Amy Search Kena Saman?
Salam Sejahtera pembaca Blog Mantra,
Ok cukuplah dengan berita penuh sensasi dan kegeraman. Kini kita lihat isu yang lebih panas lagi. Al-kisahnya penyanyi rock terkenal tanah air kita disaman. Siapa yang tak kenal Amy Search dengan lagu femes beliau “Isabella” yang memang hangat satu ketika dulu. Kalau malam-malam sebelum tido layan lagu ni memang best. Tak tau ler kalau korang bukan peminat Rock Kapak. Kisahnya seorang budak yang makan di Restoran Milik beliau telah terkena tumpahan kuah tomyam sehingga melecur. Panas sangat la tu sampai melecur. So Parents budak tu nak dakwa Amy atas kecuaian restoran berkenaan
KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak yang melecur terkena kuah tomyam di Restoran Laksamana Cheng Ho milik penyanyi Amy Search berjaya meneruskan tuntutan saman RM300,000 terhadap penyanyi rock itu selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan rayuan plaintif.
Sehubungan itu, Hakim Lau Bee Lan juga mengetepikan dengan kos keputusan Mahkamah Sesyen Sivil di sini pada 30 Januari lalu yang membatalkan saman terhadap Amy (gambar) atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 51. Sumber <….Kosmo….>
Huii sape tak sayang anak. Lagi-lagi kalau anak first. Sedangkan nyamuk tak boleh usik inikan pula terkena kuah tomyam panas. Sampai melecur! Pengajaran buat pekerja restoran. Berhati-hati semasa menghidang makanan. Jangan disebabkan kecuaianmu pelbagai pihak mendapat masalah. Si tokey kedai, si mangsa, dan si hakim pun bertambah kes untuk diselesaikan.
Post ini bukanlah berniat menjatuhkan imej restoran tersebut tetapi menekankan isu kecuaian ni tak boleh dipandang remeh. Lagipun jarang perkara sebegini berlaku. Jika dah ada perkara ini berlaku, pihak-pihak terlibat harus lebih berhati-hati selepas ni.
P.S kepada yang duk perak jom gi Makan kat Cheng Ho. Kat ipoh ada satu. Besar juga restoran Amy
Related Posts :
Tags: amy search, saman artis
This entry was posted on Tuesday, October 27th, 2009 at 10:29 am and is filed under news. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

October 28th, 2009 at 2:14 am
Salam Mantra,
Kesian la budak2 kena mcm tu. Mmg la sayang anak.Saman tu supaya tidak berlaku lagi kecuaian.
.-= Nozi´s last blog ..Langkah Pertama Untuk Bisnes Internet =-.
October 29th, 2009 at 3:58 pm
korang perasan tak?kes ni dulu dah seteldah.bapak budak tu dah kowtim. alih-alih sekarang ni dah timbul semula isu ni..haih..apa ni…
October 31st, 2009 at 10:08 am
aish, sampai nak saman nih..
aku baru je lepas makan kat Cheng Ho minggu lepas.. boleh tahan la..
.-= beliamuda´s last blog ..Rapuan dalam keserabutan malam =-.
November 3rd, 2009 at 12:43 pm
Biasalah tu…manusia.
Hari ni cakap lain, esok cakap lain…
November 3rd, 2009 at 12:44 pm
Sempat lalu je haritu. Tak sempat singgah. Member2 lain kate sedap. Ni yang nak try ni. TOMYAM Panas…pergh!