Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Archive for August, 2010

Raya dah Dekat. Persiapan macamana?

Salam sejahtera Mantra ucapkan kepada yang masih sudi lagi membaca Blog Mantra. Al maklumlah sejak akhir-akhir ni Blog Mantra dah jarang diusik. Bukan kerana malas, tetapi disebabkan zaman dah semakin maju dan banyak setting dan perkara yang diupdate fungsi terutama Blog WordPress, sehingga tak terkejar infonya. Kini, blog ini baru sahaja di update ke version 3.0. Bukan version je diupdate, malah theme juga turut diupdate. Barulah pembaca tak jemu kan.

Sekarang kita dah pun sampai ke pertengahan bulan Ramadhan dan Syawal pun nak menjelma. Ramai antara kita yang sudahpun mula sibuk untuk shopping raya. Dan ada juga yang sedang ‘gila-gila’ buat duit dari musim yang datangnya setahun sekali ni. Suka Mantra ingatkan kembali, tentang satu review yang Mantra buat tahun lepas berkenaan idea-idea yang kita boleh gunakan untuk mencari duit tambahan di musim perayaan (sebelum dan sewaktu raya). Ebook berkenaan idea buat duit raya dari AMMAR ZAHAR. Masih ingat?

Jadi jika ada diantara korang yang ingin cari pendapatan lebih, eloklah baca ebook ini. Tak susah, ideanya simple sahaja. Cuma mungkin yang susah ialah bila nak buat bisnes tersebut. Mantra bagi contoh, bisnes tudung ala-ala ‘Yuna’ tu. Kan hot sekarang. Mana-mana pergi awek-awek bertudung dah mula pakai fesyen macam tu. So, jika korang kreatif, mungkin boleh cari supplier yang boleh beri harga borong yang murah. Kemudian cuba untuk jual dengan cara ini:

  1. BLOG – Alahai senang kalau nak buat blog Blogspot tu free je. Klik sini. Kemudian, promote kat kawan-kawan kolej or universiti. Pakai blog, tak payah nak explain panjang-panjang. Letak gambar, description sikit-sikit, then letaklah harga berapa nak jual. Kalau diorang suka, insyaAllah pemasaran mulut-ke-mulut akan berhasil. Lagi-lagi waktu bulan puasa ni, orang ramai malas nak keluar shopping(sebab letih kut). So, potensi untuk diorang shopping dari blog korang mungkin ada.
  2. Ebay – Register Free kat website ni www.ebay.com.my. Ebay Malaysia tak perlukan kos untuk setiap listing yang kita buat. Kalau kena bayar fees pun, lepas barang yang kita jual tu terjual. Kalau tidak, FOC. Tak rugi kan?

Itu antara idea yang mungkin Mantra boleh kongsikan. Korang boleh lah try 1 ke 2 cara nak jual barang tu. Guna Facebook ke. Sekarang ni ada banyak cara. Cuma nak rajin Google. InsyaAllah, rezki akan datang.

Oh ya. Apa yang Mantra taip tu cuma idea Mantra sendiri. Sebab suka tengok perempuan bertudung ala-ala Yuna. Kalau korang nakkan idea lain, Mantra cadangkan bacalah 10 Cara Cari Duit Raya dari Ammar Zahar. Siap ada testimoni lagi pembaca yang dah masyuq!

Selamat mencuba dan selamat beramal.

P.S Ebook ebay Mantra ni tak siap-siap lagi. Bila nak siap tak tahulah.

BlackBerry Diharamkan Penggunaanya, Apa Cer?

Korang ada dengar berita ni? Dengarnya Blackberry nak diharamkan. Segala maklumat-maklumat peribadi pengguna Blackberry dikumpul data-data oleh sebuah syarikat. Sekarang senyap je. Kalau betul lah nak diharamkan, macamana dengan orang-orang yang guna Blackberry agaknya ye. Ada dapat ganti rugi tak?

Salam Ramadhan 2010

Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar kita dah pun sampai di Bulan Ramadhan. Alhamdulillah, kerana masih dipanjangkan umur. Rasa macam baru je sambut raya tahun lepas. Tau-tau je dah hampir sampai ke raya tahun ni pulak.

Hari ini hari 1st Ramadhan 2010 dan malam tadi adalah Solat terawih pertama bagi seluruh umat Islam di dunia. Di UTP, Alhamdulillah seperti tahun-tahun sudah masjid memang penuh sehingga ke saf belakang sekali. Memang boleh dikatakan semangat Ramadhan membara-bara di jiwa. Memang boleh dikatakan hampir semua tempat rasanya macam tu juga. Maklumlah, syaitan yang selama ini menghasut kita tiba-tiba takde. Yang tinggal hanya nafsu semata-mata. Nafsu ini pula pada walnya insyaAllah mudah untuk dikawal dan lama-lama ia menjadi susah sikit. Mana tak, selama 11 bulan kita tidak melatih nafsu. Jadi di bulan mulia inilah masanya kita melatih nafsu untuk 11 bulan yang akan datang (sehingga sampai ramadhan 2011 InsyaAllah). Diharapkan bilangan jemaah tidak semakin berkurang selepas beberapa hari ramadhan berlalu :)

Tak sabar untuk rasa hari pertama puasa. Urm, nak berbuka apa ya hari ni? baru mula puasa dah pikir pasal berbuka, tak patut betul…..

Kawan-kawan, jom kita gandakan amalan dibulan puasa kerana pahalanya juga berganda-ganda berbanding bulan-bulan biasa. Wallahua’lam…

Mantra mengucapkan,

SALAM RAMADHAN

Kepada Muslimin dan Muslimat

You are currently browsing the Blog Mantra blog archives for August, 2010.