Maxis Vs Celcom Vs Digi BroadBand: Digi Sedang meningkatkan Service Broadband
Weekend yang begitu menyeronokkan. Aku mengambil cuti 3 hari dan pulang ke rumah orang tua. Dalam kesempatan tersebut, sempat juga aku melanggan Maxis Broadband yang menawarkan bayaran sebanyak RM 18 sebulan. Apa yang buat aku tertarik ialah kelajuan access internet maxis broadband yang dicuba uji pada laman web Youtube, no buffering! Tanpa buang masa aku terus sign-up.
Dalam masa yang sama aku juga adalah pelanggan Celcom broadband. Kenapa aku subcribe kedua-dua company ini. Saje, untuk buat perbandingan dan try and error. Dari pengamatan aku, memang ada perbezaan pada kedua-duanya. Apa yang aku perhatikan,
Celcom Broadband
Waktu aku subscribe (lebih kurang bulan Febuari 2010) kelajuannya agak biasa sahaja. Kadang-kadang OK kadang-kadang tidak. Memandangkan aku tinggal di Pasir Gudang, kawasan rumah sewa aku tak memberi access yang baik untuk celcom broadband. Cuma ada masa-masa yang tertentu sahaja kelajuannya memuaskan. Tetapi apabila berada di KL, tiada masalah. Cuma seperti apa yang aku cakapkan, kelajuannya tak menentu. Kadang-kadang tak laju langsung! Tetapi dari segi download dan upload, walaupun slow tetapi connectionnya jarang terputus.
Maxis Broadband
Kelajuannya memang tip top (agaknya Maxis baru upgrade). Tiada masalah di tempat tinggal aku di Pasir Gudang. Cuma, apa yang kurang memuaskan ialah kelajuan untuk upload file. Lebih-lebih lagi waktu hantar email bersama attachment, upload gambar ke ebay, upload gambar ke Facebook dan apa-apa lagi yang memerlukan sesi meng’upload’, kelajuannya mengecewakan. Kadang-kadang retry sampai 5 kali!
Setakat ini penggunaan maxis broadband memang yang terbaik, tetapi dari segi mengupload gambar aku akan tukar kepada celcom broadband. Kalau korang ada yang tengah plan nak beli broadband, pilih dengan bijak. Nanti tak rugi korang bayar tiap-tiap bulan.
Oh ya, sekarang ini asik-asik cerita pasal Maxis dan Celcom. Ada satu yang tertinggal. Dah lama tak nampak iklan makhluk kuning kat TV. Apa cerita ya? Dengar-dengar Digi pun sekarang tengah mantapkan servis broadband mereka?
DiGi focused on wireless services
P.S Nak try juga kut-kut Digi punya paling murah dan dapat selesaikan masalah yang dihadapai pesaingnya
Related Posts :
Tags: broadband review, celcom broadband, digi broadband, maxis broadband
This entry was posted on Tuesday, June 1st, 2010 at 6:22 am and is filed under Review. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
