Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Cara-cara mendaftar Paypal Menggunakan Kad Debit Public Bank Visa Electron

Dalam urusan jual beli, sememangnya pihak ketiga amat penting memastikan setiap urusan jual beli dapat dilakukan. Pihak ketiga yang dimaksudkan ialah merchant yang menerima bayaran untuk urusan jual beli. Salah satu merchant yang popular ialah PayPal. Siapa yang tak pernah dengar Paypal?

Lihat situasi sebegini

Ali dan Jack 2 orang sahabat baik dunia online. Sekarang Ali berada di Malaysia, Jack pula di US. Jack berminat untuk membeli satu produk Hot yang dijual oleh ali dengan larisnya di website beliau. Maka Ali menyuruh Jack membuat bayaran di………………….. alamak! Jack mana ada akaun Maybank atau CIMB!

Maka disini Paypal adalah penyelamat kepada Ali. Ya, menerima bayaran dari sesorang dari luar negara menggunakan akaun Paypal Amatlah mudah. Selepas bayaran dibuat, wang tersebut boleh dipindahkan ke akaun tempatan Ali di Malaysia. Pun begitu, sesiapa sahaja yang memiliki akaun Paypal boleh berurusniaga tak kira mereka di satu negara yang sama atau negara berasingan.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Tutorial kali ini, mantra ingin kongsikan bagaimana mendaftar akaun Paypal secara PERCUMA. Kita mulakan sekarang

1- Klik website ini http://www.paypal.com – Klik dan page baru akan keluar bagi memudahkan untuk anda ikut step seterusnya.

2- Klik pada “Sign-up”

3- Pilih jenis akaun. Jenis ini mengikut fungsi dan keperluan sesorang. Ada 3 kategori iaitu Personal, Premier dan Business. Akaun personal digunakan untuk proses membeli online diinternet. Akaun premier untuk menjual/membeli online manakala Business untuk perniagaan anda. Klik pada “Get Started”.

4- Akan keluar borang bertajuk “Enter your information”. Isikan maklumat anda selengkapnya hingga selesai. Dibahagian akhir klik pada “I agree, create my account”.

5- Setelah selesai, login semula akaun Paypal. Anda akan lihat perkara yang perlu anda lakukan. Iaitu menambahkan kad kredit/debit anda.

Untuk kad, Mantra menggunakan kad debit Visa Electron dari Public Bank kad kredit belum layak. Kad ini boleh apply secara online. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pilihan lain seperti kad debit dari bank Al-Rajhi. Baca post berkenaan diblog rakan mantra ni.

Selepas siap kad pun boleh ditambah ke akaun Paypal. Untuk verifikasi Paypal akan kenakan cas $1.95 – jika tak silap. Lepas tu Paypal akan pulangkan semula duit tersebut ke dalam kad selepas verifikasi berjaya.

Sekian sahaja dari mantra dan harap membantu rakan-rakan. Sebarang masalah sila kongsi bersama di ruangan komen.

Tags: , ,

88 Responses to “Cara-cara mendaftar Paypal Menggunakan Kad Debit Public Bank Visa Electron”

  1. July 20th, 2009 at 7:02 am

    ferdy says:

    kalau diorang dah bayar duit tu kat paypal macam mana nak transfer yek masuk dalam debit kad? boleh ke kita withdaw duit pakai debit kad? berapa cas dia?

    Thanks :)

  2. July 20th, 2009 at 12:38 pm

    Mantra says:

    Nanti ada menu “withdraw”. Pastikan buka sekali akaun PB masa apply debit kad tu. Boleh keluarkan pakai akaun PB. Caj USD 5 per transaksi. Maksimum sekali keluar USD 500. So lebih baik keluarkan secara maksimum terus. Jimat cas transaksi. Selalunya ambil masa 5 ke 7 hari untuk transaksi berjaya…
    Harap membantu :)

  3. July 24th, 2009 at 2:19 am

    safar says:

    Saya cuma nak tahu.kad debit malaysia/bank malaysia apa yang sokong paypal.

    selain kad

    public bank.
    tunemoney.

