Archive for the ‘Muzik dan Hiburan’ Category
Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian: Tahniah Dato’ Siti Nurhaliza
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 dimenangi oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Tahniah diucapkan. Memang murah rezeki Dato’ siti. Kata Dato’ Siti ini adalah penyertaan terakhir dari beliau. Banyak betul jasa beliau dalam industri hiburan tanah air. Kita saksikan sedikit ucapan daripada Dato’ Siti.
Korang layan tak ABPBH 2009? Boleh tahan juga laser mulut si pengacara Raja Azura tu kan. Macam dah masuk air pun ada. Tapi best juga kalau majlis macam tu takde la suram je kan.
Mantra layan pun sebab ada kumpulan Wings buat show. Oleh kerana Wings buat show time last sekali so terpaksalah tunggu sampai habis. Wings memang gempaq beb!
Movie: Evolusi KL Drift 2
Mantra baru je habis tengok movie KL drift 2 petang tadi. Wah boleh tahan juga ye. Kutipan filem KL Drift 2 ni dah mencapai 3.6 juta pada hari ketiga di pawagam. Hebat! Mana taknya, tadi pun bersesak-sesak orang nak beli tiket filem KL Drift 2 ni. Apa pun syabas buat filem melayu. Hidup melayu.
KL Drift 2 ni adalah sambungan daripada KL drift 1, dimana kalau korang ingat lagi dalam KL drift 1 si Sham(Farid Kamil) dilanggar kereta kerana nak menyelamatkan kawan baiknya, Zack. Dalam KL drift 2 Sham masih lagi hidup tetapi kakinya tempang.
KL Drift 2 mengisahkan JOE, si Mafia ni nak cari gaduh dengan Zack, sebabnya si Zack ni tau aktiviti kumpulan Joe dan ini merupakan ancaman buat Joe. Jadi, dia memutuskan untuk mengheret Zack dalam kancah aktiviti gengnya(dadah) apabila dia sabotaj zack dengan meletakkan dadah di dalam salah sebuah kereta di bengkel Zack. Dan dalam masa yang sama polis datang menyerbu. Maka bermulalah masalah besar dalam hidup Zack yang tidak bersalah.
Akhir cerita ni, kekasih baru Zack mati ditembak oleh Joe. Alamak tak best la pulak bila heroin mati. Yang “tak boleh bla” nye, dan aku rasa tak puas hati bila tengok scene masa Awek Zack, Aleeya ditembak dan terbaring atas riba Zack. Tapi apa yang dikatakan oleh kekasih Zack ni?
” I love u, I love u, I love u”
What the h**l? Dah nak mati itu yang disebut? Yang si Zack pun satu, ajarlah mengucap ke ape. Kita kan Islam, dalam filem pun kenalah masukkan unsur Islam sikit. Teringat Mantra ada satu babak tu sasha ada sebut “Ya Allah”, tapi bab time nak mati tak pulak nak mengucap. Memang unsur barat betul!Tak bolehlah 100% ikut barat. Orang barat tu lain.
Setakat itu jelah yang slacka. Yang lain, OK kut….. dari 5 bintang nak bagi berapa ye? Ok Mantra bagi 4 bintang untuk filem KL Drift 2. Lagi-lagi kat part yang kereta diorang hancur tu memang cun lah. Korang nak bagi berapa?
Always With Me, Always With You
“EXAM DAH DEKAT!”
Dalam keserabutan yang melampau tahap gaban menyiapkan diri kearah medan peperangan sebenar (Final Exam) untuk next paper aku pun meneroka dunia Youtube sekejap. Sekejap je, 5 minit. Konon-kononya 5 minit tu time rest yang effisien sambil tangkap layan lagu Joe Satriani Always With Me, Always with You. Alih-alih telajak lak 20 minit dek kerana ulang-ulang video ni banyak kali. Kagum tengok budak kecik ni main lagu Joe Satriani macam kacaaaaang aje. Mengidam je la. Bila la dapat main gitar macam budak kecik ni.
Time is Money bebeh!
You are currently browsing the archives for the Muzik dan Hiburan category.
