Menghargai Pengunjung Blog Anda

Salam Sejahtera pembaca Blog Mantra,

Seperti yang Mantra tahu, tanpa pelawat/visitor maka tidak gunalah kita berblog. Melainkan blog itu adalah catatan peribadi dan hanya orang tertentu sahaja yang dijemput dapat melihat hasil penulisan blog tersebut. Jadi Visitor adalah harta yang paling bermakna bagi sesebuah Blog. Malah, ranking sesebuah blog juga dinilai dari jumlah visitor yang hadir ke blog. Semakin ramai pelawat, semakin tinggi ranking blog tersebut. Jadi mengapa tidak kita menghargai pelawat setia blog kita bukan?

Terdapat banyak cara untuk menghargai pelawat setia blog. Antaranya seperti membuat pertandingan/contest secara terbuka dan diberi hadiah, membuat list blog mereka(jika mereka ada blog), bertukar link dengan mereka dan pampangkan dimuka hadapan dan yang paling mudah dan praktikal ialah menilai mereka secara ranking.

Disini saya akan terangkan cara terakhir iaitu menilai mereka dari segi ranking. Macamana untuk membuat ranking tersebut? Katakan Si A dan si B sering mengunjungi blog kita. Tetapi bezanya si A mengambil bahagian atau orang puteh kata ” take part ” dalam penulisan blog manakala si B tidak. Dalam erti kata lain Si A selalu mengutarakan komen dan pendapatnya setiap kali ada post terbaru yang kita buat. Si B pula hanya menjadi silent reader. Si B hanya seronok membaca. Walaupun dia rasakan dia langsung tidak bersetuju dengan artikel diutarakan namun dia membiarkan sahaja. Dia hanya membiarkan si A sahaja yang memberi maklum balas.

Jadi disini perlu kita memberi lebih penghargaan kepada si A. Caranya mudah sahaja, cuba kamu lihat dibahagian bawah blog ini mempunyai senarai komen terbanyak yang bertajuk “penghargaan”. List ini akan memampangkan mereka-mereka yang sering “participate” dengan memberi komen diblog saya. Semakin banyak yang mereka komen, nama mereka akan berada di ranking paling atas. Untuk pengetahuan semua, ianya bukan sekadar nama sahaja. Nama ini mempunyai pautan link ke blog atau website atau apa-apa yang mereka link kan diblog kita. Maka sedikit sebanyak mereka akan merasakan diri mereka dihargai dan secara tidak langsung kita telah membantu mereka dengan memberi traffik. Mereka juga dapat tempias traffik ke link yang mereka beri.

Ops entry ini bukanlah bermaksud untuk menyisihkan si B. Si B juga memainkan peranan penting untuk sesebuah blog. Malah saya percaya golongan B ini lebih ramai jumlahnya berbanding golongan A. Si B ini adalah mereka-mereka yang lebih gemar membaca dari menulis. Dan ada juga antara mereka yang tidak tahu akan kepentingan “linkback”. Dengan membuat langkah pada perenggan sebelum ini mungkin akan membuat si B lebih cemburu kepada si A. Dan ini mungkin akan menggalakkan si B untuk turut serta “participate” diblog kita nanti.

Bagi yang sudah lama berblogging sudah pasti kamu telah ramai rakan blogging yang berkunjung ke blog kamu. Ataupun kamu sendiri pasti telah melanggan beberapa blog yang kamu suka untuk dibaca. Bila ada post terbaru pasti kamu adalah orang pertama yang memberi komen :) Sesekali tidak salah kamu promosi blog mereka dalam post kamu juga. Bagaimana? Dengan menyelitkan link blog mereka dalam post yang kamu buat. Contohnya, seperti saya link blog rakan perniagaan saya dalam bentuk perkataan iaitu ” rakan perniagaan”. Ataupun mungkin kamu menulis perkataan “kelakar” sambil linkkan blog rakan kamu yang membuat entry tentang video lawak diblognya. Jika blognya membenarkan trackback, secara automatik ia akan muncul diruangan komen post tersebut. Jika kamu masih blur apa yang dikatakan trackback, lihat gambar ini