  4. July 24th, 2009 at 3:37 am

    Mantra says:

    Ambank NextG dan Al-Rajhi bank. Nanti kalau ada lagi sy update

  5. July 24th, 2009 at 2:14 pm

    safar says:

    Ambank NextG kena bayar tiap-tiap bulan.

    ps: kalau macam ni Mantra keluarkan kad debit sendiri.bolehkan.hehehe

  6. July 24th, 2009 at 3:17 pm

    Mantra says:

    ye ke…
    pakai al rajhi atau debit visa electron..
    sy pakai debit je… tak mampu buat pakai kredit and mmg kalau boleh nak elak…

    Yang Ambank kena byr tiap2 bulan tu debit ke kredit crd?

  7. July 25th, 2009 at 5:19 pm

    how to get traffic quick tips | Blog Mantra says:

    [...] pembayaran. So banyak la faedah kad debit ni kepada mantra dalam urusan online ni. Bukan setakat Paypal je tapi macam-macam [...]

  8. August 13th, 2009 at 4:30 am

    mantra says:

    Kad Mabank pun dah diterima Paypal. Baca details di http://www.noorizamshah.com

  9. September 16th, 2009 at 1:43 pm

    NURUL says:

    kalau guna kad kredit biasa boleh ke??..ke mesti guna kad debit gak??

  10. September 17th, 2009 at 10:35 am

    Mantra says:

    Salam,
    boleh guna kredit/debit kad. Penggunaan Debit kad adalah alternatif kepada kredit kad. Student macam saya ni tak lepas nak pakai kredit kad so saya gunakan debit kad :)

  11. October 5th, 2009 at 5:02 am

    Entry ini telah berpindah /  Blog Mantra says:

    [...] How to get Register New Paypal Account telah berpindah ke Cara-cara mendaftar Paypal menggunakan kad Debit Visa electron. Semoga pembaca mendapat manfaat dan memiliki akaun Paypal selepas [...]

  12. November 4th, 2009 at 4:08 am

    siti says:

    sy nak tanya sikit lar..sy baru sahaja mendaftar paypal secara personal..tapi masalah nyer sy nak daftarkan debit kad..tapi tidak berjaya..apa yang dipaparkan ialah “pendaftaran krdit kad anda adalah tidak berjaya, sila hubungi service centre pengeluar kad kredit anda..”
    sy guna debit kad maybank..pls reply pada sy..sy tak tau nak uat mcm mana…
    and sy jgk nak tahu..apa kegunaan ebay? dia link dgn paypal ke?

  13. November 4th, 2009 at 6:01 am

    Mantra says:

    Ok,

    1st pastikan awak baca kad debit jenis apa yang diterima oleh Paypal. Macam saya guna VISA. Saya tak sure samaada kad awak ialah VISAcard atau Mastercard

    Ebay memang menggunakan Paypal untuk urusan jual belinya. Cuma pilih menu bayar menggunakan Paypal dan automatically siti akan di bawa ke halaman Paypal untuk login.

  14. November 22nd, 2009 at 10:12 am

    Blog Mantra » Paypal Wishlist, ape benda tu? says:

    [...] tak lulus ini jangan risau. Korang tengok tutorial ringkas Mantra buat macamana nak daftar paypal [Cara daftar Paypal...]. Percayalah, banyak manfaatnya bila ada akaun Paypal. Daftar je satu walaupun tak [...]

  15. December 31st, 2009 at 4:09 am

    aku says:

    macam mana pula nak transfer wang dari visa atau master card maybank ke akaun paypal?
    boleh bagi tunjuk ajar ?

  16. January 1st, 2010 at 1:58 am

    mantra says:

    @ aku, insyaAllah akan buat tutorial pasal ni

  17. February 18th, 2010 at 4:50 am

    bantuan says:

    sy da try buka akaun paypal tapi xbley…nape ye??
    sy gune cimb mastercad (kad debit)..

  18. February 18th, 2010 at 9:38 am

    Anwar says:

    Salam bro dengar² kad debit PB boleh apply online? Saya pun student juga & baru berjinak dengan PayPal. Nak tanya selain dari bayaran RM25 unuk kad tu, ada bayaran lain tak?

