36 Jam Bercuti di JB
Salam sejahtera pembaca Blog Mantra,
Pagi tadi Mantra baru tiba di Perak setelah 36 Jam bercuti di Johor Bahru. Pergh, memang best cuti-cuti Malaysia ni. Buat apa kat sana? Mantra pergi ‘bertapa’ untuk meningkatkan ilmu blogging bersama Pro Blogger. Banyak ilmu yang sempat di”curi” selama 36 jam berada di sana. Kalau nak diikutkan memang tak puas. Rasa nak duduk sana lama-lama namun apakan daya, ada komitment lain yang perlu diselesaikan.
Sebenarnya percutian ini bukannya dirancang. Memang terpendam di sudut hati suatu hari nanti ingin menuntut ilmu bersama Pro Blogger. Ingin belajar skill-skill hebat dari mereka. Malah ada yang menjana hingga ribuan ringgit setiap bulan hanya dari 1 blog! masa dan wang tidak mengizinkan.
Namun apakan daya. Allah itu maha kuasa. Seorang rakan lama sekolah saya menelefon memaklumkan dia tidak dapat hadir ke seminar yang baru ditempahnya. Katanya dia terpaksa mengikuti satu kursus yang wajib diperginya yang dianjurkan oleh pihak UKM. Saya dipanggil untuk menggantikannya. Betul lah apa rakan saya kata. Allah itu maha kuasa. Setiap hari saya memohon agar dibukakan pintu dan jalan supaya saya berkesempatan menemui beliau(Rohaizad). Takdir membenarkan saya mengikuti
Seminar Smart Blogging bersama Rohaizad
18 Oktober 2009
Fuh, ini lah yang memang Mantra nantikan dari semenjak pertama kali menemui blog Rohaizad. Orang ini bukan calang-calang. pasti ada rahsia disebalik kehebatannya berblogging. Sehingga menghasilkan wang ringgit. Lalu pantas saya hubungi Fareed(rakan lama saya tu) untuk memaklumkan bahawa saya bersetuju.
“Eh ko tak kisah ke aku pegi ni?”
“takpe next time punya aku pegi lah”
baru-baru ini ada lah masuk sikit rezki ke dalam akaun bank. Memang Sah, jodoh untuk pergi ke seminar Rohaizad semakin ketara. Rezki ini datang tanpa disangka. Betul lah apa yang rakan saya kata lagi “solat hajat banyak-banyak, pasti ada jalannya nanti”. maka pada 17/10/09 Mantra zooooooom ke JB dengan semangat yang berkobar-kobar. Percutian yang tak disangka. Itulah rezki namanya.
Nak tahu apa kisah yang berlaku disana? baca post yang menarik ni
Waktu disana, Mantra bertemu dengan blogger-blogger yang selama ini hanya komen diblog mereka, tetapi waktu itu dapat jumpa secara live. Blogger Nuaeman, shaffik, Aliff, reezluv, Mohd Zaki dan ramai lagi. Kami berada diplatform yang sama. Mungkin sebab itu hanya masa yang singkat kami sudah mesra antara satu sama lain. Peserta-peserta seminar semuanya spoting. Dari pelajar, pekerja kerajaan, swasta,engineer sehingga ke lecturer! semuanya complete. Jelaslah profession sebagai Blogger tidak mengenal usia dan pekerjaan. Sesiapa pun mampu berblog.
Tak dapat nak gambarkan perasaan seronok menghadiri seminar Rohaizad. Dari pukul 9 pagi hingga 7 petang sikit pun tak rasa ngantuk. Jelaslah persepsi aku bagaimana ingin buat duit dengan Blog dah salah. Sebenarnya tanpa traffik pun kita mampu buat duit dengan blog! dan Rohaizad telah membuktikannya. Kami ditunjukkan dengan ScreenShot Live( Psst Rohaizad buka akaun Paypal beliau!) . Selepas tu kami dikongsikan dengan pengalaman beberapa Bloggers Malaya yang lain beserta bukti live diorang iaitu bro Nueman, Shaffik dan Boy. Dengan bersahaje je si Boy ni cerita pengalaman manis dia dari Zero ke Hero.
Memang jelez tak ingat. Jelez beb…. Mantra tau nak dapat sebegitu bukannya senang. Perlu ada persiapan dan ilmu yang cukup. Sebab itu Mantra tak salah pilih Guru. Rohaizad adalah guru yang betul. Thanks Rohaizad dan otai blogger yang lain. Ilmu ini sangat saya sanjungi. Oh ya, sudah pasti lepas ini Mantra akan bertindak seperti apa yang dipelajari semasa seminar. Sudah pasti.
