Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Bersederhana ketika berbuka puasa

Salam sejahtera pembaca blog Mantra,

Nyum-nyum!

Nyum-nyum!

Alhamdulillah, puasa keenam(semalam) telah dibuka bersama kedua orang tua tersayang dikampung halaman. Sempena Hari kemerdekaan kampus mantra diberi cuti sehingga Isnin. Dapatlah pulang sekejap jumpa mereka dan adik-adik tersayang. Maklumlah sebelum ni asek sibuk dengan urusan belajar.

Untuk hari ketujuh bulan mulia ini mari kita sama-sama membaca doa dibawah ini. Bismillahirrahmanirrahim..

“Ya Allah, bantulah aku di bulan ini dalam melaksanakan puasa dan shalat, jauhkanlah aku di bulan ini dari kesalahan dan doa-dosa (yang tidak pantas dilaksanakan) di dalamnya, dan anugerahkanlah kepadaku di bulan ini (kesempatan untuk) mengingat-Mu untuk selamanya. Dengan taufik-Mu, wahai penunjuk jalan orang-orang yang sesat” -amin-

Korang berbuka apa tadi? mesti banyakkan hidangan? amboi seronoknya. Lagi-lagi bila jam dah pukul 6 petang semua menuju ke Bazar untuk beli juadah berbuka puasa. Kebiasaannya kita mesti rasa nak beli macam-macam kuih la,steamboat la,ikan terubuk bakar la. Fuh meleleh air liur. Sampai ada yang tak cukup tangan nak pegang semua. Tapi…..

Bila dah berbuka, baru minum seteguk air, makan 2 ke 3 suap nasi mulalah rasa ala-ala kenyang. Timbul rasa sedikit perasaan menyesal

” Sape pulak nak makan semua ni!”

ikanmasak3rasaItulah yang selalu dialami oleh Mantra sendiri. Masa beli tak ingat dunia. Semua rasa macam boleh masuk je tekak. Bila dah berbuka terkial-kial nak habiskan semuanya. Itulah yang dikatakan “NAFSU”. Jadi, dikesempatan ini mantra ingin beri sikit nasihat

“Bersederhana Ketika Berbuka Puasa”

Kalau betul teringin nak makan macam-macam buatlah plan. Hari ni aku nak berbuka roti bakar telur manis+air teh ais. Dah cukup! Esok nak berbuka udang masak lemak, lusa ketam masak kunyit. Ha…lebih kurang gitu la. Jangan boros-boros ok :)

JOM BUAT DUIT RAYA?

Mantra nak ajak korang buat duit raya. Raya pun dah dekat jadi tak salah kalau kita usaha sikit untuk tambah fulus. Raya ni mesti mau masyuk. Jom join Mantra buat duit raya dengan klik link kat bawah

www.saifulizwan.com/duitraya

Tags: , ,

5 Responses to “Bersederhana ketika berbuka puasa”

  1. August 30th, 2009 at 2:18 am

    safar says:

    Banyak makan kenyang.sampai nak solat pun jadi
    malas.

    PS : saje pakai emel baru.yahoo! mail.

  2. August 31st, 2009 at 10:32 am

    HR says:

    btul gak..kadang2 kalo layan nafsu ni membazir je. 2 hari lepas beli banyak2 last2 x abis. nasib baik ada setengah2 makanan leh tahan sampai sahur. leh la jugak abiskan.

  3. August 31st, 2009 at 4:51 pm

    Mantra says:

    Yup. Kalau boleh tahan sampai sahur takpe la jugak kan…

  4. September 1st, 2009 at 7:16 am

    fa-10 says:

    haah btul2..nafsu semata2..nyum2 sedap nye ikan ni..

  5. September 1st, 2009 at 9:59 am

    Mantra says:

    @ safar yup! tu yang paling penting. kalau perut dah kenyang nak bangun pun susah…adehs…

Leave a Reply