  19. February 19th, 2010 at 3:22 pm

    mantra says:

    @ bantuan, Saya rasa CIMB punya kad tak boleh untuk Paypal. Tak apa saya akan cari lagi maklumat pasal kad-kad yang boleh untuk Paypal Selain PB,Maybank,dan Al-Rajhi bank

    @ Anwar, Ada bro….cuma sementara aje untuk verified Paypal. Dalam USD 2 kalau tak silap. Dulu masa saya buat dia tolak sekejap kemudian dia akan pulangkan semula bila kad dah verified. Untuk buat kad tu memang kos dia RM 25 sahaja. tak tau kalau pihak bank ada kenakan charge2 lain

  20. March 11th, 2010 at 5:52 pm

    Reeta says:

    Salam sedara, adakah hanya menggunakan on9 shaja blh aktifkan paypal? camner lak dgn manual (kaunter)? lau buat pembayaran @ belian on9 kat peniaga on9 mmg x risau tp camner kita nk dpt kan bayaran/transfer dr org ke akaun sendiri? sperti yg sedara post d atas ttg serita Ali dan shabtnya, itu melibatkan urusan antarabgsa, adakah urusan dlm negara yg sm @ berdekatan juga mengambil ,ms sekitar 5-7hr?
    Thanks.

  21. April 14th, 2010 at 8:50 pm

    Mr kyo says:

    Yosh Mantra…

    terima kasih yer ada tutorial nie,dpt la jugak buka account paypal nie..mula rasa mcm dah tak boleh tunggu seminggu takde verify code,siap dah gi bank lak tnya..dia org cakap kad debit nie takleh apply paypal pastu sruh apply debit card 1 lagi..mmg nak bukak account punya pasal,isi ler borang tu..sebelum kuar dari bank singgah jap kt deposit cash,tambah duit dlm account bank..dari RM60 lebih jadi ler RM100 lebih,bila check ballance kt ATM,ada duit kena tolak 6hinggit lebih..trus balik rumah check dlm public bank online..ada verify code utk paypal..perghh,sronok giler..trus jer bukak paypal nyer website dan trus jer verify..alhamdulillah berjaya jugak..boleh la meniaga online skrg nie..
    btw,thx a lot to Mr Mantra.. :) )

  22. April 20th, 2010 at 5:08 pm

    Mantra says:

    @ Reeta,

    Aktifkan paypal memang hanya online sahaja. Post di atas saya ada berikan link. Klik link tersebut dan mulakan pendaftaran.

    Untuk transaksi Paypal, urusan pembayaran selalunya dibuat atas nama email sahaja. Jadi jika nak bayar sesuatu kepada peniaga, kita bayar ke email Paypal beliau.

    Pembayaran di Paypal hanya mengambil masa sekitar 2 ke 3 minit sahaja untuk selesai. Yang mengambil masa lama adalah transaksi dari akaun Paypal ke bank tempatan kita. Jika berada dalam negara tak perlulah pakai Paypal, pakai je bank yang sedia ada. Sebab senang kita boleh dapat cash on the spot.

  23. April 20th, 2010 at 5:11 pm

    Mantra says:

    @ Mr Kyo,

    Alhamdulillah…macam tu juga saya time nak dapat verification code. Kalau tak silap nak dekat sebulan jugak la. Tapi Alhamdulillah berakhir dengan keseronokan akhirnya. Kalau ada bisnes baik boleh share sekali ye :)

    Anyway, Tahniah kerana dah berjaya mendaftar Paypal

  24. May 25th, 2010 at 1:44 pm

    zny says:

    as’kum…
    nak tanye sikit leh tak? sye ade prob mase nak daftar paypal…
    ble sye nak confirm debit card tu mesti klua msej nie “This credit card has been denied by the bank that issued your credit card. For details on why your card was denied, please contact your credit card issuer’s customer service department. Or, you may want to try adding a different credit card.”
    tensionnye….sye gune kad bedit maybank (visa)

  25. May 25th, 2010 at 3:12 pm

    Mantra says:

    @ Zny
    Pelik juga ya awak tak dapat nak verify Paypal. Setahu saya sekarang Kad Debit Maybank mmg dah boleh guna untuk paypal,

    http://megat.net/kad-debit-visa-maybank-memudahkan-urusan-paypal.html

    Mungkin awak boleh cek pada post ini. Mungkin membantu

    http://www.gdimalaysia.com/forum/pengumuman-cadangan/116-verify-paypal-gunakan-maybank-visa-debit.html

    Jika berjaya, tinggalkan komen ya :)

  26. June 17th, 2010 at 7:27 am

    Blog Mantra » Tutorial Mengeluarkan Duit dari Akaun Paypal ke Akaun Bank Malaysia says:

    [...] membina akaun Paypal Mantra telah ditunjukkan pada post yang lepas. Kini tiba masanya Mantra menunjukkan cara bagaimana [...]

