Hello world!

Sunday, October 4, 2009 0:38
Posted in category gdi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera pembaca blog Mantra,

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinnya dapat juga saya menyiapkan sebuah lagi blog peribadi milik saya dibawah penggunaan subdomain journey.saifulizwan.com. Setelah sekian lama saya tangguhkan hasrat untuk membina blog ini, akhirnya siap juga terbina.

Sebelum itu saya akan memperkenalkan diri saya secara ringkas. Nama penuh saya ialah Mohd Saiful Izwan bin Razali. Saya merupakan pelajar tahun 3 kejuruteraan Mekanikal di salah sebuat Universiti Swasta tempatan. Saya mempunyai minat yang mendalam dalam dunia perniagaan online. Sehingga hari ini saya masih bertahap newbie dan masih banyak lagi yang perlu saya pelajari dan baiki kelemahan diri saya.

Saya juga telah terlibat dengan perniagaan perkhidmatan dimana saya mengambil upah untuk setup Blog Wordpress untuk kegunaan peribadi atau perniagaan. Perniagaan ini saya hanya lakukan secara part time dan juga sebagai menguji tahap ilmu saya dari segi pemasaran dan pengiklanan. Alhamdulillah berjaya juga saya mendapat sales walaupun tidak menggalakkan baru-baru ini. Stratergi perniagaan yang saya gunakan ialah internet marketing dengan menggunakan sebuah minisite yang saya cipta sendiri di blogekspress.com. Kepada sesiapa yang inginkan Blog Wordpress seperti ini boleh mendapatkan perkhidmatan daripada saya. Boleh dikatakan minisite ini 100% dibina oleh saya untuk menguji tahap “kepakaran” saya dalam bidang laman web dan minisite. Jelas terbukti perjalanan saya masih jauh.

Saya juga merupakan seorang part timer blogger. Walaupun tidak pandai menulis, tidak pernah menjadi seorang debater diwaktu zaman persekolahan namun saya tetap juga menulis dek kerana minat yang mendalam dalam dunia blogging. Lagi-lagi ramai yang telah membuktikan yang mereka berjaya mencipta ribuan ringgit dari sebuah blog, maka saya pun turut mencuba nasib. Jadi saya wujudkan blog pertama saya yang dihostkan atas hosting sendiri iaitu saifulizwan.com pada hujung tahun 2008.

Sebelum ini saya adalah pengguna tegar Blogger. Selama berbulan-bulan saya menggodek fungsi blogger dan banyak ilmu yang saya dapat. Boleh dikatakan waktu itu saya terlalu minat terhadap blog. Sehingga ujudnya 10 buah blog! Akhirnya saya mengalah. Saya mengaku bahawa saya adalah seorang newbie dan mengawal 10 buah blog dalam waktu yang sama adalah sesuatu yang mustahil. Selepas itu satu per satu blog saya delete. Hanya yang tinggal ialah 1 blog kesayangan saya iaitu www.engineeringshare.blogspot.com dimana blog ini adalah tempat saya menyimpan koleksi pembelajaran saya di Universiti. Apa yang saya lakukan hanyalah untuk membantu golongan junior di kampus saya bagi memudahkan mereka mendapat rujukan. Walaupun tidak lengkap blog ini namun saya masih lagi cuba untuk memperkemas dengan isi kandungan yang bermanfaat.

Untuk pengetahuan semua, saya adalah seorang individu yang gagal. Mengapa saya berkata begitu? kerana saya masih belum menjadi seorang yang berjaya. Namun semangat dan usaha yang berterusan sedikit demi sedikit membuang niat putus asa didadalam hati sanubari saya. Pernah terlibat dalam beberapa perniagaan offline sebelum ini dan semuanya gagal. Pada tahun 2006 saya pernah terlibat dengan sebuah syarikat MLM tempatan dan selama setahun saya mencuba, saya gagal. kemudian beralih kepada syarikat MLM ke-2 untuk jangka masa 6 bulan dan mengalami nasib yang sama masih tetap gagal. Kemudian pada awal tahun 2007 saya berniat untuk mengabdikan masa yang saya ada untuk menguasai FOREX namun cita-cita ini hanya hangat-hangat tahi ayam kerana saya tidak fokus. Mengapa saya tidak fokus? kerana pada waktu yang sama saya telah terjumpa satu perniaaan yang paling mahal didunia iaitu perniagaan WWW(online biz). Hati saya menjadi tertarik untuk mempelajarinya. Sejak itu saya mula menghadap komputer hampir separuh masa saya gunakan untuk mengkaji jenis perniagaan ini. Beratus-ratus buku saya download di internet dan berbelas-belas buku saya beli untuk mendalami ilmu ini. Mujur saya terjumpa panduan yang menyebabkan saya berani bermula denga memiliki blog dot com saya sendiri. Saya sangat bersyukur kerana dengan panduan ini saya tidak lagi Zero berkenaan ilmu Internet marketing dan ilmu Blog.

