Archive for the ‘Religion’ Category
Maulidul Rasul
Esok, bersamaan 26/02/2010 Mantra mengucapkan Salam Maulidul Rasul, Hari peringatan insan termulia bagi umat Islam iaitu Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Justeru Mantra mengajak rakan-rakan yang beragama Islam supaya banyakkan berselawat pada esok hari sebagai tanda peringatan dan penghargaan kita kepada Nabi Muhammad S.A.W
Blog Mantra sedang menghadapi 2 masalah iaitu ‘Homepage’ blog ini tidak memaparkan post yang ter ‘latest’. Sejak akhir-akhir ini post latest yang saya buat tidak dipaparkan di “Hompage” blog ini. Komen-komen pada post juga tidak diupdate dan seolah-olah timeline blog ini masih tertinggal dibelakang. Dan apabila Mantra login di ruangan Admin dan masuk semula ke “homepage”, barulah ada post terbaru dan juga komen-komen baru diblog ni. Apabila Saya “Log-out” semula dari ruangan admin, perkara sama berlaku lagi.
Masalah kedua ialah gambar tidak boleh diupload melalui Worpress. Jadi gambar-gambar terpaksa diupload secara manual ke hosting, kemudian upload semula menggunakan “URL”. Cara ini memang leceh dan memenatkan.
Mungkin ada sesiapa yang menghadapi masalah yang sama? kongsikanlah bersama Mantra jalan penyelesaiannya. Bingung juga dibuatnya
Doa-doa ramadhan 10 malam terakhir
Salam sejahtera pembaca blog Mantra,
Kini sudah sampai masa yang agak kritikal bagi diri mantra dimana ketika inilah mantra menghadapai saat sukar (Super duper busy) dek kerana tempiasnya cuti H1N1 yang terpaksa diberikan kepada semua pelajar UTP beberapa minggu lalu. Minggu-minggu pembelajaran terpaksa di”kompress” sehingga otak-otak kami menjadi kempis dan sempit. Oh tidak… ini alasan tak update blog la .
Kepada mereka-mereka yang telah mendapatkan servis dari saya, janganlah pula anggap saya ni seorang yang “lepas tangan” dan hanya memikirkan keuntungan. Tidak, sungguh saya tak macam tu. Sebab apa? sebab memang niat saya hanya mahu menolong kamu dan bukan untuk semata-mata mengharapkan bayaran dari kamu. Cuma seminggu ini Mantra sangatlah sibuk sampai tak cukup tangan nak handle semua perkara. Harap kamu faham. InsyaAllah, perkhidmatan saya ditutup sebentar bagi menumpukan pada mereka-mereka yang terdahulu. : close story :
Kini baru ku tahu perancangan masa adalah penting. Setiap saat membawa erti dan makna. Pembaziran masa cuba di”minimize”kan sebaik mungkin. Bak kata orang tua-tua “masa itu emas” dan kata pak syeikh arab pula “al Saatul kassoif” bermaksud “masa itu ibarat pedang”. Perasaan terkilan apabila hajat untuk ” update blog dengan doa-doa ramadhan setiap hari” di blog ini tidak tercapai. Namun mantra tetap juga upload secara sekali gus doa-doa ini agar kamu pembaca setia blog mantra tidak berasa sia-sia datang ke blog ini.
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, dah sampai pun kita ke 10 ramadhan terakhir. Kamu kena ingat yang 10 ramadhan terakhir ni kamu mesti tidak mensia-siakannya. Kerana ustaz mantra pernah berpesan ” Pada satu malam diantara 10 malam terakhir akan turun malaikat-malaikat pada satu malam yang penuh kerahmatan yang dinamakan Lailatul Qadr, maka carilah malam itu”. Kamu mesti tau tentang malam yang famous ini. Seperti agenda-agenda tahun sudah pasti ramai antara kamu juga yang turut mencari malam bermakna ni kan? Alhamdulillah kali ni jangan terlepas, moga kita menemuinya.
Dikesempatan yang ada ini Mantra ingin berkongsi kepada kamu doa-doa yang sunat dibaca ketika 10 ramadhan terakhir, sebelum kamu mula menyarungkan baju raya mu itu
Hari Ke-20
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”
Hari Ke-21
“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”
Hari Ke-22
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”
Hari Ke-23
“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”
Hari Ke-24
“Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”
Hari Ke-25
“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”
Hari Ke-26
:”Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.”
