x melawat blog ni, mesti aku terlepas pandang yang Proton dah keluarkan INSPIRA. huhuhu~

Cerita Pelik dan sensasi – Selangor2u

Selangor2u ni owner dia member aku. Setahu aku blog ni memang femes dengan isu-isu hangat dan sensasi. Tak heranlah aku selalu melawat blog ni, lagi-lagi waktu tension. Melawat blog ni boleh lepaskan banyak masalah aku. Seriously, korang try lah. Aku adalah salah sorang subscriber jadi aku akan dapat email update secara terus dari Selangor2u.

Bosan-bosan- JustKhai

Aku tak tau ape speciality mamat ni. Setiap post yang aku baca di blog JustKhai akan membuatkan aku rasa macam malas jeĀ  nak stop baca. Malah aku jadi semakin hanyut dan leka dan mahu tahu lagi ape yang akan terjadi seterusnya. So sebelum aku terus terleka dan hanyut kebiasaannya aku akan memastikan yang tajuk post tu memang betul-betul penting untuk aku baca. Kalau tidak, once aku dah start perenggan awal confirm aku akan baca sampai habis!

Perniagaan Internet- Irfankhairi

Siapa yang tak kenal dengan beliau, mencipta fenomena apabila berjaya menjadi jutawan dengan menjual peta Malaysia secara online. Orang kata, nak jadi macam seseorang kenalah berguru dengan orang tu. Jadi di sinilah tempat aku belajar mengenai ilmu-ilmu bisnes online atau motivasi.

Salam Maulidul Rasul, Inilah tarikh yang perlu diingati umat Islam sedunia

Blog Mantra ingin mengucapkan Salam Maulidul Rasul kepada seluruh umat Islam sedunia. Inilah tarikh yang perlu kita ingati dan bukannya hari Valentine. Telah pun keluar Fatwa HARAM menyambut valentine’s day bagi umat Islam. Sempena hari yang mulia ini, marilah kita sama-sama berselawat seikhlas dan sebanyak yang mungkin sebagai mengingati dan menghargai kasih sayang Nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya, walaupun umatnya sering alpa dengan nikmat dunia (Nauzubillah).

Umat Islam tidak menyambut Valentine Day

Hari ini, aku mendapat email dari kekasih aku. Bukannya email untuk menyambut hari kekasih tetapi email untuk melarang aku dari menyambut hari kekasih. Aku kongsikan email tersebut. Moga-moga ini adalah salah satu usahawa kecil aku dalam berdakwah ingat mengingati sesama saudara se-Islam :

“Apabila menjelang je 14 Februari tiap2 tahun, orang akan sibuk nak sambut Hari Kekasih, tak kira Islam ke bukan Islam, masing2 nak tunjuk tahu menghargai kekasih masing-masing tanpa ambil tahu sejarah hari kekasih.

Versi 1

Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 2

St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3

Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.

Apakah kesan menyambut Hari Kekasih?
Walau apa pun versi yang kita rujuk, ternyata sambutan Hari Kekasih bertentangan dengan ajaran agama kita. Justeru bagi mengelak kemurkaan Allah, eloklah kita menjauhinya. Jangan kata pak imam ke, tok bilal ke, kalau dah berdua-duaan, pasti akan wujud orang ketiga, inikan kita yang iman pun sekangkang kera. Sebab tu lah, kita dilarang hampiri zina. Usah kata buat zina, hampiri pun sudah dilarang”


Jika anda meniduri kekasih pada 14hb Februari (hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 10 Mei (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia). Jika di lihat pada aspek perubatan, anda dinasihatkan jangan cuba perkara ni pada semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb Disember (hari Aids sedunia)