Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Archive for the ‘blog’ Category

Jenguk-Jenguk: 5 website yang aku suka lepak

Setiap orang mesti ada blog-blog kegemaran yang sememangnya dah ingat kat kepala ni mana nak pegi kalau korang nakkan sesuatu info tu. Sama seperti aku, apabila aku bosan dan memerlukan sesuatu untuk dibaca jarang sekali aku menaip Google.com sebaliknya aku akan direct to the point pada mana-mana website yang aku suka. Dibawah ini adalah port-port dimana aku suka lepak mengikut keadaan dan informasi yang aku perlukan.

Tech – LiewCF

Kalau nak tau ape-ape latest info mengenai gadget or something yang ada kena mengena dengan tech, inilah port lepak aku. Kadang-kadang waktu aku terjumpe perkataan yang agak pelik contohnya- Apple MAC(pelik ke?) dalam blog JushKhai, aku akan menggoogle perkataan tersebut dalam blog LiewCF untuk melihat sejauh mana beliau mengutarakan topik tersebut.

Automotive- Paul Tan

Kat blog ni aku suke tengok gambar-gambar kereta. Ape info yang aku nak tau tentang motokar aku akan pegi port ni. Kalau sebulan aku x melawat blog ni, mesti aku terlepas pandang yang Proton dah keluarkan INSPIRA. huhuhu~

Cerita Pelik dan sensasi – Selangor2u

Selangor2u ni owner dia member aku. Setahu aku blog ni memang femes dengan isu-isu hangat dan sensasi. Tak heranlah aku selalu melawat blog ni, lagi-lagi waktu tension. Melawat blog ni boleh lepaskan banyak masalah aku. Seriously, korang try lah. Aku adalah salah sorang subscriber jadi aku akan dapat email update secara terus dari Selangor2u.

Bosan-bosan- JustKhai

Aku tak tau ape speciality mamat ni. Setiap post yang aku baca di blog JustKhai akan membuatkan aku rasa macam malas jeĀ  nak stop baca. Malah aku jadi semakin hanyut dan leka dan mahu tahu lagi ape yang akan terjadi seterusnya. So sebelum aku terus terleka dan hanyut kebiasaannya aku akan memastikan yang tajuk post tu memang betul-betul penting untuk aku baca. Kalau tidak, once aku dah start perenggan awal confirm aku akan baca sampai habis!

Perniagaan Internet- Irfankhairi

Siapa yang tak kenal dengan beliau, mencipta fenomena apabila berjaya menjadi jutawan dengan menjual peta Malaysia secara online. Orang kata, nak jadi macam seseorang kenalah berguru dengan orang tu. Jadi di sinilah tempat aku belajar mengenai ilmu-ilmu bisnes online atau motivasi.

Saifulizwan.com turun ke PR2- Google Page Rank,Updated!

Blog ini sekali lagi telah jatuh Page Rank dari PR 4 ke PR 3 dan Google baru sahaja membuat update terbaru, blog ini jatuh lagi ke PR 2. Walaubagaimanapun aku masih berbangga kerana blog aku masih lagi mempunyai PR dan tidak turun mendadak sehingga ke PR 1. Ini mungkin kerana aku tidak kerap mengupdate blog dan visitor blog ini semakin berkurangan. Nampaknya aku kena lebih berusaha keras membuat backlink supaya PR aku naik semula. Nah! gunakan tools dibawah ni untuk check PR blog kamu pula~

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

WordPress tiba-tiba buat bengong?

Seperti biasa aku yang kekeringan idea untuk menulis, tiba-tiba terasa ingin menulis di blog kesayangan aku ni dan membuka page yang sememangnya semua orang dalam dunia ini, yang menggunakan blogdotcom nya sendiri akan taip – domain.com/wp-admin. Dan ketika aku menaip http://saifulizwan.com/wp-admin sekitar jam 3 petang 6 Jan 2011 page ini yang muncul. Arg!

Gambar ini pun nak dekat 8 kali aku cuba upload

Page not found? What the hack! Terus hilang mood aku nak menulis menaip. Tak pernah selama ni aku mengalami situasi sebegini. Bila ditaip /wp-admin akan keluar page not found. Buntu juga aku dibuatnya. Untuk menghilangkan rasa buntu apa yang mampu ialah buat dono je dengan blog ni sampailah 7 Jan 2011 pukul 2.37 pagi aku cuba login semula dan ALHAMDULILLAH, sebab tulah post ini selamat ditulis.

Baru aku perasan blog ini dah boleh diupdate ke WP version 3.0.4. Atas sebab keselamatan tanpa melengahkan masa terus update version dan semua plugin yang ada. Harap-harap benda ni x jadi lagi. Kalau tak, macamana aku nak menulis menaip lagi lepas ni. Sabar je la~

You are currently browsing the archives for the blog category.