Satu demi satu panduan saya baca dan belajar. Namun saya masih lagi tidak berjaya menghasilkan duit. Tidak mengapa, saya masih mencuba. Banyak perkara yang saya dapat belajar dan yang penting, saya mendapat ramai kawan online :) Terus terang saya katakan hubungan saya dengan rakan online lebih akrab dari rakan offline. Walaupun kami tidak pernah bersua namun impian dan cita-cita yang sama membuatkan kami seakan-akan rakan yang akrab. Saya bersyukur. Dan dengan rakan online inilah terbuka minda saya untuk mencipta sebuah kumpulan “Networking” dimana saya dan mereka bersama-sama berjuang memburu impian. Impian yang kami yakin akan tercapai tetapi masa dan usaha yang memberi kami rintangan.

Dengan idea membina networking group yang kuat inilah memaksa saya untuk membina sebuah blog yang ringkas sebagai “pejabat” utama saya dalam berurusan dengan rakan seperjuangan saya. Maka saya ciptakan blog ini. Blog yang simple tetapi bermakna. Blog Kumpulan MANTRA dalam mempelopori perniagaan MLM online terbaik didunia. Mengapa saya kata terbaik didunia? Jawapannya ada di dalam video ringkas ini.

Mulai saat ini, blog yang ringkas ini saya akan gunakan sebagai diari perjalanan saya bersama kumpulan saya memburu impian dalam membina pendapatan 5 angka. Matlamat ini telah diinspirasikan oleh seorang ketua kumpulan kami yang berkaliber bergelar saudara FATHURI. Beliau ialah rakan online yang baru dikenali dalam tempoh beberapa bulan lepas. Sifat keperibadian beliau terserlah dan membuatkan saya tertarik untuk memilihnya sebagai leader. Bukan saya seorang. Saya diiringi oleh 3 sahabat yang lain iaitu waka, fahdi, dan Nabiel. Si Fahdi itu adalah rakan se-universiti namun kami tidak pernah berjumpa :) Kami berlima mewujudkan satu team dalam mencapai matlamat 5 angka dalam tempoh 16 bulan. Leader kami telah pun menyiapkan Plan-plan dan latihan yang perlu kami ikuti sepanjang tempoh 16 bulan. Saya harap plan ini membantu saya dalam membentuk satu keperibadian saya yang unggul. Saya diberitahu bahawa setiap stratergy dan plan adalah berlainan untuk kami setiap seorang. Jadi blog ini akan menjadi saksinya.

Baiklah sudah tentu tujuan utama blog ini diujudkan telah diketahui. Semata-mata untuk mencatitkan perjalanan saya dan rakan seperjuangan lain dalam memburu impian. Segala ilmu yang saya ada akan saya kongsikan disini. Segala yang saya lakukan akan saya tulis bulat-bulat disini. Jika pembaca tidak mahu menyertai saya sekalipun, sekurang-kurangnya ada ilmu yang boleh diperolehi dari blog ini.

Ikhlas,

Mantra

You can leave a response, or trackback from your own site.
Tags:

3 Responses to “Hello world!”

  1. Pemburu Impian says:

    October 3rd, 2009 at 11:26 pm

    Tahniah!. Akhirya impian menjadi kenyatan.

    “Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinnya dapat juga saya menyiapkan sebuah lagi blog peribadi milik saya dibawah penggunaan subdomain journey.saifulizwan.com. Setelah sekian lama saya tangguhkan hasrat untuk membina blog ini, akhirnya siap juga terbina.”

    Sebuah Journey yang mencabar, dicabar dan tercabar sudah bermula!

    Ayuh. Teruskan langkah berani itu.

    “Pemburu Impian”

  2. Mantra says:

    October 4th, 2009 at 1:53 am

    Terima kasih KingFath kerana banyak membantu. Terima kasih kerana sudi lawat blog tak seberapa ni…

  3. Poziabb says:

    October 9th, 2009 at 4:34 am

    Salam epul_Mantra…

    1- ‘memburu impian’ banyak cabaran & rintangannya… arap2 bro dapat tangani ngan bijak dan berhemah!

    2- di samping dugaan, rintangan & cabaran sediada yg langsung tak terduga…INSYAALAH bro akan berjaya ‘MENGGAPAI IMPIAN’ jika kesemuanya dapat ditangani dengan baik…untuk lebih pantas mendapat apa yg diimpikan, terkadang seseorang itu memerlukan “DUGAAN DICIPTA & DIBINA” oleh seseorang (biasanya seseorang paling hampir dengannya!…anak2, isteri/suami, ibu/bapa, sahabat dsb…)

    3- mahukah bro…AKU TAWARKAN ‘dugaan dicipta & dibina’ tersebut? aku akan jadi “PENGHALANG, RINTANGAN, CABARAN & DUGAAN” tuk ko capai ’segala yg ko impikan!’… tawaran percuma tanpa sebarang bayaran melibatkan RM!!! percuma percuma percuma…

    4- INSYAALLAH! bro akan lebeh cepat & pantas menggapai impian, jika dapat menangani satu demi satu ‘rintangan’ yg aku sediakan ini, hehehe

    5- nak? tak nak? nak tak!? eh eh nak ke tak nak ni!!? bisu ke bangang nih!!!?? jawab la ooi!!!…

Leave a Reply