Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Archive for the ‘blog’ Category

Apabila aku buat endah tak endah dengan Domain yang nak expired

Seingat aku last tarikh untuk renew domain blogekspress.com ialah pada awal bulan december. Tapi malangnya aku tak buat. Aku fikir renew lewat sikit pun takde masalah. Rupa-rupanya memang menjadi masalah besar apabila domain tersebut dah dibeli oleh pihak lain.

Aku sedar apabila admin pihak hosting memulangkan semula semua duit yang aku transfer kepada beliau ke dalam akaun bank aku semula.

“pihak kami memohon maaf kerana domain tersebut telah pun dimiliki oleh orang lain”

Terkejut aku pada mulanya. Lebih setahun juga aku cuba mendapatkan trafik ke domain tersebut. Finally orang lain dah dapat. Hangin juga. Tapi nak buat macamana, salah aku. Sepatutnya aku renew sebulan lebih awal. Tapi aku silap, kerja bertangguh itulah akibatnya.

Aku cuba menghubungi pihak yang membeli domain tersebut. Nak tanya dia berapa harga yang dia nak jual pasal aku nak beli balik. Tanya punya tanya, deal punya deal, dia letak $280. US dollar! maksudnya RM 600 plus minus. Aku tanya kenapa mahal sangat. Katanya dah ada orang bid sampai harga tu sekarang. Mak aih, kalaulah aku renew domain ni haritu baru RM 50 je. Berapa beza tu?

Jadi sebagai pengajaran kepada diri aku dan korang semua, kalau ada notification yang mengatakan domain dah nak expired lebih baik korang renew secepat yang mungkin sebelum nasi dah menjadi bubur. Sedih… :(

Kongsi Teknik Backlink Yang Anda Tahu

Berikut adalah blogger yang sudi berkongsi teknik untuk mendapatkan backlink untuk blog mereka. Anda mempunyai teknik unik? beritahu saya dan saya akan listkan di sini.

  1. http://www.johnchow.com/review-my-blog-get-a-free-linkback/
  2. http://www.sofiancheisa.com/blog/tips-macam-mana-nak-cari-backlink-untuk-blog-korang/
  3. http://www.blogdunia.co.cc/2010/03/cara-dahsyat-dan-sangat-mudah-untuk.html
  4. http://blog.dinberamboi.com/teknik-backlink-blog-tingkatkan-pr/
  5. http://tera-biz.com/seo/komen-blog-teknik-backlink-paling-power/
  6. http://tera-biz.com/seo/dapatkan-2534-backlinks-percuma-ke-blog-anda/
  7. http://tera-biz.com/seo/cara-mencari-dofollow-comment-blog/
  8. ??????
  9. ??????
  10. ??????

Jika anda nak tersenarai dalam nombor diatas, tinggalkan link post diruangan komen. Teknik apa-apa pun boleh asalkan ia memberi backlink untuk blog.

Mendapatkan Backlink untuk blog- teknik search blog orang lain

Mungkin teknik komen di blog orang lain memang menjadi teknik yang popular dikalangan blogger untuk mendapatkan trafik, backlink dan juga SEO. Cara yang paling mudah ialah dengan teknik meninggalkan komen seberapa banyak yang boleh di blog orang lain. Semakin banyak komen, semakin banyak backlink, semakin cepat blog kita akan dapat Pagerank (PR).

Namun, bagi saya teknik komen secara ‘random’ tidak bagus untuk mendapatkan backlink. Jadi saya kongsikan teknik saya buat komen di blog orang lain, mungkin agak lain sedikit dan mungkin ada juga yang dah tau. Bacanya secara lanjut di http://www.scribd.com/doc/39814494/Kaedah-Mendapatkan-Backlink-Paling-Mudah-Untuk-Blog-Anda

You are currently browsing the archives for the blog category.