trackback

Cara melakukannya mudah sahaja. Kamu cuma perlu meletakkan link khas iaitu satu link penuh (permalink) blog yang kamu mahu pada entry diblog kamu sendiri. Contohnya seperti

http://fathuri.com/diari-seorang-online-network-marketer/diari-aku-gdi-siri-3/

Link ini adalah link khas bagi satu entry di blog fathuri.com dibawah entry bertajuk “diari aku dan gdi (siri 3)”. Trackback tidak berjaya jika anda hanya meletakkan link kepada domain utama seperti

http://fathuri.com

Dan syaratnya entry bertajuk “diari aku dan gdi (siri 3)” di blog Fathuri.com hendaklah membenarkan Trackback atau pingback. Jika tidak, maka trackback anda tidak akan keluar diruangan komen di entry khas blog fathuri.com tersebut. Bagi memastikan ini tidak berlaku, baca perenggan seterusnya.

Adalah lebih baik jika setiap kali sebelum kamu publish apa-apa entry baru diblog kamu, pastikan kamu membenarkan 2 setting ini. Setting ini dapat dilihat di bahagian bawah di ruangan membuat entry blog kamu iaitu membenarkan komen pembaca dan juga membenarkan trackback/pingback.

membenarkan-trackback

Kesimpulannya, dengan menghargai pembaca blog akan membuatkan mereka lebih selesa untuk kerap kembali ke blog kita. Tanpa pembaca setia blog anda mungkin kurang semangat untuk menulis. Sebaliknya jika anda mempunyai pembaca setia sudah tentu anda tidak akan kering idea untuk berblogging. Jumlah pelawat ke blog boleh juga boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi untuk Mantra teruskan berblogging.

Dapatkan plugin Top Commentator untuk lebih menghargai pengunjung setia blog anda disini. Cara pemasangannya

1. Download plugin

2. Extract file .zip dan upload ke wp-content atau upload secara terus file .zip di ruangan wordpress admin

3. Klik pada menu “appearance” kemudian “widget” di menu kiri dashboard

4. Activatekan widget bertajuk “top commentator”. Ubah sedikit setting dengan menekan “edit”. Setelah selesai klik save.

5. Drag kemana sahaja lokasi widget yang anda mahukan.

Mudah sahaja untuk upload plugin ini. Selamat mencuba dan

Terima Kasih kerana membaca :)

P.S Ranking dibawah ini telah diubah settingnya. Ranking akan Di “reset” semula setelah menjelang tahun baru.

Menghargai Pengunjung Blog Anda
This entry was posted in tips and tricks and tagged , , , . Bookmark the permalink.

23 Responses to Menghargai Pengunjung Blog Anda

  1. faizal says:

    salam perkenalan mantra :) . terima kasih sebab sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa tu..hehe. hmm..penting sangat..hargai pengunjung blog anda. Ala macam orang datang rumah kita..buat la pape yang patut..buat air ke,ape ke.. tak gitu mantra?

    • Mantra says:

      Betul tu. Amalan melayan tetamu tu amalan yang sangat dituntut dalam Islam. So bila orang dah sudi datang, layan dia sebaik mungkin. Samalah konsep menghargai tetamu blog supaya mereka datang lagi lepas ni…

  2. Poziabb says:

    Hargai Pengunjung Blog Kita; tips yg bagus untuk diikuti…terima kasih Mantra, aku pon teringin nk letak ‘top pengomen’ kat blog aku, hehehe…kalo ari ni dorang dtg bawak limau, sok lusa arap2 dorang bawak la anggur ke ape ke,,,lepak lepak kat blog kita…ahaks!!!
    .-= Poziabb´s last blog ..One Drop Perfumes PERCUMA!!! =-.

