Archive for the ‘Review’ Category
Index Blog Tanpa Kos dari Blogger Rohaizad
Aku baru je menghabiskan ebook yang ditulis oleh pro Blogger, Saudara Rohaizad. Tajuk ebook ni ialah Index Blog (Tanpa kos). Ebook 19 muka surat ini menceritakan tentang 3 teknik mudah bagaimana mengindex blog. 3 cara ini memang biasa kita dengar, kalau blogger tak peliklah apabila topik submit URL, Ping dan Feedburner dibincangkan. Tapi aku tak sedar bahawa teknik yang sangat mudah ini lah yang digunakan bro kita ni sehingga blog beliau tersenarai dalam top 100 malaysian bloggers.
Kalau korang tak kenal, inilah dia gambar Pro blogger Rohaizad. Beliau ini dah buktikan bahawa blogging merupakan salah satu career yang boleh membuahkan hasil ribuan ringgit. Aku pernah menghadiri salah satu seminar Smart Blogging yang dianjurnya. Daripada seminar itu banyak yang aku pelajari terutamanya dalam mebuat deal tentang blog advertising. Aku taknak cerita panjang tentang beliau. Korang bacalah mengenainya di blog Rohaizad.com.
Bukan senang Pro nak bagi tips. Dah la percuma pulak tu. Kalau ikutkan, boleh je bro Rohaizad nak letak harga pada ebooknya. Tapi beliau tak buat sebab perkongsian ilmu tu dah menjadi tabiat bro kita ni. Aku tabik respek dengan anak melayu macam ni
Nah, aku kongsikan linknya, Tips Index Blog. Semoga korang mendapat manfaat.
TweetIntern.my website untuk mencari peluang Internship di Malaysia
Intern.my adalah satu laman web yang dibangunkan untuk student-student di Malaysia yang masih mencari tempat untuk latihan industri. Di Malaysia, kebiasaanya internship akan dilaksanakan pada tahun terakhir sebelum tamat pengajian. Tapi ada juga yang internship ketika di tahun ke-3, semester ke-2 iaitu sebelum kemasukan ke tahun akhir. Contohnya, di Universiti aku sendiri.
Aku sangat tertarik dengan tema laman web ini. Temanya lebih kurang mudah.my. Tetapi mudah.my ialah tempat orang mengiklan barang untuk dijual. Di intern.my pula syarikat mengiklankan kekosongan yang ada untuk para pelajar di Malaysia ini menjalankan latihan industri. Penampilan laman web ini simple dan sangat jelas. Maksud aku ianya tidak complicated dan mudah untuk sesiapa saje yang melayari laman web tersebut. Laman web yang simple juga penting kerana ia tidak menjejaskan waktu loading pelawat apabila tiba ke website tersebut. Satu idea yang sangat kreatif! Di intern.my setiap posting di laman tersebut akan dikenakan bayaran sebanyak RM 100. Aku percaya owner website ini sudah tebal poketnya ehehe
Pernah suatu ketika aku berfikir untuk membuat website sebegini. Namun apakan daya, nak memiliki website macam ni memerlukan komitmen yang tinggi. Kalau main redah aje, nanti jadilah website yang orang kate ‘asal boleh aje’. Tak mau la macam tu kan. Tengok-tengok dah ada orang buat pulak. Kenalah cari idea lain pulak lepas ni. Website ibu mengandung mungkin
Untuk pelajar yang masih tidak mendapat tempat lagi untuk semester baru ni, apa kata korang jenguk-jenguk intern.my mana tau ada kekosongan yang memerlukan kepakaran korang? Apa lagi share la dengan kawan-kawan korang yang lain dengan menekan butang TWEET kat bawah ni kalau sudi
Pizza Hut buy 1 free 1 ~ Temporary out of service
Tadi mak halo2 aku, suruh balik awal. Ingat kan ade pe la tadi. Rupanya beliau suruh aku orderkan PIZZA-HUT yang BUY 1 FREE 1 punya promotion. Owh~ kalau bab makan aku takde masalah punya.
” Tadi mak kol dia kate kena order online baru boleh dapat free 1″
Sesampainya di rumah, terus je bukak lappy kesayangan aku untuk buat tempahan online. Cuba isi semua maklumat yang diperlukan dan follow steps yang diberikan. Follow punya follow, then sangkut sebab probs ni:
- Tak boleh nak letak address. Kalau takde address macamana nak complete registration. Kalau complete pun macamana nak hantar pizza tu. Nak hantar ke mana?
- Cuba kol orang pizza nak tanya. Beliau (seorang kakak) kate – adik kena juga register online baru boleh dapat free 1. Aku explain kat dia tentang probs 1 tadi. Dia kate takpe try lagi. OK FINE.
- Masalah lain pulak, alamat yang ditaip. Lain yang taip lain yang keluar. Kol lagi orang pizza, dia kate suruh tunggu lagi 10 minit then register sekali lagi.
- Semua dah OK. Bila tekan button “submit”, apa yang keluar “Our Service Temporary Unavailable”
Good result kan? Uh3….kalau gini la gayanya, lebih baik tak payah order lah senang. Bukan apa, promotion bagus, harga best, tapi sayang bab nak mendapatkannya sangatlah rumit dan sukar.Harap-harap pihak yang terlibat cuba baiki mutu web tu supaya orang senang nak order yer.
Akhirnya, aku pegi jugak beli Pizza. Bukan Pizza hut tapi Canadian Pizza. Sebab nak FREE 1 punya pasal! kat TESCO RAWANG. Haih, nasib mak aku x cari batu belah batu bertangkup ~
TweetYou are currently browsing the archives for the Review category.


