Hati-hati, mereka memang licik: Blog kena Hack!
Tengah hari tadi aku terkejut dengan sms dari seorang member online aku
” Blog kena Hack ”
terkejut juga aku. Tak pernah pulak aku mengalami blog kena hack. Cuma lihat blog orang lain kena hack ade la.
“cuba check blog mantra”
“blog Mantra ok je”
Fuh! lega. Alhamdulillah blog Mantra tak diapa-apakan. Waktu tu aku di luar. Ada urusan di Klang. Sepanjang urusan hati tak tenteram. Bermain-main dalam fikiran apakah sebabnya blog kawanku ini di ceroboh. Nak kata password tak juga sebabnya aku dah setkan 18 digit password untuk blognya(Aku tolong setup blog dia)
Setibanya aku dirumah apa lagi terus aku buka blog berkenaan. Memang benar. Turkish hacker punya keje. Tak diketahui apa punca dan sebab blog di hack. Apa yang terjadi selepas blog di Hack?
Homepage ditukar
Kebiasaanya Blog yang dah dihack akan diletakkan Homepage yang pelik (selalunya background warna hitam) dan mempunyai details si hacker. Ada contact email pulak tu.
Bahasa Pelik
Bahasa yang tak faham bila dibaca. Mungkin bahasa kebangsaan si Hacker tersebut. Lain kali tulis la dalam BI. Dah la menyusahkan!
Blog Tak boleh Login
Apabila dicuba username dan password blog, tak berfungsi. Hacker tu dah tukar agaknya.
Yang menyakitkan hati aku bukan setakat blog kawan aku sorang je yang di hack. Bila cek beberapa kawan-kawan yang lain juga turut dihack. Kalau tak silap setakat ni yang Mantra cek ada 4 Blog semuanya. Mungkin ada lagi yang belum beritahu aku.
Kepada kawan-kawan yang sedang baca entry ini, berwaspada. Sila tukar password WP sekarang. Blog kita dalam bahaya. Tukar la dengan password pelik-pelik sikit. Elakkan password mudah seperti “12345″. Elakkan juga password terdiri dari nama domain korang.
Yang mantra pelik, ada diantara blog yang kena hack tu menggunakan password yang agak susah untuk diteka. Jadi kesimpulannya, bagaimana cara sebenarnya untuk kita elak perkara ini dari berlaku? ada pesanan dan nasihat baik dari rakan pembaca? Kongsi-kongsikanlah ye.
Related Posts :
Tags: blog kena hack, hacker, hacking
This entry was posted on Tuesday, November 24th, 2009 at 11:29 am and is filed under blog. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.


November 24th, 2009 at 1:00 pm
pelik tu kalau blog dah mantap password kena hack… WP version mmg pakai yang latest ke?
Rasanya blog ni pun macam pakai versi 2.7.1 je kan?
.-= beliamuda´s last blog ..(Gambar) Perodua MPV Alza =-.
November 24th, 2009 at 1:26 pm
fuh. nasib baik blog mantra ngan blog hamba x kena.. kena tukar password nih.. thanks for the info bro.
.-= awe´s last blog ..Site Under Construction =-.
November 24th, 2009 at 3:15 pm
Blog Mantra » Apa nak buat bila blog dah kena Hack? says:[...] sekali, bertenang dan fokus. Jangan gabra. Tiada masalah yang tidak mempunyai penyelesaian. Kamu patut bangga kerana mereka ini begitu [...]
November 24th, 2009 at 3:20 pm
@ beliamuda, yup betul. Saya still pakai versi 2.7.1 tapi Alhamdulillah takde pe yang kena. Yang version baru 2.8 yang latest pulak terkena. Apa nak buat takde rezki.
p.s saje tak update sebab selesa pakai version ni…
@ awe, nasib menyelebahi kita…alhamdulillah. Tukar pasword biar panjang berjela asal ingat jangan harini tukar panjang2 esok dah lupa apa pulak password baru aku….hehehe…
p.s lawa theme bro…jelez…hehehe