Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Archive for the ‘Perayaan’ Category

Selamat Hari Raya: Raya 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rasanya belum terlambat untuk Mantra ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maan zahir dan batin kepada pembaca blog ini. Harap-harap raya kali ini lebih meriah dari raya tahun sudah.

RAYA

Pada raya tahun ni agak meriah bagi Mantra memandangkan pihak Universiti telah bersetuju memberi cuti yang panjang. So memang enjoy giler raya tahun ni. Hari raya pertama sampai ke empat kami sekeluarga beraya dikampung halaman, Kuala Pilah. Kemudian pada hari raya ke-5 Mantra telah bercuti ke langkawi.Memandangkan ini adalah kali pertama Mantra ke Langkawi, percutian ini memang betul-betul bermakna. BEST!

EBOOK EBAY PERCUMA

Maaf berkenaan Ebook berkaitan Ebay yang Mantra janjikan pada post lepas. Baru sekarang rasanya ebook ini boleh dilancar secara Rasmi. Ebook ringkas ini menceritakan pengalaman sebenar Mantra menceburi bidang Ebay dengan mengesyorkan beberapa langkah dan panduan yang Mantra gunakan untuk mencapai jualan tertinggi RM 60 000 sebulan. Ebook ini tidaklah seberapa. Harap-harap dapatlah membantu sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang Ebay. Boleh dapatkan secara percuma di laman web http://www.gajimaya.com.

KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI LAWIYA

Pada raya tahun ini 2010, kita dikejutkan dengan berita pembunuhan Jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya yang dibunuh kejam, dikelar, dibelasah dan dibakar menurut surat khabar (nauzubillah). Pembunuhan tersebut telah dilakukan terhadap Sosilawati Lawiya dan 3 mangsa yang tidak bersalah yang lain. Kesian kan? Tak pasal-pasal orang yang tak terlibat pun kena sekali. Tapi apa nak buat dah takdir. Mantra masih lagi aktif mengikuti perkembangan mengenai berita ini. Dulu kes Altantuya, dibunuh kejam dan diletupkan. Sekarang jutawan pula.

Kepada keluarga mangsa yang terlibat, banyakkan bersabar dan hadapi dugaan dengan tabah. Kita sama-sama doakan keluarga mereka dipelihara dan roh-roh arwah ditempatkan dikalangan orang solleh.

Manusia sekarang ni dah semakin kejam. Rasanya binatang pun takkan buat macam kes Sosilawati Lawiya tu. Apa komen korang?

Salam AidilFitri 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Mantra,

“Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin”

Alhamdulillah berjaya juga kita lengkapkan Ramadhan dan kini raikan pula bulan Syawal yang kita nanti-nantikan.Mantra baru aje pulang dari kampung. Sebab tu lah baru dapat online. Di kampung, line talipon pun tak dapat apatah lagi line internet. Itu yang rindu sangat blog ni sebab dah lama tak update blog.

Bila balik dan buka email, waw! ada 350 email baru yang perlu dibaca! hohoho letih juga ya kalau setiap email nak dibelek. Mungkin mantra akan lakukan seperti apa yang disarankan oleh Gobala Krishnan untuk mengurangkan kepadatan mailbox. Tips ini telah Mantra baca sebelum raya lagi. Tips yang beliau sarankan ialah membuang senarai email yang tidak berguna, atau erti kata lain yang “tidak relevan” lagi dengan kita. Mungkin ini boleh mengelakkan kita dari terlepas pandang email-email penting yang patut kita baca, dah tak dapat dibaca kerana terselit dengan email-email kita yang tidak penting. Bahaya tu.

suspended

Kepada semua pembaca setia blog mantra, tentu korang semua sedia maklum yang blog ini mempunyai beberapa siri masalah kan? So mantra mintak maaf banyak-banyak dan terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada mantra. Walaupun blog ini tak dapat dibuka tempoh hari namun masih menerima unique visitor. Mantra sedang sebaik mungkin memulihkan keadaan.