  27. June 21st, 2010 at 3:00 pm

    pjul says:

    mantra,skang ni sy ad public bank visa debit n ambank nexG..bleh tlong ajr sy x mcm ane nk akyifkan kad ni pada paypal..cmne nk knal pasti kod paypal ye..mntk tlong sgt2..

  28. June 23rd, 2010 at 2:23 am

    Mantra says:

    Salam pjul,
    Ok add kad debit awak tu dalam akaun Paypal. Kemudia paypal akan suruh masukkan verification code. Kod tu awak boleh dapatkan pada statement kad debit awak. Saya tunggu hampir sebulan untuk statement sampai kerumah. Baru boleh guna Paypal. Harap membantu

  29. June 24th, 2010 at 1:48 pm

    pjul says:

    erm..cmne nk mohon statment kad debit..kna g bank n mntk kt dorang ke..

  30. June 25th, 2010 at 8:46 am

    Mantra says:

    @pjul, saya tak mohon tapi dia memang datang tiap2 bulan. Saya guna kad debit Public Bank visa.

  31. June 28th, 2010 at 4:42 am

    pjul says:

    owh..ok2..nmpkny saya kna la tngu ujung bln tuk dptkn statment 2..TQ mantra..

  32. June 28th, 2010 at 1:18 pm

    Mantra says:

    Ok no problem pjul….dah setel bgtau k..

  33. July 7th, 2010 at 4:03 pm

    NASA says:

    Salam.. sy nk tny kpda yg tahu cara nak pindah duit dari debit kad ke akaun paypal.. boleh ke nak pindah? atau hanya duit yg ada dalam paypal ke debit kad aje .!! Harap membantu.. TQ

  34. July 8th, 2010 at 5:18 pm

    Mantra says:

    Salam,

    Mengikut pengalaman tak pernah lagi dari kad debit ke Paypal. Tapi paypal ke kad debit memang boleh. Charge yang dikenakan ialah RM 20 sahaja

  35. July 13th, 2010 at 5:53 pm

    Azizul says:

    kad debit BSN yg ada visa electron boleh guna tak untuk paypal?

  36. July 15th, 2010 at 6:08 am

    mantra says:

    @Azizul, kad BSN ye?urm nanti Mantra cek dulu. Tak pernah pula kad tu dari BSN. Mungkin ni perkara baru bagi Mantra. Tapi untuk lebih mudah, awak boleh gunakan kad yang ternyata diterima paypal. Contohnya:

    - Public Bank Visa
    - Ambank Next-G
    - Maybank
    - Al-Rajhi

    Mantra ada terbaca tentang TuneMoney punya debit kad. Akan diberitahu nanti

  37. July 18th, 2010 at 3:45 pm

    kamal says:

    salam mantra
    sy da soklan sket..
    sy dh bkak akaun paypal tp tnpa pkai kad kredt atau kad debit.
    bleh ke wt mcm tu?
    kalo transaksi tu berjaya,ble kte nk kne bg nombor akaun bank kte?

  38. July 18th, 2010 at 9:17 pm

    Mantra says:

    Salam tuan, Tidak silap tuan kena daftar kad kredit/debit untuk mendapat status virified. tuan bolah gunakan VCC (jika tak silap) untuk daftar paypal. VCC ni ialah Virtual Credit Card. Tuan boleh dpatkan di forum Wangcyber. Ramai penyedia VCC disana.Apabila tuan dah berstatus verified, tiada masalah lagi selepas tu, Tuan boleh add pula akaun bank tempatan untuk memindahkan duit kita dari Paypal ke bank tempatan macam CIMB,Maybank, RHB dan sbagainya. Tuan boleh rujuk tutorial yang saya buat untuk mengeluarkan duit dari Paypal.

    Harap membantu.

  39. August 16th, 2010 at 7:00 pm

    fareez says:

    salam..sy dah regster akaun paypal..tp x pandai nk guna.. sy guna PB debit card.. bile da setel register akaun paypal, bal O.. soalan saya. macam mane nk tambah duit dalam akaun paypal? verified code?ape tu..mantra..sile bg tunjuk ajar cm ne nk gunakan nye..plzz

  40. August 17th, 2010 at 1:22 pm

    Mantra says:

    Ok. Verified code tu …paypal akan bagi sekali dalam statement kad debit. verified code ni ada 4 digit shj. Selalunya bentuk dia macam ni kalau tak silap

