Income Pasif dengan Program Affiliate GDI

Friday, October 16, 2009 14:29
Posted in category program affiliate

Salam sejahtera pembaca blog Mantra,

konsep-perniagaan-gdiHari ini saya ingin bercerita tentang program Affiliate GDI dan bagaimana kita boleh menyertainya. Seperti yang diketahui,GDI atau namanya Global Domain International bukan sahaja menyediakan servis domain, webhost dan email pro tetapi turut menyediakan peluang membina empayar perniagaan bersama mereka. Apabila seseorang itu telah pun menyertai GDI, dan of cource dia berhak mendapat domain dot ws yang dimahunya, dia juga boleh membina pendapatan pasif dengan memperkenalkan servis GDI ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga mereka yang lain.

Setiap yang mendaftar akan mendapat satu domain, sebuah website dan email (saya ulang). website ini jika anda masih belum menggunakannya, anda boleh redirect kepada ‘replicated’ website yang disediakan oleh pihak GDI. Misal kata anda baru sahaja menyertai GDI hari ini dan anda perlukan masa selama sebulan untuk setup website GDI anda. Untuk tempoh sebulan itu anda boleh gunakan replicated website anda dan ini dapat mengelakkan pelawat datang ke website yang tidak siap, tidak lengkap atau error apabila domain dot ws anda itu ditaip pada web browser.

kredit: niagaonline.biz

kredit: niagaonline.biz

GDI menyediakan peluang membina pendapatan lumayan apabila anda memperkenalkan kepada rakan lain dan mereka turut mendaftar. Konsep ini sama seperti affiliate marketing. Baiklah kita recall apa itu affiliate marketing. Affiliate ialah satu program dimana kita menjadi agen pemasaran kepada sesuatu produk. Misal kata Pak abu menjual baju di internet. Jadi Pak abu memiliki kedai dan barang untuk diniagakan. Kita sebagai orang biasa yang tidak mempunyai modal, duit dan produk boleh juga tumpang senang dengan Pak Abu. Bagaimana? dengan menjadi agen pemasaran kepada Baju-baju Pak Abu. Apabila ada orang beli baju tersebut melalui kita, maka kita akan menerima komisen 20% misalnya. Inilah yang dinamakan agen pemasaran. Kita mendapat keuntungan hasil dari jualan yang kita buat.

Contoh diatas boleh disamakan dengan program affiliate Pay Per Sale. Ada jualan, maka ada komisen. Bermakna kita hanya akan dapat komisen apabila produk tersebut terjual. Selepas itu kita tidak akan menerima apa-apa komisen lagi. Melainkan produk tersebut terjual lagi melalui link kita.

Di GDI, konsepnya sama. Apabila anda menyertai GDI anda akan diberi beberapa “replicated” website yang mempunyai id anda sendiri. Apabila pelawat meletakkan nama dan email mereka, pihak GDI telah merekodkannya ke dalam database dan anda juga akan diberitahu bahawa sipolan bin sipolan dan email sekian-sekian telah pun menonton video yang ada pada website dot ws anda. Maka ini memudahkan anda untuk kerja follow up.

Berbeza Program Affiliate GDI dan program affiliate Pay Per Sale biasa ialah program affiliate GDI menyediakan peluang pendapatan pasif. Ini bermakna, selepas seseorang itu mendaftar melalui link anda, anda akan dapat komisen. Tidak terhenti setakat ini sahaja. Jika anda ingat balik, yuran servis GDI ialah $10 sebulan. Dan selagi yuran ini dibayar oleh downline anda, selagi itulah anda akan berterusan mendapat komisen. Ia tidak terhenti setakat anda berjaya mendaftarkan seseorang kemudian dapat bayaran dan stop. Tidak sama sekali. Sebaliknya ia berterusan sehingga mereka berhenti membayar yuran dan tidak lagi mahu menyertai GDI.

Program Affiliate GDI ini boleh disertai sesiapa sahaja dan prospeknya memang luas. Anda bayangkan ini ialah perniagaan Global. Sesiapa sahaja di dunia ini mampu mendapatkan domain dot ws mereka pada harga yang semua mampu.$10 atau lebih kurang RM 35 sebulan tidaklah besar mana. Ia cuma harga secawan teh tarik yang anda minum setiap hari. Tetapi dengan harga secawan teh tarik itu anda mampu meraih hingga puluhan USD. Adakah anda dapat melihat peluang ini? Mungkin anda rasa tidak. Bagi saya ramai dah membuktikannya. Lihat sahaja pada leaderboard GDI. Memang terbukti mereka dapat apa yang mereka usahakan. Jika mereka mampu, kita pun pasti mampu!

gdi-lately-newcomersDi ruangan Dashboard ahli GDI, terdapat satu menu dimana kita boleh melihat bilangan klik dan lawatan trafik ke website/link affiliate kita setiap hari. Ya konsep ini sama sahaja dengan kebanyakan affiliate yang kita sertai sekarang. Mempunyai statistik pelawat dan dari mana datangnya traffik amat penting bagi ahli affiliate. Dari situ kita akan belajar meningkatkan bilangan visitor ke website kita. Dan dengan meningkatnya trafik maka meningkatlah new sign up.

Program affiliate GDI memang mudah dilakukan oleh kita kerana konsep mempromosinya sama sahaja dengan konsep kita mempromosi affiliate yang kita telah sertai. Ia hanya satu link yang mempunyai id unik. Setiap link akan ada id anda. Dan GDI akan membantu ahlinya untuk follow up Prospek jika ada antara pelawat yang meletakkan nama dan email mereka tetapi mereka masih belum menyertai GDI. GDI turut menyediakan program training bersama mereka bagaimana menguasai affiliate mereka seterusnya menjana pendapatan lumayan dalam mata wang USD!

Soalan saya, adakah anda sudah biasa dengan program Affiliate? atau anda sekarang sedang giat mempromosi program affiliate? Jika jawapannya Ya, anda perlu cuba program affiliate GDI dan anda lihat nanti apa hasilnya. Konsepnya sama sahaja seperti program affiliate tempatan yang kita join tetapi GDI ini merupakan program MLM. Bukan perniagaan MLM biasa yang dibenci oleh ramai orang, tetapi sebuah MLM internet. GDI dan internet marketing tidak lari jauh malah saya rasa ia berada dalam tempurung yang sama.

* Sebar artikel ini tanpa mengubah isi kandungan.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply