Kasihan Mereka



Setakat 4 hari gempa bumi di Indonesia sekurang-kurangnya hampir 500 bangunan dipercayai runtuh dan musnah teruk.
Kejadian gempa bumi berskala 8 skala riktor ( lebih kuat dari tsunami yang lepas) telah mengakibatkan hampir 900000 penduduk di padang, Indonesia dan sekitarnya kehilangan tempat tinggal. Kasihan mereka. Alhamdulillah pelajar-pelajar Malaysia disana tidak apa-apa. Saya pun risau beberapa orang kawan sekolah saya yang sedang belajar disana. Apalah nasib mereka. Semoga mereka semua selamat.
Saya membaca surat khabar tadi dan tertarik dengan satu tajuk berita. Berita berkenaan Solat Jumaat di sana (kawasan berlaku gempa bumi) diteruskan juga tanpa pembesar suara akibat terputus bekalan elektrik. Gambar yang ditunjukkan sangat memilukan apabila pada jemaah dan imam berpanas di tengah hari kerana mereka berjumaat tanpa bumbung. Dan imam pula terpaksa meninggikan suara untuk memastikan para jemaah mendengar khutbah yang disampaikan. Hati saya pilu. Orang-orang ini masih bersolat jumaat walau didalam kesusahan sedangkan ramai antara kita yang tidak bersolah jumaat, walaupun kita tidak mempunyai sebab untuk tidak solat. Adakah perlu terjadi perkara sebegini baru hendak bersolat jumaat? Itupun kalau nyawa kita masih panjang sempat jugalah pergi solat kalau tidak? Nauzubillah…
Malaysia tidak terlibat?
Pada malam 30 Oktober lalu saya sempat berbual dengan rakan di Shah Alam melalui Yahoo Messenger. Dia ada tanya saya “ada rasa tak gegaran lebih kurang pukul 6.30 tadi?”. Saya kata saya tak terasa pula. Memandangkan saya tidak berada di sekitar Shah Alam. Di Perak keadaan seperti Normal sahaja. Mereka disana(Shah Alam) berasa ada gegaran tapi tidaklah kuat. Ada juga antara mereka disana yang cemas.
Rakyat Malaysia seperti kita semua perlu bersyukur kerana tidak terlibat dengan gempa bumi seperti di Indonesia sana. Saya masih teringat mata pelajaran Geografi sewaktu sekolah menengah dahulu. Ia berkisar tentang “Lingkaran Api Pasifik”. Lingkaran ini adalah satu barisan yang bersambung dimana barisan ini merupakan kawasan yang aktif dengan bencana alam seperti Letupan Gunung Berapi dan Gempa Bumi. Line berwarna merah dibawah menunjukkan kawasan lingkaran Api Pasifik di Asia Tenggara.
Malaysia tidak terlibat. Syukur Alhamdulillah kerana kita ditakdirkan ditempat yang selamat. Negara yang hanya terlibat adalah negara Indonesia, Filipina dan beberapa negara lain. Sebab itu di Negara mereka terdapat beberapa Gunung Berapi yang masih aktif mahupun yang sudah “mati”.
Namun begitu, tidaklah bermakna kita tidak perlu bimbang tentang bencana gempa bumi ini. Ini semua adalah kehendak yang maha esa. Jika Allah mahu perkara tersebut berlaku, sekelip mata sahaja ia berlaku. Kita sebagai umat Islam patut berwaspada dengan segala tindak tanduk kita. Sekarang ini pun, Malaysia juga sudah mula terlibat dengan kejadian bencana seperti Tsunami beberapa tahun yang lepas. Adakah anda telah lupa? walaupun tidak berlaku di Malaysia tetapi kita juga merasa tempiasnya.
Jadi apakah tindakan kita sebagai umat Islam dimuka bumi ini?
Ramai saudara seislam dengan kita di Indonesia. Jadi apakah tindakan kita sebagai umat Islam apabila saudara kita berada didalam kesusahan? sudah tentu kita perlu bantu mereka. Tidak kira samaada dengan wang/harta atau kiriman doa dari jauh. Jika ada kelapangan carilah di surat khabar atau peka sedikit dengan program-program bantuan gempa bumi Indonesia. Sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan bebanan dibahu mereka semua. InsyaAllah kita tergolong seperti mereka-mereka yang prihatin ini
http://cuepacs.blogspot.com/2008/09/cuepacs-sumbang-tabung-gempa-bumi-di.html
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Agama/20091002233400/Article
http://jawiherbshop.blogspot.com/2009/09/tabung-gempa-bumi.html
Satu soalan saya untuk kawan-kawan semua. Adakah ini dari tanda-tanda hari kiamat semakin hampir?
Related Posts :
This entry was posted on Saturday, October 3rd, 2009 at 6:38 pm and is filed under news. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



October 3rd, 2009 at 11:38 pm
Gempa bumi kali ni lebih kuat daripada gempa yang sebabkan tsunami di Aceh ke?
Gempa yang menyebabkan tsunami di Aceh adalah sangat besar. Jangkaan magnitud gempa pada masa itu ialah 9.2-9.3…
Mengikut akhbar di sana, ada bantuan Malaysia ditolak atas alasan hasil judi…
.-= beliamuda´s last blog ..Satu-satunya kad raya =-.
October 4th, 2009 at 1:39 am
Oh 9.2 skala? saya pun tak ingat. Nanti cek balik. Tapi gempa bumi di dalam laut lebih besar bahayanya berbanding di darat.
Oh pasal berita tu, saya ada dengar jugak. Tapi malas la nak ulas. Biar je la dekat mereka. Asalkan
“tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima”
Betul tak gitu?
October 4th, 2009 at 2:32 am
semoga kita dijauhkan drp terjadinya perkara sebegini…amin
.-= MyDailyBlog.Info´s last blog ..Tutorial Membuat SiteMap Pada Blog WordPress =-.
October 4th, 2009 at 2:46 am
betul, dan kiamat sememangnya telah hampir dengan kita..
.-= beliamuda´s last blog ..Imbas kembali September 2009 =-.
October 4th, 2009 at 2:41 pm
amin…
October 13th, 2009 at 1:37 pm
dalam Al-Quran sendiri dah menerangkan pasal gempa bumi ini.. time gegaran dan sebab berlakunya gegaran..
cuma 1 jer x puas hati.. mereka menolak langsung sumbangan kita.. hmm.. masih x sedar diri lg tuh…
October 14th, 2009 at 2:25 pm
Itulah masalahnya…
Diorang dah susah, kita tolong…
lepas tu tolak. Ego la diorang nih..
November 6th, 2009 at 2:48 pm
Niat kami ikhlas nak membantu.nak harapkan sumbangan Amerika.sudah tentu haram.banyak Kasino di negara mereka.
.-= mesticun´s last blog ..Terbitnya blog Mesticun.co.cc =-.
November 10th, 2009 at 2:42 am
Salam,
Memang kesian dengan nasib mereka lebih2 lagi kanak2.
Moga mereka dilindungi Allah. Kita pun perlu sentiasa bersyukur kpd Allah kerana selamat dari malapetaka seperti ini.
.-= Nozi´s last blog ..Hakcipta Blog atau Blog Copyrighted =-.