30 juzu’ Al-Quran dibulan Ramadhan
Alhamdulillah dah 4 hari kita berpuasa. Mari sama-sama kita baca doa ni. Bismillahirrahmanirrahim….
“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”-amin-
Tips puasa hari ni ialah
khatam Al-Quran dibulan ramadhan
Bagaimana caranya? Ok sekarang solat kita ada 5 waktu iaitu subuh,zohor,asar,maghrib dan isya’ siapa tak tau ni angkat tangan. Setiap kali selesai solat amalkan baca 4 muka surat Al-quran (lebih baik bersama terjemahannya). Jika diamalkan setiap kali selesai solat maka kita akan membaca 20 m/s al-Quran.
20 m/s= 1 juzu’
1 hari dibaca 1 juzu’ maka 30 hari bersamaan 30 juzu’ maka khatamlah Al-quran untuk tempoh 30 hari dibulan Ramadhan. Kalau tak mampu, cuba juga baca Al-quran walau tak dapat 1 juzu’ sehari namun lebih baik dapat setengah juzu’ untuk sebulan daripada kita tak membaca langsung. Gunakan sebaik-baik waktu dibulan Ramadhan ini untuk beribadah. Wallahua’lam
Related Posts :
This entry was posted on Monday, August 24th, 2009 at 5:04 pm and is filed under Religion. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

August 25th, 2009 at 2:17 am
Selalulah kita amalkan doa diatas pada bulan ramadhan ini.
August 25th, 2009 at 11:53 am
amin…
August 25th, 2009 at 12:04 pm
Salam kawan2 macamana hari keempat? moga lebih bersemangat k
August 25th, 2009 at 3:56 pm
peringatan n tips bagus dari mantra. =)
August 26th, 2009 at 1:00 pm
@ naz sikit-sikit boleh la eheh
@BAGAK Salam ramadhan. Betul ke kemas dan menarik? baru ingat nak tukar theme hehe