Sebelum bertolak balik sempat juga mantra jumpa sorang blogger ni. Dia punya blog pun boleh tahan hebatnya. Sapa yang tak kenal mazuki dengan blog femes beliau Selangor2u.com. Pertemuan singkat walaupun 45 minit bertemu banyak juga ilmu blogging yang sempat dikaut. Lepas jumpa, terus naik bas bertolak ke tanah air. Thanks bro
Apa yang Mantra dapat lihat, semua peserta seminar semuanya berpuas hati dan tidak sabar nak ‘memulakannya’. Ilmu kalau tidak diamalkan ibarat pokok yang tidak berbuah. Betul tak? Semoga percutian Mantra di JB selama 36 jam ini adalah titik tolak kepada bermulanya perubahan Mantra dalam dunia Blogging. Insya Allah…
P.S Gambar-gambar masih ada dalam Kamera. Tak sempat bawa keluar lagi. Akan diupdate kemudian.
Related Posts :
Tags: seminar, smartblogging
This entry was posted on Monday, October 19th, 2009 at 6:47 pm and is filed under blog. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



October 19th, 2009 at 9:24 pm
aku baru jea sampai umah nie…hehehe
.-= MyDailyBlog.Info´s last blog ..Sejauh Mana Anda Mengetahui Tentang Google PageRank =-.
October 19th, 2009 at 11:41 pm
wah, beruntung dapat gi menuntut ilmu dengan pro blogger..
.-= beliamuda´s last blog ..SPM guna sistem gred baru =-.
October 20th, 2009 at 12:50 am
Salam bro,
Alhamdulillah..selamat sampai akhirnya. Aku ada peristiwa tragis waktu perjalanan pulang tu hehehe…dugaan2..
October 20th, 2009 at 12:51 am
InsyaAllah,
Lepas ni bro plak jadi ahli SmartBlogging Rohaizad. Amacam? berani sahut cabaran?
October 20th, 2009 at 3:59 am
Nampaknya mantra dah jauh terjerumus dalam kancah dunia blogging ni! Siap masuk seminar lagi. Dah tak boleh diselamatkan ni..huhuhu
.-= wanwma´s last blog ..(Agama) Taat Suami..Taat Ibu.. =-.
October 20th, 2009 at 5:20 am
wah tahniah! dapat belajar ngan bro Ijad, hrm.. semoga berjaya dalam karier blogging..
.-= zuls´s last blog ..Weblog Popular 1Malaysia memang memeningkan =-.
October 20th, 2009 at 9:43 am
ngeh3… lepas ni mantra pulak jadi blogger idaman malaya.. mengembalikan ilmu kepada blogger2 newbie macam saya ni…=)
.-= awe 9´s last blog ..Status YM di Blog WordPress dan Blogspot =-.
October 20th, 2009 at 11:39 am
Aik? apa maksud dah tak boleh diselamatkan lagi? huhuhuh
Ade-ade je Bro wan ni.. Masuk seminar pasal belum cukup ilmu..belum cukup ‘mantra’ lagi hehehehe…
October 20th, 2009 at 12:13 pm
Bro Zuls,
terima kasih atas semangat tuh. InsyaAllah saya akan berusaha. Blogging ni memang minat dari dulu lagi tapi tak dapat pendedahan awal hehehe…
October 20th, 2009 at 12:15 pm
Salam awe 9,
bro baru update Gravatar ye? tahniah! hehehe. Bro biz ebay amacam? mesti masyuk punyalah
October 21st, 2009 at 1:35 am
Wahhh! Semangat betol Mantra ni. Dah macm baru pas kene mantra ngn Ijad. Yang penting, semngat blogging tu dikekalkan. Biar hot je sepanjang masa walau ape pun yang jadi k
.-= boy_bersahaje´s last blog ..Laporan: Hujung minggu yang berseminar dan pelaburan… =-.
October 21st, 2009 at 2:56 am
Salam Boy,
Memang dah kena Mantra dengan Ijad ni pun. Termimpi-mimpi 2 ke 3 hari ni.
Kawan-kawan ni dia boy yang income $1*** dengan ** jumlah blog yang dia ada hehehe…kasi up sket sama bro..
Apapun thanks sebab banyak ilmu yang bro kongsi haritu time kita pekena nasi ayam penyet
teringin juga nak jadi hot sepanjang waktu macam boy bersahaja hehehe…
October 21st, 2009 at 1:39 pm
harap mantra dapat menterjemahkan segala yang telah dipelajari.. lepas ni bolehlah kita dengar cerita mantra pulak.. tak gitu
.-= nuaeman´s last blog ..Dunia kita Berbeza =-.
October 21st, 2009 at 5:40 pm
InsyaAllah kalau dimurahkan rezki. Usaha sehabis baik
August 19th, 2010 at 10:26 am
Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog http://jasinhomestay.blogspot.com @ 0123736548