Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Jom Belajar buat duit sampingan

Salam semua pembaca blog mantra,

Minggu ini amat sibuk dan boleh dikatakan terlalu sibuk. Macam-macam nak kena buat sampai dah tak ingat nak update blog. Nasib ada beberapa saat untuk membuat entry ringkas ini. Sibuk kenapa? Nanti mantra beritahu di post akan datang, kalau sempatlah.

Panduan Newbie MRR dah dibuka umum

Jom belajar bagaimana buat duit dengan produk Master Resell Rights dengan Panduan Newbie MRR. Download percuma disini. Sesiapa pun mampu lakukannya. Percayalah. Download jangan tak download. Sesiapa yang terlepas tu peluang kini dibuka kembali.

Berkenaan review dan komen mantra masih menunggu dan setakat ini tiada apa-apa tindakbalas. So assume je lah panduan Newbie Mrr tu sesuai untuk disebarkan umum.

Aku dan Mr Gay

Ada cerita best. Bangun pagi tadi mantra dapat satu mesej dari seorang yang tak dikenali. Ingatkan aweks gembira la kejap hati ni. Rupa-rupanya Boy! Gay pulak tu….ish3… potong stim betul la. Best jugak layan sms dengan si mamat gay(bukan bermakna aku gay ok). Banyak juge la kredit aku habis dok sms dengan mamat nih. Konon-kononya nak bagi nasihat sket lah kan :) Seboleh-boleh nak ajak jumpe. Haish…meremang bulu eden ni ha. Nantikan kisah selanjutnya di entry akan datang. Real text sms antara “aku dan Mr gay”.

Selamat menyambut Ramadhan

salam-ramadhanSalam Ramadhan dari Mantra buat pembaca blog ini kepada yang beragama islam. Amacam korang dah ready ke? ha baguslah jangan ponteng puasa pulak nanti. InsyaAllah jika ada kelapangan mantra akan update tips-tips meningkatkan amalan dibulan puasa nanti. InsyaAllah. tak sabar nak solat terawih. Korang macamana? ada rompong tak terawih puase tahun lepas. Harap takde lah ek…

Aku dan tindakan

Mantra ucapkan berbanyak terima kasih kepada seorang sahabat baru yang dikenali melalui dunia blogging baru-baru ni. Kenapa? kerana Mantra amat tertarik dengan satu impian yang diketengahkan oleh beliau yang mantra rasa amat relevan dan praktikal untuk dilakukan. Untuk pengetahuan bro dah ada tindakan awal terhadap idea bernas yang bro kemukakan. Tahniah kepada diri sendiri:) InsyaAllah mana tau kita sama-sama berjaya merealisasikan impian yang selama ini kita idamkan, mana tahu akan jadi kenyataan. Maka disini mantra mengajak korang melihat sendiri idea bernas saudara Fathuri di blog beliau berkenaan

Idea RM 10 menjadi RM 100

Bukan ideanya sahaja malah hasil penulisan saudara Fathuri turut menarik perhatian para pembaca blog beliau. Salute kepada bro! inilah yang dinamakan orang lamo dan bakat terpendam sebagai penulis blog. Nanti kalau blog korang mempunyai idea-idea bernas sila PM mantra untuk ke sana dan beri review diblog ini. InsyaAllah apa yang baik kita kongsikan bersama.

Tags: , , , ,

15 Responses to “Jom Belajar buat duit sampingan”

  1. August 21st, 2009 at 1:19 am

    safar says:

    banyak sangat panduan.tak larat nak baca.
    selamat berpuasa.

  2. August 21st, 2009 at 6:05 am

    miela77 says:

    Salam…minat tak jadi ejen tuk edarkan Antivirus nie di UTP…berikut infonya..