    *PP4078*

    So verified code dia ialah “4078″. Dekat halaman utama paypal, ada satu link “get verified’. klik link tersebut dan masukkan kod. Selalunya statement kad debit sampai kerumah lambat. So kenalah tunggu. Kalau pakai VCC, dalam 2 ke 3 hari dah boleh dapat dalam statement VCC.

    harap membantu

  41. August 17th, 2010 at 1:59 pm

    fareez says:

    so makne nye.. kena tunggu statement la ni..lepas tu baru boley guna pay pal..agak lame jugak la ek?…

  42. August 17th, 2010 at 7:39 pm

    Mantra says:

    Ye…kene tunggu statement. Kalau statement tu dalam berbentuk surat (sampai sebulan sekali) maknanya kena tunggulah untuk next statement sampai ke rumah. Kalau VCC statement dia keluar dalam 2 ke 3 hari je….

  43. August 22nd, 2010 at 6:44 pm

    fareez says:

    VCC statement? cne nk dapat kn VCC statement?

  44. August 23rd, 2010 at 4:38 am

    Mantra says:

    Bro fareez. Bro email saya, saya beritahu macamana nak dapatkan VCC. guna contact form kat menu atas ye :)

  45. August 26th, 2010 at 4:15 am

    Zaidi says:

    Salam, saya br register akaun paypal. tapi x sure betul ke x. cfuse nk ltk personal, premier atau bisnes..Tlg la saya…

  46. August 26th, 2010 at 10:40 pm

    Mantra says:

    Salam en Zaidi. Ini dia…

    Personal – kalau nak buat pembelian sahaja menggunakan Paypal

    Premier – Kalau nak buat pembelian atau jadi penjual (menerima bayaran dari orang lain)

    Business- Kalau en zaidi ade bisnes serius, sila pilih yang ini.

    Harap membantu dan selamat berpuasa :)

  47. September 5th, 2010 at 7:35 pm

    lowkey says:

    salam bro mantra..
    camne nak wat duet ngan paypal eh??
    akaun dah ade, cume xtau mane nak mula..
    nak jual barang2 pe eh macam bro jual??

  48. September 5th, 2010 at 8:31 pm

    Mantra says:

    @lowkey, Bagaimana nak buat duit dengan Paypal? em, soalan tu agak general bagi saya sebenarnya. Bila kita dah ada akaun Paypal, sebenarnya memudahkan kita untuk buat bisnes internet. Terutamanya bisnes yang melibatkan matawang luar macam USD, pound dan sebagainya. Itulah advantage kita ada akaun Paypal dan Paypal memudahkan kite keluarkan duit direct ke bank tempatan dalam masa beberapa hari. Apa kata bro sekarang buat research apa bisnes yang bro buat sekarang, lebih-lebih lagi berkaitan dengan minat. Macam jual t-shirt ke, buku, minyak wangi atau lain-lain. Kemudian, jadikan Paypal sebagai salah satu penerimaan bayaran.

  49. September 21st, 2010 at 8:23 am

    Sevenfold says:

    Saya baru sahaja dapat kad debit card dari public bank hari ini, selepas itu saya cuba utk add card ke paypal tapi malangnya mesej dibawah ini keluar

    “This credit card has been denied by the bank that issued your credit card. For details on why your card was denied, please contact your credit card issuer’s customer service department. Or, you may want to try adding a different credit card.”

    1. Adakah oleh kerana didalam akaun sekurang2 nya perlu ada RM 10 utk aktifkannya ?

  50. September 21st, 2010 at 12:25 pm

    Mantra says:

    Dalam kad debit ada berapa RM? Sekurang-kurangnya RM 25 minimum kena ada dalam kad debit. Awak apply Kad Debit Visa?

  51. September 21st, 2010 at 3:23 pm

    Sevenfold says:

    Baru je collect tadi kat bank, masih kosong lagi takde duit, saya apply Public Bank Visa Electron Debit Card

  52. September 22nd, 2010 at 12:32 pm

    Sevenfold says:

    ok dah dapat solution, petang tadi dah isi duit dalam debit card dan kemudian balik cuba nak add card, akhirnya boleh cuma skang ni kena tunggu 4 code je dari public bank.. maybe akan call diorang esok..