Hari Ke-27
“Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.”
Hari Ke-28
“Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.
Hari Ke-29
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman
Sinarilah ramadhanmu dengan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah. Sebab apa? sebab ketika ini pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka dan syaitan-syaitan diikat untuk memberi peluang kepada hambanya “membersihkan diri” kerana setiap amalan baik dan ibadah yang dilakukan pada bulan ini, pahalanya berlipat ganda. Wallahua’lam.
P.S Tak saba den nak balik pilah. Ado sesapo kek sini orang sekampung ngan eden tak?
Berdoa sebanyak yang mungkin kearah kesejahteraan
Assalamualaikum pembaca blog Mantra,
Alhamdulillah dan YES! dah 6 hari kita berpuasa dengan jayanya. Kini masuk pula hari ketujuh dan doa yang sesuai kita baca pada hari ketujuh ini, bismillahirrahmanirrahim….
“Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”
Sedikit tips bulan puasa dari Mantra
Dibulan puasa yang mulia ini kita semua digalakkan untuk berdoa kepada ALLAH. Amalan berdoa dan meminta kepada Allah adalah amalan yang disukai oleh ALLAH. Amalan berdoa ni akan meletakkan darjat seorang hamba Allah itu jauh lebih rendah dibandingkan dengan tuhan yang maha pencipta. Firman Allah bermaksud
“Hanya engkaulah yang kami sembah dan hanya engkaulah kami meminta pertolongan”. -Al-fatihah ayat 5-
Antara peristiwa menunjukkan pentingnya berdoa ialah asal-usul syaitan(Macamana diorang boleh jadi jahat dan dilaknat Allah). Peristiwa ini berlaku masa sebelum kejadian Nabi Adam. Korang pernah dengar ke cerita ni? Mantra tak reti sangat bercerita tapi mantra ringkaskan sikitlah untuk kita ambil pengajaran bersama ok :peace:
Ceritanya bergini. Ada ketua segala syaitan yang diberi nama Ifrit (Orang kate ini jin paling kuat, jangan risau diorang dah kena ikat sekarang). Begini ceritanya. Ifrit ini adalah hamba Allah yang paling kuat dan banyak berdoa. Setiap saat dia akan berdoa kepada Allah (betapa patuhnya dia kepada Allah).
Pada satu hari datang malaikat dan berkata kepada ifrit ” Ifrit, Allah akan takdirkan ada satu kumpulan yang akan menentang dan berpaling kepada Allah. Kami memohon engkau supaya berdoa kepada Allah supaya dijauhkan kami tergolong dari golongan ini”. Maka Ifrit pun berdoa kepada Allah supaya mereka semua dijauhkandari golongan ini. Tapi sayangnya,
” Ifrit terlupa untuk berdoa kepada Allah untuk dirinya sendiri”
Maka Ifritlah tergolong dari golongan yang ingkar dan enggan sujud ketika diujudkan nabi Adam.
Lebih kurang begitu lah cerita yang disampaikan oleh ustaz Mantra masa time form 4 dulu. Lama dah kisah ni diceritakan tapi Alhamdulillah masih lagi dalam ingatan. Mungkin korang boleh MengGo0glenya untuk mendapatkan cerita yang lebih tepat.
Pengajaran:
Apa yang kita dapat dari kisah diatas? Jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan diri (paling penting) dan kesejahteraan masyarakat sekeliling, terutama kepada ibubapa, keluarga dan saudara seislam. Antara tujuan doa kita tu boleh diniatkan agar :
1. Ditambah iman setiap masa – iman seorang muslim itu turun dan naik, Iman malaikat sentiasa kekal dan iman syaitan semakin berkurang.
2. Memohon keredhaan Allah
3. Memohon kesihatan tubuh badan dan dielak dari bala dan penyakit
4. Memohon dimurahkan rezki
5. Memohon kejayaan di dunia dan di akhirat
6. dan seterusnya 7,8, dan 9 Memohon perkara kebaikan yang lain.
Semoga kita tergolong dikalangan orang yang beriman. Wallahua’lam
P.S beritahu jika ada bugs dalam kisah diatas. Peringatan ini ditujukan buat diri sendiri dan saudara seagama.
You are currently browsing the archives for the Religion category.



