I am a Loser

hayati cerita ini
Mantra dan john berkawan baik. Satu hari atuk john bercerita satu kisah tentang sebatang pokok ajaib yang terletak 50 km dalam hutan berhampiran rumah kami. Hutan tersebut memang tebal. Tambahan pula jalan nak menuju ke sana dipenuhi semak samun setinggi orang. Nyamuk sebesar ibu jari. Ular dan binatang berbisa berkeliaran. Harimau apatah lagi. Berbalik kepada cerita pokok ajaib tadi. Pokok tersebut dikatakan mengeluarkan bunga pada musim bunga. Apa yang menariknya, bunga yang dimaksudkan tadi ialah duit. Ya duit! pokok ni memang betul-betul ajaib lah. Atuk john mencabar kami untuk pergi ke tempat pokok itu dan memberitahu kami tanda-tanda dimana pokok tadi terletak. Ia terletak diseberang sungai yang sangat jernih. Jadi aku dan john pun sedia menyahut cabaran atuk john dan kami bersiap untuk bertolak.
Di pendekkan cerita, aku dan john dah pun sampai ke lokasi dimana pokok tersebut terletak. Memang benar apa yang dikatakan atuk john. Air sungainya memang jernih. Dan…. wah! banyaknya duit!berjuta-juta juta… Aku dan john tergamam apabila melihat begitu banyak duit tergantung atas pokok tersebut. Rasanya macam nak terjun sungai melintas sungai tersebut. Ketika kami bersiap sedia untuk menyeberang sungai yang agak dalam lebih kurang sedalam 2 meter, kami terlihat satu papan tanda berbunyi
“awas, kawasan lalu lintas buaya-buaya yang sedang mengawan. Buaya terbesar pernah dilihat disini hampir 7 meter panjangnya”
-Cerita tamat, nama-nama diatas hanya contoh semata-mata-
Jika anda jadi Mantra apakah yang akan korang lakukan?
1. Patah balik kerumah setelah mengharungi pelbagai cabaran macam nak mati.
2. Fikir plan B
3. Kamikaze, terus terjun sebab nampak duit beb!
Ok kita kaitkan cerita ni dengan keadaan sebenar dalam kehidupan.
Pokok duit
Dalam kehidupan duit boleh dibandingkan dengan simbol kejayaan. Sebabnya orang yang diklasifikasi berjaya didunia ini diukur dari segi harta,kemewahan dan pangkat(Allah tak pandang semua tu)
Atuk John
Atuk John ialah sesorang yang mendorong kita untuk berjaya, walhal dia sendiri tidak mampu lakukan. Contoh yang paling baik ialah ibubapa kita yang sentiasa bagi anak dia pendidikan yang cukup. Sebab mereka x mahu anak mereka jadi macam mereka yang berkerja keras pagi petang siang malam untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga. Maka mereka beri dan tunjukkan jalan kejayaan kepada kita
John
John boleh dibandingkan sebagai teman yang berada disekeliling. Teman ni mampu mempengaruhi sesorang. Andai kata dari cerita atas, john ternampak signboard bahaya dan terus balik, apa yang korang rasa? berani ke nak buat benda tu sorang-sorang?
Mantra
Mantra dalam citer diatas boleh dibandingkan dengan diri kita sendiri. Sentiasa dihadapi dugaan dan malang ketika hidup kerana tuhan suka menguji hambanya untuk mengetahui samaada dia bersyukur atau tidak, sebelum memberi kejayaan kepada seseorang.
Buaya dan sungai?
Korang paham-pahamlah. I leave it to you. Apa yang korang rasa paling sesuai dengan buaya dan sungai tu ek?
Cerita ini sebagai motivasi untuk menaikkan semangat yang sedang down ;p
Related Posts :
Tags: motivasi diri
This entry was posted on Thursday, July 30th, 2009 at 10:21 am and is filed under santai. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

July 31st, 2009 at 3:38 am
macam itulah kehidupan.
July 31st, 2009 at 7:27 am
kehidupan ada turun naik…kena banyak sabar huhuhu
August 3rd, 2009 at 1:21 pm
Tidak ada jalan mudah untuk berjaya. Pasti ada liku-liku yang menguji kesabaran kita. Cuba cari penyelesaikan pada setiap kesusahan. Jangan lari dari masalah. Jika tidak,anda digelar pengecut. So,cuba dan terus mencuba..
August 3rd, 2009 at 2:33 pm
Thanks Nozi atas nasihat dari orang yang lebih matang
sy akan melikurinya dengan Plan B yang lebih baik