Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Author Archive

Gunakan Ebay malaysia untuk mencari supplier barang berniaga

Pada post yang lepas man ade bercerita tentang case iphone 4 yang man beli pada harga yang murah di ebay.case ini dibeli dari seorang ebayer yang memerlukan masa lebih kurang 2 minggu untuk sampai kerana menggunakan economy shipping.

Ape yang man nak kongsikan disini ialah bagaimana untuk mendapatkan supplier untuk kita berniaga. Di ebay malaysia, tiada fees yang dikenakan kepada penjual sama ada ingin listing atau selepas barang terjual.

Perkara ini menyebabkan banyak barang yang dijual diebay pada harga yang murah. Faktor yang lain,penjual tak perlu bayar sewa kedai, elektrik dan macam2 lagi. so x perlulah mereka nak markup besar.

Jika ade yang ingin membuka kedai online, di sinilah peluang untuk mencari supplier yang murah, ebay! Ya ebay salah satu tempat untuk mencari barang2 murah.Man ade seorang kawan yang menjual barang elektronik di kedai onlinenya. Man bertanya dari mana die mendapat barang2 tersebut. Die beritahu man salah satu tempat die mendapatkan supplier ialah dari ebay. Dan ade juga yang menjadikan sesetengah seller di ebay sebagai dropshipper mereka. Mereka pesan barang, seller tersebut yang akan menghantar barang ke rumah customer mereka. Mereka hanya menjadi orang tengah dan mengaut keuntungan yang agak lumayan setiap bulan. Know what, man pun buat teknik ni juga tau ! Memang berbaloi2…

So korang apa lagi, mulalah cari barang yang hot di ebay pada harga murah untuk dijual di kedai online atau facebook. Sekarang, semuanya di hujung jari :)

Selamat mencuba

My new iphone 4 hard case moshi just arrived

Hari ni, hari kedua blog saifuliZwan.com aktif.alhamdulillah, man masih dapat luangkan masa untuk menaip.dan yang lebih best hari ni man dapat barang yang man beli seminggu yang lepas dari seorang buyer di ebay us, tengok nie

20111116-235652.jpg

20111116-235724.jpg

Cantik tak? Ehhehe.case ni man brli pada harga yang kurang dari RM 20.quality barang memang tiptop.dan man memang betul-betul puas hati.sebelum ni man memang geramkan case moshi ni.tengok harga kat kedai hari tu harganye RM 30. tengok di ebay harganya kurang dari RM 20! Syioknye. Kalau korang nak beli juga man syorkan yang ini > link

Saifulizwan.com is Back!

9 June 2011 sehingga 16 November 2011, hampir 5 bulan lamanya mantra meninggalkan blog ini. Last time terima email dari webhost mengatakan kapasiti web hosting man telah melebihi limit. Limit hosting man hanya 500mb. Sekarang dah upgrade ke 1Gb, Alhamdulillah. Finally, terbuka juga hati untuk buka semula blog ini. Sayang pulak nak tinggalkan domain Saifulizwan.com, maklumlah ramah juga orang yang bernama Saiful Izwan ni ye!

Kepada pembaca blog man yang datang ke sini dengan perasaan kecewa kerana blog ini x dapat dibuka, man minta maaf banyak-banyak. Man bukan apa, busy study. Takde masa nak update blog. So biarkan jelah blog ni macam tu je. Yelah blog ini last sekali update kedudukannya masih PR3 dan ranking Alexa baru 1 juta, sekarang ranking dah 26 juta! fuyooo jenuh tu nak cover balik.

Tapi sekarang, I’m Back! banyak benda nak kongsi dengan pembaca semua. Pengalaman Man berniaga ebay selama 5 bulan x aktif berblogging. Harap korang sudi maafkan man dan berkunjung ke blog ni selalu ye. Peace :)

Sekarang dah lewat, next post man nak cerita dulu apa yang berlaku selama 5 bukan kita tidak bersua. Ok, tido dulu. Nyte2 :)