    UK ANTI-VIRUS FORMULA BIO-HERBAL (QD2363-1)
    MENCEGAH H1N1

    Botol Kecil 5ml (RM20 termasuk pos) kalau ejen..lain…
    Botol besar 100ml (RM150 termasuk pos)

    Berikut adalah kandungan UK Anti-Virus Formula Bio-Herbal (Lab Testing No: QD2363-1 – Dijamin Suci)
    - Abstract Herbal, Bio Antivirus Catalysis, Multi-Oil Abstract and Synthesis, Seagrass-Citranella
    UK Anti-Virus Formula Bio-Herbal ini dirumuskan pada tahun 1988 dengan proses “r-DNA (Recombinant DeoxyriboNucliec Acid method) & Fused Cell Technique, bahan serai wangi (Natural Peptide) diusahakan oleh DR. WAN MAHANI ZAINAL ABIDIN (Ex Research Development Petronas PRSS dan kini menjadi Penyelidik Chemicals Serologist serta Senior Business Advisor Dunita Corporate World.
    Rumusan Monoclonal antibodies dengan Interferon (a-b-g), Anti-Virus & Anti-Tumor ini memenuhi keperluan keadaan kecemasan, kecederaan & keadaan apabila telah dihinggap penyakit (wabak) yang serius kerana ini mencegah penyakit dari merebak dan memulihkan penyakit dengan cepat.
    Bagaimana ia bertindak?
    Ia membantu untuk melegakan dan melapangkan sistem pernafasan untuk memudahkan pernafasan, menghilangkan batuk, sakit tekak, dan untuk menyahkan toksik dalam badan. Ia juga melancarkan perjalanan darah dan juga sistem penghadaman. Ia juga boleh membetul dan mengaturkan sel2 didalam badan bagi menguatkan imunisasi.
    Product research and developed in Australia, Germany, Saudi and Malaysia since 1988
    Kepada sesiapa yang berminat boleh email daku di Miela.77@gmail.com

  3. August 21st, 2009 at 6:18 am

    Mantra says:

    Pelan2 la safar…
    jangan gopoh..bukan u dah download ke aritu?

    anyway selamat berpuasa dan bertarawih

  4. August 21st, 2009 at 10:05 am

    fathuri says:

    Assalamualaikum Mantra. Terima kasih kerana beri sedikit review untuk blog saya.

    Moga terus tegar mengejar impian.

    Salam ceria dari saya dan selamat berpuasa

    keep in touch ye…moga kita jadi kawan yang saling bermanfaat

    Assalamulaikum

  5. August 21st, 2009 at 3:50 pm

    along says:

    Salam ramadhan :)

  6. August 22nd, 2009 at 5:13 am

    tunepal says:

    huhu. banyaknya. thanks ye sebab kongsi.

  7. August 22nd, 2009 at 6:29 am

    Mantra says:

    @ fathuri Salam bro fathuri…InsyaALLAH, takde masalah

    @ Along Salam Ramadhan buat along

    @ Tunepal takde masalah…thanks sudi jenguk blog ni

  8. August 22nd, 2009 at 8:38 am

    nashrique says:

    Hoh..akhirnya, berjaya jejak blog mantra.

    xtau napa,mgkin cnnction kat cni rsenya.

    tpi tertanya2, ada entri pasal convofair UTP, student UTP
    gak ke? jeng jeng jeng…

  9. August 22nd, 2009 at 10:50 am

    MyDailyBlog.Info says:

    hahaha aku pon,biasanya bukan kat sini perginya tapi kat web jualan..huhuhu

  10. August 22nd, 2009 at 2:36 pm

    Mantra says:

    @ nashrique yup bro sy dak UTP huhu. Thanks datang sini

    @ MyDailyBlog.Info haha sory bro…nasib tak sesat ke sini juga akhirnya yek…tips kat blog bro memang sy follow habis-habisan..

  11. August 22nd, 2009 at 11:53 pm

    mazuki selangor2u says:

    xsangka ko suka gay….hahahaha

  12. August 23rd, 2009 at 3:15 pm

    Mantra says:

    Hahaha…banyak la ko punye suka. Aku sesaje layan la…layan sms je pun bukan layan ape hahahaha

  13. August 23rd, 2009 at 3:35 pm

    Iqone_Dinie says:

    Salam mantra…wah..panjang lebar betul post ko nie erk…letih aku membaca..hehe..pe pon nice info…tahniah..

  14. August 23rd, 2009 at 5:26 pm

    Mantra says:

    salam iqone, hehe sory bro kalo letey maybe sebab puasa kut hehehe…

    bro dah add link blog mantra? =)

  15. August 25th, 2009 at 4:30 pm

    BAGAK says:

    Blog yang kemas dan menarik. Salam ramadhan :)

Leave a Reply