Link Affiliate dah OK :)
Sepatutnya Mantra beritahu perkara ini sebelum Raya lagi, namun begitu masalah connection internet membuatkan perkara ini tidak diberitahu awal. Kepada agen affiliate dah boleh promo macam biasa. Harga setiap lead masih kekal RM 0.50. Lumayan tuh. teruskan usaha mempromosi. Akan ada hadiah untuk top affiliate nanti. Berminat menjadi agen affiliate? Register kat sini.

Cerita Raya

Macamana Raya 1st day kawan-kawan semua? Mesti best kan.Teringin pulak nak tau apa yang korang alami di hari pertama syawal taun ni. Mungkin ada yang happy dan ada jugak yang kurang Happy.

Mantra nak share sikit pengalaman raya 1st day  Mantra pada tahun ini (2009).

Di kampong kami sembahyang raya start pada pukul 9.00 pagi. Walaubagaimanapun pukul 8.30 mantra dah ada di Masjid. Lepas Subuh terus stay dan tolong apa-apa yang patut didapur. Jika diikutkan nafsu memang terus berdengkur balik la lepas solat. Tapi dengan berkat Latihan Ramadhan boleh jugak lawan sikit nafsu tidur tu. hehehe…

“Cepat bang nanti orang dah ramai, susah nak dapat tempat”, kata-kata mak sebelum aku bertolak ke masjid. Sebab tu la awal-awal lagi dah ada di masjid. Mak memang macam tu, selalu nak cepat aje :) Sebelum pegi ke masjid seperti biasa kami sekeluarga bersalam bermaaf-maafan. Maklumlah, dosa dengan ibu bapa dah banyak sangat!

Tahun ni aku happy sikit sebab dah dapat raya di kampung tidak seperti tahun sudah (raya di hospital).  Sebabnya  setahun yang lepas mak aku terlantar dihospital akibat penyakit ganjil yang tak diketahui puncanya, sehingga menyebabkan mak lumpuh. Mak tak boleh berjalan. Tak seperti dulu lagi. Kami sekeluarga cuma bertakbir dihospital teman mak. Kesian aku tengok mak time tu, semua pakai baju raya tapi dia…,,,,,

Alhamdulillah tahun ni mak ada 2 pasang baju raya :) Mak dah boleh berjalan sikit tapi kena pakai tongkat sambil dipimpin tangannya. Teringat aku tahun lepas seminggu sebelum raya, waktu tu mak bawa aku pegi cari kasut raya

“abang nak drive ke mak nak drive?”, tanya mak aku.

“emak la, abang letih ni, puasa”, alasan aku si pemalas ni. Itulah pengalaman paling manis sebelum mak jatuh sakit. Ade lagi kasut tu aku simpan sampai sekarang. Sekarang bukan nak bawak kete, nak bejalan pun tak sempurna. Mak oh mak…mungkin ada hikmahnya.

Eh telebih pulak kisah pasal mak. Nanti abang sambung lagi la mak time hari ibu nanti. Sekarang hari raya, so to be continue la :)

Selepas habis kami bersembahyang raya, atuk ajak kami sekeluarga menziarah kubur. Aktiviti ini yang atuk aku akan lakukan selepas solat hari raya, setiap tahun. Aku pun setuju sebab sebelum ni habis je sembahyang terus balik. Tapi tahun ni tak, lain sikit. Mungkin dah dewasa ada sikit kesedaran. Kami berkumpul. Di kubur aku tengok atuk tengah mencari-cari sesuatu.

“atuk cari apa tu tok?”

Atuk tak menjawab. Satu-satu batu nesan dibeleknya. Nak tolong pun tak tau nak cari apa. So biar aje la.

“Ni ha”, sergah atuk. Aku lihat nama pada batu nisan. Tertera nama “Basir”. Teringat nama penuh atuk aku “Jamal bin Basir”. Oh….dari tadi atuk cari kubur moyangku rupanya. Maklumlah dah tua, ingatan pun dah tak berapa nak kuat.  Seingat aku kali terakhir aku melawat kubur arwah moyang masa di tingkatan satu.

Setelah selesai kami bertahlil pula ke lagi satu tanah perkuburan dimana disemadikan jasad moyang aku sebelah perempuan. Di tanah perkuburan tu disemadikan juga adik beradik kepada moyang-moyangku. Pernah juga atuk bercerita tentang mereka. Tak dapat lihat wajah, dengar cerita pun seronok jugak.

