Archive for June, 2010
Pengalaman Menjual di Ebay Menyeronokkan. Setelah Seminggu berhempas pulas, hampir 60 listing dibuat barulah ada jualan
2 minggu yang lepas, Mantra mengambil keputusan untuk membuka semula akaun Ebay yang dah ‘berhabuk’. Lebih kurang setahun dah tinggalkan ebay. Langsung tak pernah buat jualan. Kalau listing pun adalah satu dua yang view, yang bid nya pula ’0′.
Entah kenapa, terasa ingin mencuba ebay semula. Tambah lagi, Mantra ada dapat barang ‘baik punya’ dari kawan. Mana lah tau kut-kut boleh laku macam pisang goreng kat Ebay. Dalam akaun Paypal pun adalah beberapa belas dolar untuk modal permulaan.
Lebih kurang seminggu, listing di Ebay tetapi tiada jualan. Mula-mula tu kecewa juga, tetapi bila sedar ada kesilapan yang berlaku terus jadi bersemangat semula. Kesilapan yang Mantra maksudkan ialah tak membuat research terlebih dahulu sebelum membuat listing di Ebay. Main taruk aje harga berapa nak asalkan tak rugi. Salah kut, faktor harga bukan penentu untuk berjaya membuat jualan di Ebay. Dari try and error yang Mantra buat dalam masa seminggu,
Kita perlu pastikan barang yang kita jual ada permintaan, dimana terletaknya golongan-golongan yang meminta apa yang kita jualkan maka di situlah lubuk duit.
Bagaimana nak tahu? cara paling simple, Mantra cuma gunakan tool yang disediakan Google. Tool tersebut namanya Google Trends. Dengan Google Trends, kita akan tahu di mana letaknya permintaan produk yang kita akan jual. Nampak simple tapi memberi impak yang besar. Tak percaya? Tengok ni
Jualan untuk 2 hari selepas menggunakan Google trends
Dengan fungsi Google trends, korang boleh membuat perbandingan dengan hasil carian. Taip sahaja beberapa produk pada ruangan yang disediakan. Google Trends akan membuat perbandingan dan akan memberitahu korang dimana terletaknya permintaan untuk produk-produk tersebut. Tetapi, ianya secara general sahaja. Hasilnya akan memberi gambaran tentang permintaan sesuatu produk dengan memberitahu di negara manakah produk tersebut sedang mendapat perhatian.
Bagi orang macam Mantra ni penggunaan Google Trends adalah benda yang biasa sahaja. Kebiasaannya penjual-penjual di ebay mempunyai banyak tool-tool lain yang mereka gunakan untuk membuat research. Lebih gempak dan canggih. Apa yang penting, kena research dulu sebelum mulakan listing. Daripada 5 listing, 3 mengena. Alhamdulillah!
Meneronokkan!
Kenapa ebay menyeronokkan? Antaranya
- Menjual di Ebay tak perlukan laman web sendiri. Boleh jimat duit untuk beli domain dan hosting. Cuma perlukan modal sedikit untuk membuat listing. (kalau ebay Malaysia Free jer)
- Tak perlu penat lelah, letih lesu untuk mempromosi. Setiap hari beratus-ratus ribu (entah-entah juta) orang akan memasuki ruang Ebay untuk membeli belah online!
Setiap sesuatu ada kelemahannya. Di Ebay produk digital tak dibenarkan. Hanya produk-produk fizikal sahaja yang dibenarkan. Perlu ada modal pula untuk pembungkusan dan penghantaran. Namun, ia bukanlah masalah yang besar sangat. Boleh diuruskan jika perancangan yang betul dibuat sebelum memulakan perniagaan di Ebay.
Lebih kurang 2 minggu yang lepas Mantra terbaca satu post yang dibuat oleh Encik Rohaizad di blognya berkenaan mencuba peluang lain. Sebelum ini, dah bermacam-macam cara buat duit di internet yang Mantra telah cuba termasuk blog advertising, affiliate, PPL, PPC, produk digital dan kini tiba giliran Ebay pula.
Alahai, rasa-rasanya tak larat jika nak buat semua. Mantra cuba dulu kemudian jika rasa selesa Mantra akan decide dan tentukan yang mana perlu diteruskan dan yang mana perlu ditinggalkan. Maklumlah, buat part time income waktu zaman belajar bukannya perkara yang senang. Masa sangat terhad!
Untuk next listing, Mantra akan update di blog ini samaada rugi atau untung.hehehe…kalau untung, boleh belanja kawan-kawan. Mantra juga masih teruskan untuk belajar teknik-teknik perniagaan di Ebay. Newbie perlu banyakkan usaha dan latihan. Ebook berkenaan Ebay? dah banyak baca tapi cuma tak di aplikasikannye lagi. Termasuk ebook dari Otai Ebay Sifu Lan. Member baik Mantra, juga otai ebay yang pernah buat RM 10000 sebulan dari ebay juga turut membantu. Terima kasih kawan
Kalau korang juga berminat nak buat bisnes di Ebay tetapi takde produk untuk dijual, korang buleh cuba satu ebook yang dijual oleh Expert Eruwan Gerry. Ebook ini akan beritahu lubuk-lubuk yang korang boleh dapatkan produk fizikal dari China pada harga murah atau syarikat dropship yang sememangnya sedang hangat dalam bisnes Ebay. Wait for my next update!
Siapa dia Eruwan Gerry? Ini dia sedikit informasi tentang beliau,
Secara ringkasnya, Eruwan Gerry Norsen adalah merupakan seorang Pakar Lelongan Online di Malaysia. Beliau merupakan penjual dan juga pembeli di dalam portal lelongan online ternama di Malaysia, iaitu Lelong.com.my, dan juga portal lelongan online nombor satu di dunia, iaitu ebay.com.
