2 Perkara yang Menggembirakan Hari ini

Sunday, November 1, 2009 20:01
Posted in category bukti pendapatan

Salam sejahtera pembaca Blog Mantra,

2 perkara yang membuatkan saya lebih bersemangat dan yakin bahawa internet adalah satu medium utama buat duit diinternet. Yang pertama ialah saya berjaya mendapat wakil dari negeri Perak iaitu saudara Mohamad Mustaffa. Tahniah kepada yang mendaftar! Kini tinggal 12 tunggak utama group Masih kekosongan setelah 2 diisi oleh wakil Terengganu dan Perak masing-masing.

komisen-affiliate

Berita kedua saya terima ialah saya mendapat komisen affiliate buat pertama kalinya! RM 50 daripada saudara Yoji. Mendapat komisen sebagai affiliate amatlah susah jika kita tidak betul-betul memahami tentang produk yang dipromosi. Kita haruslah faham dan mendalami perkara dan elemen penting mengenai produk affiliate yang kita promosikan. Ini akan membuat pembeli lebih yakin untuk membeli. Sama juga seperti perniagaan GDI. Kita perlu faham apa yang diniagakan oleh GDI dan apa yang menyebabkan pembeli membeli perkhidmatan ini? perlukah mereka membeli ? apa manfaat mereka? adakah masalah mereka selesai dengan membeli? Semua perkara harus diteliti sebelum kita mampu menjadi super affiliate! bukan sekadar mempromosi membabi buta. Ini adalah perkara yang sia-sia(mengikut pengalaman saya lah)

Alhamdulillah, Rezki kurniaan yang maha esa. kini saya telah membuktikan bahawa saya juga mampu mendapat hasil daripada internet. Walaupun tak banyak, ini adalah permulaan bagi saya sebagai Newbie. Bermula dengan RM1, meningkat kepada RM 10, seterusnya RM20 dan kini RM 50 pula. Saya yakin sesiapa pun mampu. Apa yang penting ialah tindakan. Tanpa tindakan kita umpama tiada apa-apa. Apa yang penting ialah ilmu,stratergi dan ibadah perlu digabung bagi menjana kekuatan seiring mencapai matlamat sebagai seorang pemburu impian!

You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “2 Perkara yang Menggembirakan Hari ini”

  1. Poziabb says:

    November 3rd, 2009 at 6:15 pm

    Apa yang penting ialah ilmu,stratergi dan ibadah perlu digabung bagi menjana kekuatan seiring mencapai matlamat sebagai seorang pemburu impian!
    @Mantra; jangan jadikan IBADAH sebagai pemangkin untuk mencapai habuan di dunia…kelak IBADAH kita jadi KOSONG TANPA ISI…

  2. mantra says:

    November 4th, 2009 at 1:57 am

    Apa yang penting ialah ilmu,stratergi dan ibadah perlu digabung bagi menjana kekuatan seiring mencapai matlamat sebagai seorang pemburu impian!

    Islam agama mudah. Jangan susahkan dengan pemikiran sempit kita bro. Saya kata “menjana kekuatan”. Menjana disini bermakna membina,mencipta. Seiring bermaksud membawa bersama-sama. Bukan menggantikan. Jadi takde masalah rasanya kalau saya menggabungkan aspek ibadah dalam memburu impian. Saya langsung tidak mengusik isu ibadah sebagai pemangkin semangat.

    Adakah bro ikhlas dalam beribadah?

  3. Pemburu Impian says:

    November 4th, 2009 at 9:43 am

    Assalamualaikum Tuan Rumah,

    teringat pantun Melayu…. “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian…Salam ceria & Inspirasi, Assalamualaikum.

  4. Poziabb says:

    November 4th, 2009 at 3:29 pm

    @Pemburu Impian;
    WSalam KingFath…teringat sebaris puisi greek; “jangan kamu menyangka bahawa kekalahanmu pd petang ini bakal membawa kemenangan kpdmu pd esok petang, mana tau pada awal paginya, kepalamu sudah dipancung!!!”

  5. sipipeh says:

    November 6th, 2009 at 8:34 am

    akum..pelan2 kayuh

Leave a Reply