  53. September 22nd, 2010 at 2:46 pm

    Mantra says:

    Baguslah kalau macam tu =)

  54. October 2nd, 2010 at 11:59 am

    khai says:

    salam mantra.nak tanya cikit la..dulu saya ada buat paypal tp sampai skrg xverified sbbnya statement utk 4 kod tu tak sampai2 kt umah.so urusan utk verified kan paypal terbantutlah.saya guna kad debit visa maybank.ada solution tak?

    katakan saya daftar je paypal yg baru menggunakan kad debit yg sama boleh ker?bagaimana utk dptkan kod 4 angka tu.ke bank akan hantar statement ke rumah kita?

    camana nak pindahkan duit dari akaun paypal ke bank tempatan?

    maaf lah mantra banyak sangat bertanya.harap dapat dibantu.Terima kasih Mantra :)

  55. October 2nd, 2010 at 3:47 pm

    Mantra says:

    Salam bro Khai,

    First sekali thanks kerana sudi bertanya. Ok macam ni. Waktu saya mula-mula aktifkan Paypal, saya menggunakan Kad debit Public Bank Visa Electron. Untuk kod 4 angka tu, saya tunggu sebulan iaitu statement dari bank untuk sampai kerumah saya kemudian barulah saya aktifkan Paypal-setelah sebulan lamanya menunggu.

    Untuk kad Maybank, saya rasa sama je prosedurnya. kena tunggu statement. Paypal pun kate dia akan hantar kod 4 angka tu pada statement kad. So, kena tunggu statement sampai.

    Untuk keluarkan duit dari akaun Paypal ke local bank di Malaysia, bro boleh rujuk post saya di sini,

    http://saifulizwan.com/tutorial-mengeluarkan-duit-dari-akaun-paypal-ke-akaun-bank-malaysia/

    harap membantu :)

  56. October 7th, 2010 at 9:42 am

    nadeeya says:

    nak tnye kalu nak dapatkan kode 4 digit tuh macam mane??
    saya bru sign up di paypal 4 ary lepas..

  57. October 7th, 2010 at 9:43 am

    myra says:

    saya baru sign up 4 ary lepas di paypal..macam mane nak dapatkan kode 4 digit untuk verified kad kite?akan dapat by email ke??

  58. October 7th, 2010 at 11:21 am

    Mantra says:

    Kod 4 digit ada pada statement kad….

  59. October 15th, 2010 at 7:34 pm

    Hanif says:

    salam..nk tanye klu kita nk bli sesuatu barang adakh kta prlu mndftar di paypal gak? tq..

  60. October 16th, 2010 at 4:49 pm

    Mantra says:

    Salam,

    Soalan awak terlalu general dan kurang jelas. Maksudnya nak beli barang online ya. Lihat cara kaedah pembayaran website tu. Kalau hanya Paypal sahaja yang ditawarkan, maka perlu ada akaun paypal. Kalau ada pilihan lain macam CIMBclicks/Maybank2u, guna yang ini lebih mudah. Biasanya, beli barang dari website luar negara banyak menggunakan Paypal

  61. October 18th, 2010 at 1:44 pm

    ain says:

    salam mantra..sy dh try wat tuk premier tp x blh la..klu kad debit maybank nye blh ke signup utk premier?

    need help,
    ain

  62. October 19th, 2010 at 12:43 am

    Mantra says:

    Kenapa tak boleh?

  63. November 13th, 2010 at 2:36 pm

    mat yie says:

    salam..sy ade jual brg online dgn mamat UK tu.tp guna paypal as a transaction. sy nk tahu camne sy nk amik duit die. die gune western union. skang duit tu trsekat kt western union. western union tu mntak MTCN. tp sy xtau nk amik ktne MTCN tu. leh x bgtau procedur utk transaksi…sy sbgai pnjual n receiver

  64. November 16th, 2010 at 2:02 pm

    Iema says:

    Salam…hai mantra…saya baru belajar nak wat business dlm internet. tp masalahnya saya tak tahu sgt pasal paypal.saya ragu2 adakah menggunakan paypal selamat?
    Kalau saya buat kad debit public bank, negara luar boleh membeli dan saya dapat bayaran dari mereka ?bagaimana bayaran dari paypal boleh masuk ke akaun public bank (debit kad) dan mengambil berapa hari untuk saya tahu duit tu dah ada kat dlm akaun public bank(debit kad)

  65. November 23rd, 2010 at 3:23 am

    Xenox says:

    Slm Bro,
    thanks 4 all comments..
    kemusykilan sy ialah, ada problem ke bila sy guna kad debit wife sy..or kena sendiri punye? adakah sebab tu yg x verify? nk remove card tu invalid..cane ye bro, hari2 duit dh byk dlm paypal..nk kuar xleh..
    pastu masa register paypal sy wat current address..perlu ke guna IC info? sy guna al-rajhi debit card,