Hari 1st raya sempat pergi 2 buah rumah je. Itupun jiran terdekat. Pasal rumah aku dikunjungi dengan sanak saudara dan jiran tetangga sehingga tak terlayan. So kenalah stay kat rumah layan tetamu. Lagipun emak takde siapa nak jaga.

Hari raya kedua dan ketiga pun begitu juga dari seawal 9 pagi hingga 11 malam rumah kami tak putus-putus mendapat kunjungan. Memang meriah walaupun letih, tak terasa letihnya kerana seronok tetamu datang dari jauh, seluruh Malaysia. Jadi untuk hari raya kedua dan ketiga mantra hanya duduk dirumah melayan tetamu sambil-sambil merisik anak-anak perempuan  mereka dan gadis-gadis yang datang beraya.

Gitu lah kisahnya….

Wokey sekarang Mantra nak tau pulak apa yang terjadi kat korang time raya 1st. Mungkin ada yang happy boleh share dan kita sama-sama happy. Yang sedih boleh share untuk ubati hati yang terluka tu. Apa yang terjadi hari 1st raya korang setelah berpuasa selama sebulan? Mana la taukan ada jugak yang bangun sahur malam raya tu kehkehkeh…

P.S Kisah paling best Mantra kasi duit raya. Betul ni :)

Ulangtahun ke-52 bukan 50! Malaysia Merdeka

merdekake50Salam sejahtera pembaca blog Mantra,

Sedar tak sedar dah 52 tahun Malaysia merdeka kan? Alhamdulillah bila feedback balik betapa hebatnya pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita waktu dahulu yang berjuang demi kemerdekaan negara tanpa ada pertumpahan darah :salute:

Macama sambutan merdeka kali ni ye? Di TV takde pulak konsert-konset seperti tahun-tahun sudah tak tau la kalau ada sebab aku tak tengok tv pun malam tadi . Baguslah kalau begitu sebab Bulan yang mulia lagi berkat (Ramadhan) patut dihormati dengan menghalang konsert-konsert ni. Kalau konsert-konsert ni ada almaklumlah akan ada kesan negatifnya seperti gejala sosial dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Tak eloklah perkara ini mencemari keberkatan bulan mulia ini dan yang penting, kita semua tak tanggung dosa dibahu.

Langkah “tiada sambutan” malam merdeka memang wajar diamalkan setiap tahun. Kita patut tukar cara menghayati kemerdekaan dengan solat hajat beramai-ramai bukannya buat konsert dari selepas magrib sampai ketengah malam. Kan lebih bagus kita beramai-ramai umat islam di Malaysia bersolat hajat untuk sambutan kemerdekaan. Barulah kena dengan nama Malaysia sebagai negara Islam yang moden.

Walau apapun, merdeka tetap merdeka. Mantra harapkan akan ada kemajuan dan pembaikan dalam ekonomi dan sosial negara. Dan mari kita ramai-ramai berdoa supaya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang

1. Aman dan Makmur

2. Pengurangan gejala sosial

3. Diselamatkan dari musibah dan Bala Allah (terutama wabak influenza A H1N1)

4. Dimantapkan ekonomi dan pembangunan.

5. Dipimpin oleh seorang pemimpin yang adil, tegas dan berani menegakkan kebenaran yang mencontohi Muhammad s.aw, Abu bakar, saidina Ali, berani seperti saidina Umar.

Ok lah di post yang agak simple dipagi merdeka ni Mantra nak ucapkan selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 52 kepada semua rakyat Malaysia. Enjoy Cuti korang tu Kay :)

Fakta ringkas

After independence in 1957, Kuala Lumpur was the capital of the Federation of Malaya and continued to be the capital of the renamed Federation of Malaysia in 1963. For the occasion of independence, A large stadium, Stadium Merdeka (Independence Stadium), was built, where Malaysia’s first Prime Minister, Tunku Abdul Rahman, declared Malaya’s independence in front of a massive crowd.

You are currently browsing the archives for the Perayaan category.