Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Movie: Evolusi KL Drift 2

Mantra baru je habis tengok movie KL drift 2 petang tadi. Wah boleh tahan juga ye. Kutipan filem KL Drift 2 ni dah mencapai 3.6 juta pada hari ketiga di pawagam. Hebat! Mana taknya, tadi pun bersesak-sesak orang nak beli tiket filem KL Drift 2 ni. Apa pun syabas buat filem melayu. Hidup melayu.

KL Drift 2 ni adalah sambungan daripada KL drift 1, dimana kalau korang ingat lagi dalam KL drift 1 si Sham(Farid Kamil) dilanggar kereta kerana nak menyelamatkan kawan baiknya, Zack. Dalam KL drift 2 Sham masih lagi hidup tetapi kakinya tempang.

KL Drift 2 mengisahkan JOE, si Mafia ni nak cari gaduh dengan Zack, sebabnya si Zack ni tau aktiviti kumpulan Joe dan ini merupakan ancaman buat Joe. Jadi, dia memutuskan untuk mengheret Zack dalam kancah aktiviti gengnya(dadah) apabila dia sabotaj zack dengan meletakkan dadah di dalam salah sebuah kereta di bengkel Zack. Dan dalam masa yang sama polis datang menyerbu. Maka bermulalah masalah besar dalam hidup Zack yang tidak bersalah.

Akhir cerita ni, kekasih baru Zack mati ditembak oleh Joe. Alamak tak best la pulak bila heroin mati. Yang “tak boleh bla” nye, dan aku rasa tak puas hati bila tengok scene masa Awek Zack, Aleeya ditembak dan terbaring atas riba Zack. Tapi apa yang dikatakan oleh kekasih Zack ni?

” I love u, I love u, I love u”

What the h**l? Dah nak mati itu yang disebut? Yang si Zack pun satu, ajarlah mengucap ke ape. Kita kan Islam, dalam filem pun kenalah masukkan unsur Islam sikit. Teringat Mantra ada satu babak tu sasha ada sebut “Ya Allah”, tapi bab time nak mati tak pulak nak mengucap. Memang unsur barat betul!Tak bolehlah 100% ikut barat. Orang barat tu lain.

Setakat itu jelah yang slacka. Yang lain, OK kut….. dari 5 bintang nak bagi berapa ye? Ok Mantra bagi 4 bintang untuk filem KL Drift 2. Lagi-lagi kat part yang kereta diorang hancur tu memang cun lah. Korang nak bagi berapa?

Tags: , , , , ,

2 Responses to “Movie: Evolusi KL Drift 2”

  1. April 6th, 2010 at 12:27 am

    Nozi says:

    Salam,

    Wah…dah crita dah ni tk syok la..hehe..tkpe2….review apa2 yg patut…

  2. April 7th, 2010 at 9:09 am

    Mantra says:

    @nozi, ala citer sikit-sikit je..huhu

Leave a Reply