  66. November 28th, 2010 at 10:41 pm

    Mantra says:

    Salam.Hai. Yup guna Paypal mmg selamat. Awak boleh dapat bayaran mereka ke akaun Paypal awak. Lepas tu duit awak blh withdraw ke dlm kad atau terus direct ke bank Malaysia. Ambil masa dalam 3-4 hari waktu bekerja. Untuk keluarkan duit ke dalam kad debit, cas dia RM 20

  67. November 29th, 2010 at 1:09 pm

    hazrul says:

    sy nk tnya ni… nk register paypal mesti ade visa or mastercard ke?
    visa dan mastercard ni, boleh ke umur 16tahun sbb sy ade bisnes online so nk guna paypal untuk transfer duit sbb dari negara lain pun nk beli brg yg sy jual….
    kalau dah ada org transfer duit, boleh ke keluar duit dr mesin ATM je.??

  68. December 19th, 2010 at 1:37 pm

    Mantra says:

    Ok untuk menjawab soalan-soalan saya cuba 1 per 1 k. Untuk kad debit wife, boleh je takde masalah. Cuma nanti, waktu nak register local bank untuk keluar duit mungkin ada masalah jika awak guna nama dan bank acc awak. Untuk memudahkan, lebih baik guna kad sendiri. Untuk register paypal, apa-apa maklumat kalau boleh janganlah bohong. Biar je la yang betul. Sebab kita bukan nak menipu orang. So letakkan maklumat yang sahih belaka…

  69. December 19th, 2010 at 1:43 pm

    Mantra says:

    Bro Hazrul, tiada masalah untuk buat kad debit walaupun awak umur 16 tahun. Pada borang application, cuma isikan pada bahagian berikut:

    TO BE COMPLETED BY THE PARENT/GUARDIAN FOR APPLICANT BETWEEN 12-18 YEARS OLD

    Then, setel :)
    Kalau ada orang transfer duit, kenalah tunggu dalam 2 ke 3 hari untuk keluarkan duit ke dalam bank tempatan atau ke dalam kad debit itu sendiri… Kalau mungkin awak nak mudah sikit, awak email saya guna contact form. InsyaAllah saya boleh bagi idea untuk lebih mudah dapat kad debit

  70. December 25th, 2010 at 7:30 pm

    Firdaus Kasim says:

    saya skrg ada kad bank Bank Islam je.. boleh x aplikasikan paypal dlm kad bank? blog saya ni boleh buat duit x?

  71. December 28th, 2010 at 2:09 pm

    Mantra says:

    Rasanya tak kut kalau kad bank islam. Maksud awak kalau nak buat akaun Paypal kan?

    dah tengok blog bro. Nice one. Blog boleh buat duit ke tak? itu semua bergantung kepada trafik. Banyak trafik banyaklah duitnya. Letak iklan nuffnang nanti dapat komisen :)

  72. December 31st, 2010 at 5:37 am

    diana says:

    salam,
    mohon tanya,sekiranya dah daftar paypal, bagaimana mahu masukkn duit dalam acc paypal tu ye?
    lg satu, memang perlukan kredit card/debit card ke untuk untuk mempunyai acc paypal?

    tq ;)

  73. January 1st, 2011 at 6:10 pm

    Mantra says:

    Biasanya kalau nak masukkan duit dalam acc paypal cara mudah, orang akan buat deal dengan macam ni. Transfer duit ringgit ke akaun local si A (CIMB/Maybank/Bank Islam) kemudian si A pula akan transfer amount kite tadi ke dalam akaun Paypal kite. Kalau nak buat Paypal pakai VCC (Virtual Credit Card) pun boleh…

  74. February 4th, 2011 at 3:44 pm

    Juan says:

    salam,

    erm,bro mantra ble tlg x?
    saye nak beli brg on9 tp pakai paypal..
    saye xde paypal & klu boleh,
    nak minta tlg bli utk saya..
    nnt duit sya bank-in.
    ble x?

