Kaji selidik Umum: Apa yang anda akan buat jika ada $10?

Tuesday, October 27, 2009 4:16
Posted in category kaji selidik

Salam sejahtera pambaca,

Hari ini tergerak untuk tahu pendapat pembaca tentang satu perasaan ingin tahu berkenaan wang bernilai $10 (10 dollar). Dalam duit kita lebih kurang dalam RM 35 (Bergantung berapa nilai matawang sekarang). Tidak kiralah samaada anda mahu komen diblog ini atau mahu menjawabnya sendiri didalam hati anda. Soalan saya amat ringkas. Jika saya berikan anda $10 apakah perkara paling utama akan anda buat?

Tolong jawabnya dengan ikhlas samaada anda mahu gunakan $10 tu untuk beli apa? Atau anda mahu menyimpannya? Atau adakah anda mahu menggunakannya separuh kemudian menyimpan $5 bakinya untuk hari esok? Sila jawab dengan jawapan yang menunjukkan itu adalah anda. Diri anda yang sebenarnya. Jawapan yang tidak ada dorongan atau pengaruh sekeliling anda.

apa-yang-anda-nak-buat-dengan-10

You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Kaji selidik Umum: Apa yang anda akan buat jika ada $10?”

  1. Poziabb says:

    October 28th, 2009 at 3:35 pm

    Mantra…katakan $10 itu bersamaan RM40, maka aku akan;

    i- beli sekotak Marlboro + dua batang kretek RM10
    ii- belanja sekolah anak2; RM2 x 8 orang 16
    iii- minyak motor ke tempat kerja 3
    iv- sarapan pagi + makan tengahari 8

    JUMLAH RM37/xx

    setiap hari…ya! setiap hari, itulah perbelanjaan asas setiap hari. masih banyak item yg tidak aku masukkan di sini. barangkali orang lain pon seperti ini; kalau ada pon, mungkin sedikit lebih atau sedikit kurang!
    ps - ada tak lain2 pembaca ingin respon artikel ni, dan letakkan senarai penuh perbelanjaan mereka setiap hari atau setiap bulan?

  2. Mantra says:

    October 29th, 2009 at 5:30 am

    Secara kasarnya bro poziabb membelanjakan RM1110 untuk sebulan. Macamana dengan bil eletrik, internet semua tu?

  3. Poziabb says:

    October 29th, 2009 at 1:37 pm

    Mantra…apa kaitannya jawaban ko ngan survey ni!? huh!!!…..

  4. mantra says:

    November 4th, 2009 at 1:58 am

    Saja nak tau. Nak tau besar ke $10 bagi mereka

  5. Poziabb says:

    November 4th, 2009 at 3:39 pm

    @Mantra;
    $10 -
    bagi KANAK2 terlalu banyak…dua tiga bulan belanja tak maunya abis!
    bagi ORANG TUA terlalu bernilai…digosok2 dicium2, terkadang disimpan sampai setaun!!
    bagi KITA ntah la…kengkadang belanja kawan breakfast pon tak cukup!!! UWAAA…

Leave a Reply