Beliau juga merupakan ‘Education Specialist trained by eBay’, yang menjadikan beliau di antara sebilangan kecil rakyat Malaysia yang diiktiraf berkelayakan oleh pihak eBay untuk membimbing individu lain mengenai selok-belok eBay.
Beliau telah menulis beberapa buah buku yang berkaitan dengan lelongan online ini. Di antaranya ialah, ‘Rahsia Raja Lelong’, ‘Secrets of the Lion King’ dan ‘Rahsia Jutawan Lelong’. Beliau juga pernah muncul di TV Malaysia, dan sering mengadakan pelbagai ceramah di seluruh negara, menyampaikan pengetahuan di dalam bidang berkenaan. <sumber>
P.S Pukul 10 pagi kat Malaysia, kat US dah pukul 10 malam. Ehem-ehem, sejak join Ebay ni dah mula tau time kat overseas pulak
Tweet
YouthSays: New Campaign is Paying You 16,000 RM
Dah lama Mantra tak ambil pot pasal YouthSays. Baru-baru ni ada satu email datangnya dari Youthsays yang menyatakan New Campaign is Paying You 16,000 RM. Wah! Macam menarik je. Mantra pun bukalah akaun lama Youthsays yang lebih kurang 2 tahun tak berusik. Dalam akaun ada lebih kurang RM 8.00 hasil kempen Pay Per Lead Youthsays waktu awal-awal penubuhan laman web tersebut. Sekarang YouthSays dah makin famous dan dapat sambutan hangat ye.
Teringat Mantra lebih kurang 3 minggu lepas, Youth Asia telah mengadakan perhimpunan di dewan PWTC Kuala Lumpur. Ada expo, gerai, music, pameran dan pelbagai telatah remaja yang Mantra dapat lihat sewaktu menghadiri perhimpunan tersebut. Ada juga terasa diri ni dah terlalu tua untuk menghadiri majlis sebegitu rupa
Tapi sebab dah takde idea lain waktu tu, pergi jugalah. Dapat info ini pun dari laman web Youthsays sendiri. Lagi pulak FREE je.
Berbalik pada tajuk, sekarang Youthsays sedang menganjurkan kempen pengiklanan dimana ahli-ahlinya yang berdaftar boleh menyertainya. Kempen pengiklanan? Macamana tu?Ada bayaran ke?
OK macam ni. Jika anda menyertai kempen iklan yang ditawarkan oleh Youthsays, anda akan dibayar RM 0.20 untuk setiap unik klik terhadap link anda. Ala-ala Affiliate Pay Per Click. Antara iklan yang ditawarkan dalam kempen Youthsays yang sempat Mantra sertai seperti iklan ini
Cool ? Ha korang apa lagi tunggu. Tengok website iklan tu pun dah menarik. Kalau dah ada peluang-peluang macam ni tak join pulak rugi je la. Korang juga boleh pilih nak iklankan kempen yang mana. Kalau korang nak tahu, korang boleh klik pada tajuk kempen yang diberi. Contohnya macam Mantra pilih 3 kempen diatas. Korang boleh lihat, seperti Dentyne menawarkan hadiah RM 10 000 untuk pertandingan menari! Dari situ korang boleh bina slogan atau ayat ‘baek punya’ untuk pikat member-member korang kat Twitter atau Facebook.
TweetDunia Benci Israel. Suarakan bantahan beramai-ramai terhadap Israel yang kejam,zalim lebih zalim dari Binatang
Sudah 3 hari aku mengikuti perkembangan tentang penahanan konvoi penghantar bekalan bantuan oleh askar Israel. Betapa kejamnya Israel, tak dapat dibayangkan. Memang kejam. Malah lebih kejam dari binatang.
Aku tertarik dengan kempen Rohaizad yang mengajak kita beramai-ramai supaya menukar avatar Facebook yang bertulis “ISRAEL SUCK”. Kini aku sudah menukar Avatar Facebook. Korang boleh lihat sendiri di Facebook Mantra. Sebagai sokongan terhadap kempen ini, aku mengajak pembaca yang bencikan Israel supaya turut menukar Avatar Facebook. Mari kita gegarkan dunia FACEBOOK dengan KEBENCIAN GILA-GILA terhadap ISRAEL.
ISRAEL SUCK!
Berita baru, komander Israel menyerang bot warga TURKI dalam keadaan gelap. Menurut berita, Askar Israel turun dari helikopter dan terus menyerang Aktivis. <berita lanjut>
Bukan baru ini, sejak dari dulu lagi ISRAEL memang memberi masalah kepada dunia. Banyak kekejaman yang dilakukan oleh ISRAEL didiamkan PBB. Kata saja bantah, tapi tiada tindakan diambil. Bak kata rohaizad,
PBB mengutuk keras tindakan askar Israel… tapi mereka tidak buat apa-apa pun. Jadi kalau kita ada buat sesuatu (walau hanya menukar avatar sekalipun), kita lebih dari PBB.
Oleh kerana yang ditindas itu orang ISLAM, maka tiada tindakan tegas diambil oleh kuasa besar dunia terhadap ISRAEL
ISRAEL SUCK
Aku harap 12 orang rakyat Malaysia yang ditahan masih selamat. Semoga Allah memberkati usaha murni mereka. Mari kita ramai-ramai tukar AVATAR FACEBOOK kepada ISRAEL SUCKS. Biar dunia lihat penduduk MALAYSIA adalah penduduk yang bencikan ISRAEL dan bencikan PENZALIM.
TweetISRAEL SUCK!
You are currently browsing the Blog Mantra blog archives for June, 2010.