  75. February 9th, 2011 at 11:04 pm

    Mantra says:

    Ok papehal awak bleh contact saya guna borang contact tu ye…
    InsyaAllah saya bleh tolong

  76. February 10th, 2011 at 3:47 pm

    Juan says:

    dah isi dah.. thanks bro :)

  77. February 25th, 2011 at 12:56 am

    saiful says:

    Total amount:
    -$192.55 USD
    Fee amount:
    $0.00 USD
    Net amount:
    -$192.55 USD
    Note: Payments can’t be made in Malaysian Ringgit unless the seller and buyer are both located in Malaysia – you’ll need to use a different currency with one of your other available payment methods for this transaction.

    Date:
    Feb 23, 2011
    Time:
    23:50:04 GMT+08:00
    Status:
    Completed

    Subject:
    Credit Card
    Funding Type:
    Credit Card
    Transfer to:
    Visa Card XXXX-XXXX-XXXX-1234
    This transaction will appear on your bill as “PAYPAL *MNFAURE”.
    boleh tahu x berapa lama diperlukan untuk masuk ke akaun maybank saya…dari paypall..

  78. February 25th, 2011 at 12:57 am

    saiful says:

    saya chek baki belum ada kat ac maybank saya..adakan mengambil masa 2-3 hari

  79. March 9th, 2011 at 9:40 am

    faja says:

    salam..leh tlg x? sy ada beli kad prepaid MOLPAYPAL EON BANK tu tp xleh nk verified ngn akaun paypal la..nape ye? ke kena ada akaun eon bank jgk bru leh nk aktifkan paypal ngn kad tu..harap sudi tolong..

  80. March 13th, 2011 at 10:19 am

    wan says:

    salam saya nk tanya kad debit visa rhb bank blh tak guna paypal ni?

    paypal id tu mcm mana?

    mcm mana nk connect butang paypal ddn barang yg kita jual tu ek.ok itu sahaja.

    thanks

  81. March 16th, 2011 at 2:11 pm

    fatin says:

    salam…
    sya dah pernah buat account utk paypal ni tp sya cancel balik sebab mslh untuk verification utk kad sya….

    kalau gna VCC mcmna??bleh tlg sya?

  82. April 1st, 2011 at 12:03 pm

    Mantra says:

    @ saiful, ianya mengambil masa 2 ke 3 hari

    @ faja, cuba cek kat website bank tu samaada ianya blh digunakan untuk register paypal x?

    @ wan, paypal id tu ialah email address paypal awak. nak buat button paypal mudah, ada dalam homepage acc paypal awak.

    @ kalau guna vcc boleh. saya dah cuba, berjaya. apa kata awak email saya.

    tq

  83. April 12th, 2011 at 10:57 pm

    SangBogol says:

    salam,

    sy nak tumpang tanya skit pasal paypal nih, katakan kita nak buat bayaran kat si penjual tuh melalui paypal, macam mana nak bayar erk,guna email dia untuk transferkan duit kedalam acc paypal dia? sy tak tau lg maklumlah org baru katakan, takut jugak kena scam sat gi.Boleh sesapa bg penerangan skit cara nak buat bayaran kat penjual tuh dengan cara yg selamat?

    harap membantu.

  84. June 9th, 2011 at 7:11 am

    Mantra says:

    Salam,
    ye kita kena bayar atas email paypal dia. Kalau takut kena scam, jangan buat bayaran terus. pastikan dia adalah penjual yang sah-kalau kat ebay kita boleh tgk rating or feedback dia.

  85. June 20th, 2011 at 3:44 pm

    sya zakaria says:

    mantra,

    klu dr oversea nk pindah ke akaun bank kita terus xdpt la ye…saya kena buka paypal dulu la ye..n kita nk kasi no akaun yang mana kt pihak yg nk berurusan ngn kita..no paypal or akaun maybank kita

  86. November 16th, 2011 at 12:30 am

    Mantra says:

    Ape yang best pasal Paypal ni ialah kita berurusan hanya guna email sahaja, maksudnye orang akan bayar duit ke akaun Paypal kita hanya menggunakan email Paypal. Saya rasa kalau awak banya berurusan melibatkan matawang asing, lebih baik awak buat akaun Paypal. Ianya lebih mudah

  87. December 12th, 2011 at 12:37 pm

    Sell World of Warcraft Account says:

    Good Morning, I just stopped by to visit your site and thought I’d say thank you.

  88. December 18th, 2011 at 5:22 am

    spar penger says:

    spar penger…

    [...]Blog Mantra » Blog Archive » Cara-cara mendaftar Paypal Menggunakan Kad Debit Public Bank Visa Electron[...]…

Leave a Reply