  3. Assalamualaikun Tuan Rumah.

    Post di atas benar & tepat!

    Wah!, semakin hari idea dan tulisan di blog ini semakin berisi dan unik.

    Menarik. InsyaAllahm akab praktik idea yang bernas ini ASAP.

    Salam ceria & inspirasi

    “Pemburu Impian”
    .-= Pemburu impian´s last blog ..Diari Aku & Duit (siri 3) =-.

  4. Kobot says:

    Info yang sangat berguna ni. Thanks for sharing..

  5. abgzol says:

    Artikel yang sangat bagus telah dikongsikan mantra di sini. Semasa aku mula2 berblog dulu pon perkara ini aku tak ambik berat. Menghargai rakan pengunjung ke blog kita adalah ‘hubungan silaturahim’ yang harus dikekalkan.

    Tanpa mereka yang sudi singgah di blog kita..takde maknanya gak blog kita tu kan umpama syok sendiri jer! Trafik ada sangat mustahak dalam menaikkan reputasi si blogger & sekaligus jika terlibat dengan aktiviti buat duit di internet ini adalah sangat membantu. Terutamanya pengunjung setia tak akan was-was untuk membeli produk yang dipromosikan kerana mereka juga akan rasa rapat dengan penulis!

    Salam suksess buat rakan pembaca di sini ;)

    • Mantra says:

      “Tanpa mereka yang sudi singgah di blog kita..takde maknanya gak blog kita tu kan umpama syok sendiri jer!”

      Saya tambah lagi satu tips menghargai pengunjung blog ialah dengan

      MEMBALAS SEGALA KOMEN YANG DIBERI dengan sebaik dan secepat mungkin, lagi-lagi komen pertanyaan ;)

  6. tenkiu..tenkiu..aku juga termasuk dlm list di blog ko…dlm blog aku pon sebegitu…
    .-= MyDailyBlog.Info´s last blog ..Dapatkan Backlinks daripada Social Bookmarking sites yang DoFollow =-.

  7. mohdisa says:

    betul2…hehe…hargailah pengunjung anda. :)
    .-= mohdisa´s last blog ..UniMAP Menghalang Para Pelajar Mengakses MalaysiaKini? =-.

  8. Mus says:

    Idea yang menarik. Pasti akan dicuba selepas ini. tq bro!

  9. Poziabb says:

    Oh no! Comluv had an error with your feed, see message below!show more

    Mantra…xnk review comment luv ke?

  10. Alhamdulillah, mantra berkonsi sesuatu yang positif. Pengunjung blog umpa tetamu yang datang ke rumah kita. Tetamu perlu dihargai dan diberikan layanan terbaik. Lebih-lagi apabila mereka membantu kita dengan memberi komen bernas dan idea yang baik.
    .-= Motivasi Kerja´s last blog ..Bonus Dalam Kerja =-.

    • Mantra says:

      InsyaAllah, apa yang saya tahu saya kongsikan. Namun ini cuma pendapat saya aje. Ada kemungkinan betul dan ada kemungkinan tidak. Tetapi menghargai tetamu adalah perkara yang betul.

      “Lebih-lagi apabila mereka membantu kita dengan memberi komen bernas dan idea yang baik”

      Sebenarnya komen ini boleh dikatakan win-win situation. Kedua-dua pihak mendapat manfaatnya. Apabila komen seseorang itu telah meninggalkan backlinks kepada blognya

  11. goldemas says:

    terima kasih ye…banyak lagi yang saya kena belajar nampaknya.
    .-= goldemas´s last blog ..Road Show Bersama JUTAWANEMAS, POKLI & PUBLIC GOLD ke Seluruh MALAYSIA =-.

  12. hallo
    Terimakasih artikelnya, sangat Bermanfaat sekali, salam kenal buat teman2 semua, Jangan lupa, kalau ada waktu Berkunjung ke blog Bujang Riau http://www.darma-saputra.co.cc, terimakasih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>