Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Jom “Menjadi Jutawan MLM”

Salam sejahtera pembaca Blog Mantra,

Kamu semua mahu jadi jutawan? Dah confirm-confirm jawapannya “Yes”. Amat sedikit bilangan yang mengatakan “No” kerana golongan ini mungkin terdiri daripada mereka-mereka yang loyar buruk belaka. hehehe…

Menjadi jutawan memang salah satu dari Impian-impian Mantra. Memang amat jauh perjalanan untuk menjadi jutawan, tetapi Mantra percaya pasti ada jalannya. Ya, saya yakin PASTI ADA JALANNYA. Bak pepatah melayu ada menyebut “Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya”.

Sebenarnya tajuk post diatas adalah tajuk salah sebuah buku daripada 3 buah yang Mantra baru “rembat” di kedai buku MPH di Shopping complex Alamanda, Putrajaya baru-baru ini sewaktu menziarah kawan disana. Sempat juga singgah di sana untuk mengetahui update tentang buku-buku terbaru berkenaan dunia “Business Online”. Tajuk buku ini memang menarik perhatian bukan? Apakah konsep “jutawan” yang ingin disampaikan didalam buku MENJADI JUTAWAN MLM hasil tulisan saudara Mohd Rozani Pawan Chek ini?

InsyaAllah setelah habis baca nanti saya review isi kandungan buku diblog ini. Mungkin ia membantu golongan-golongan pemburu impian seperti Mantra juga? Dan mungkin juga kita dapat bekerjasama dalam mewujudkan satu kumpulan yangkuat semangat juangnya yang diterajui oleh seorang pemimpin yang hebat.

Jika kamu rasakan perlu untuk mendapatkannya, silalah ke kedai buku berhampiran sementara stok masih ada. Harga cuma RM 20 sahaja.

Nak tahu apa yang berlaku? pastikan kamu mengikutinya di episode akan datang :)

buku-menjadi-jutawan-mlm

P.S kongsi pengalaman raya pertama anda untuk mendapatkan duit raya dari Mantra disini

Tags: ,

14 Responses to “Jom “Menjadi Jutawan MLM””

  1. September 28th, 2009 at 6:23 pm

    Poziabb says:

    Kamu semua mahu jadi jutawan? Dah confirm-confirm jawapannya “Yes”. Amat sedikit bilangan yang mengatakan “No” kerana golongan ini mungkin terdiri daripada mereka-mereka yang loyar buruk belaka.

    MANTRA…AKU TAK NAK JADI JUTAWAN! I’M SERIOUS, NO JOKE JOKE!!! bukan loyar buruk, betul betul cakap; “aku tak mahu jadi jutawan, yesss…”

  2. September 29th, 2009 at 1:45 am

    shahrul says:

    Bagus juga ko review buku jutawan ni. Memberi informasi berguna kpd org ramai.

  3. September 30th, 2009 at 6:04 am

    Motivasi Kerja says:

    Jom juga kita menjadi jutawan akhirat. Mudah-mudahan kekayaan dunia dan akhirat kita seimbang. Tidak hanya mengingati wang sahaja, sebaliknya juga kita sama-sama memantapkan amalan ibadat kita. Amin.

  4. September 30th, 2009 at 6:47 am

    Mantra says:

    yup.Betul tu..
    Thanks atas peringatan. Baru ler rezki yang kita dapat tu berkat….InsyaAllah…

  5. September 30th, 2009 at 12:06 pm

    Poziabb says:

    @ Motivasi Kerja & Mantra;

    i- tiada seorang pon manusia yg dianugerahkan ALLAH TA’ALA dgn kedua2nya…kecuali Nabi Allah Sulaiman A.S.

    ii- Sahabat Rasulullah S.A.W.; Abu Bakar As-Siddiq, ‘Othman b. Affan, Abdur Rahman b. ‘Auf dan ramai lagi adalah contoh jutawan yg meninggalkan harta benda dunia yg sementara kerana menginginkan anugerah ALLAH TA’ALA di negeri akhirat yg kekal abadi…

    iii- So,,,jgnlah mengimpikan tuk jd jutawan di dunia, krn besar kemungkinan kita akn bangkrap di akhirat!

    iv- maka hendaklah kita (memperingatkan akan diri sendiri juga); BERDOA UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP DI DUNIA DAN LEBIH2 LAGI KEBAHAGIAAN HIDUP DI NEGERI AKHIRAT YG TIADA AKHIRNYA…
    .-= Poziabb´s last blog ..Senaman Tenaga Batin =-.

  6. October 1st, 2009 at 9:49 am

    Pemburu impian says:

    Assalamualaikum Mantra.

    “Menjadi jutawan memang salah satu dari Impian-impian Mantra”

    Statement di atas hanya berani dizahirkan oleh orang-orang yang berani.

    Sebagaimana kata-kata profesor Hamka.

    Nikmat hidup adalah perjuangan. dan perjuangan hanya milik orang-orang yang berani.

    Salam ceria & inspirasi

    Fathuri

  7. October 1st, 2009 at 3:09 pm

    Mantra says:

    InsyaAllah saudara Fathuri,

    Saya percaya latihan yang saudara berikan kepada saya akan mengimbangi ilmu keduniaan dan akhirat. Dua-dua pun kita perlu…

  8. October 17th, 2009 at 4:00 am

    titan says:

    nanti aku cari kat kedai. :)

  9. October 20th, 2009 at 12:58 am

    Mantra says:

    Bro Titan,
    Buat edisi siasat pasal buku ni pun ok jugak :D

  10. March 19th, 2010 at 6:10 am

    Robbie Mccane says:

    Man I found the best oppertunity …. check it out

  11. March 19th, 2010 at 11:48 am

    Mantra says:

    @Robbie, Hye man, thanks for the invite.

  12. April 27th, 2010 at 3:11 am

    yesresources says:

    YES! sgt pasti.. di mana ada kemahuan disitu ada jalan.. yg penting usaha…

  13. May 3rd, 2010 at 3:03 pm

    Johan says:

    Salam,

    Dalam banyak-banyak sykt MLM yang ada dalam dunia ni, cari sistem MLM yang tidak menyalahi konsep syariah…iaitu MLM Syariah.

  14. May 3rd, 2010 at 5:47 pm

    Mantra says:

    @ yesresource, Betul tu…saya setuju

    @Johan, InsyaAllah saya akan ulas tentang MLM syariah dalam post akan datang…

Leave a Reply