Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Archive for the ‘santai’ Category

Dah sampai.Fuh! leganya

Buat pertama kalinya barang yang Mantra hantar ke Overseas dah sampai. Lega rasanya…

yes i received the item

it was in very good condition

thank you very much.

Soheil SAFAI,”

Mamat ni dari Jepun. Penghantaran ke Jepun hanya mengambil masa 7 hari bekerja je. Bagusnya servis dari Pos Malaysia. Salute!

P.S busy sampai tak sempat nak update blog

Maulidul Rasul

Esok, bersamaan 26/02/2010 Mantra mengucapkan Salam Maulidul Rasul, Hari peringatan insan termulia bagi umat Islam iaitu Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Justeru Mantra mengajak rakan-rakan yang beragama Islam supaya banyakkan berselawat pada esok hari sebagai tanda peringatan dan penghargaan kita kepada Nabi Muhammad S.A.W

Blog Mantra sedang menghadapi 2 masalah iaitu ‘Homepage’ blog ini tidak memaparkan post yang ter ‘latest’. Sejak akhir-akhir ini post latest yang saya buat tidak dipaparkan di “Hompage” blog ini. Komen-komen pada post juga tidak diupdate dan seolah-olah timeline blog ini masih tertinggal dibelakang. Dan apabila Mantra login di ruangan Admin dan masuk semula ke “homepage”, barulah ada post terbaru dan juga komen-komen baru diblog ni. Apabila Saya “Log-out” semula dari ruangan admin, perkara sama berlaku lagi.

Masalah kedua ialah gambar tidak boleh diupload melalui Worpress. Jadi gambar-gambar terpaksa diupload secara manual ke hosting, kemudian upload semula menggunakan “URL”. Cara ini memang leceh dan memenatkan.

Mungkin ada sesiapa yang menghadapi masalah yang sama? kongsikanlah bersama Mantra jalan penyelesaiannya. Bingung juga dibuatnya  :(

Bantu Membantu Amalam Mulia: Blogger We Care

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :

” Tidak beriman diantara kamu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sepertimana ia kasih akan dirinya sendiri”

Sedih, sebak, pilu, kasihan dan bermacam lagi perasaan bermain di jiwa setelah membaca kisah saudara Megat yang meluahkan masalah peribadinya di blog beliau. Mantra pun dapat tahu perkara ini dari Nozi Gedungilmu melalui blognya. Mungkin belum terlewat untuk membantu saudara Megat.

Mantra sendiri pernah mengalami masalah seakan-akan sama seperti apa yang dialami Megat apabila Ibu Mantra seorang yang lumpuh dari pinggang ke Kaki, tidak dapat berjalan, tidak deketahui apa puncanya(penyakit misteri) sejak 3 tahun yang lepas. Umurnya baru 43 ketika itu. Boleh dikatakan muda lagi untuk mendapat penyakit ganjil yang hanya Allah sahaja yang maha mengetahui apa puncanya. Mantra dapat rasakan memang benar-benar perit menghadapai situasi begini.

blogger-we-careJusteru Mantra mengajak kepada sesiapa yang membaca entri ini, marilah kita sama-sama membantu untuk meringankan beban yang ditanggung oleh saudara kita. Ingat Pesan Nabi di atas ni. Mungkin hari ini bukan hari kita, esok lusa siapa yang tahu?


Baca kisah selanjutnya tentang masaalah Saudara Megat
>>

Sebar-sebarkan kepada kawan kita yang lain yea …Semoga Allah merahmati kamu semua.

You are currently browsing the archives for the santai category.