Aku Bukan tak bersyukur, Aku cuma kurang tahu
Semenjak aku mula berblogging dan bergiat dalam dunia affiliate (pada pertengahan tahun 2009) ada saja produk digital yang dikeluarkan setiap bulan oleh para IM tempatan. Aku sangat bangga kerana orang kita dah mula sedar akan kepentingan internet sebagai medium mencari pendapatan part-time.
Sepanjang penglibatan aku dalam dunia affiliate, ada juga beberapa sales yang aku berjaya lakukan. Kadang-kadang tu ada sahaja email dari CIMBclicks dan Maybank2u yang menyatakan akaun aku telah dimasukkan sejumlah wang. Kadang-kadang RM 50, RM 100, dan sebagainya. Malah ada yang aku tak tahu dari mana datangnya duit ini. Mungkin dari program-program affiliate yang aku promosikan sebelum ini, agaknya!
Namun, menjadi persoalan aku ialah aku tak pernah menghasilkan jualan sehingga mencecah 10, 20 atau 30 untuk setiap program affiliate yang aku sertai. Bukan bermaksud aku tidak bersyukur, tetapi aku cuma ingin tahu bagaimana mereka-meraka yang hebat mampu melakukannya. Oh ya, mungkin juga aku tidak memiliki email list yang banyak. Dan mungkin juga aku tidak pandai berkata-kata manis. Tapi aku percaya itu semua mampu aku pelajari dari hari ke hari.
Aku percaya ada diantara kamu yang membaca post ini mengalami situasi yang sama seperti aku kan? Jadi, adakah korang menjumpai teknik yang betul dalam mempromosi sesuatu perniagaan affiliate? Mari kita kongsikan bersama di ruangan komen blog ini. Manalah tahu, ilmu korang tu berguna buat pembaca blog ini. Besar pahala
Related Posts :
Tags: buat duit affiliate, buat duit online, buat duit part time, duit free affiliate, program affiliate
This entry was posted on Thursday, May 6th, 2010 at 4:28 am and is filed under perniagaan internet. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



May 6th, 2010 at 5:21 pm
Sama la aku pun. Teori promosi sama je, tp praktikal nya x sama pun dgn otai2 affiliate.
May 13th, 2010 at 7:53 am
Ubah cara..sama-sama belajar berniaga melalui internet…
May 14th, 2010 at 11:45 am
@shahrul,
Masih banyak lagi yang kita perlu belajar ni. Mungkin tak jumpa lagi rentak dia kut…
@ Muhd Suhaily,
Ok thanks for the tips