Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Archive for June, 2010

Dah sampai.Fuh! leganya

Buat pertama kalinya barang yang Mantra hantar ke Overseas dah sampai. Lega rasanya…

yes i received the item

it was in very good condition

thank you very much.

Soheil SAFAI,”

Mamat ni dari Jepun. Penghantaran ke Jepun hanya mengambil masa 7 hari bekerja je. Bagusnya servis dari Pos Malaysia. Salute!

P.S busy sampai tak sempat nak update blog

Tutorial Mengeluarkan Duit dari Akaun Paypal ke Akaun Bank Malaysia

Salam sejahtera,

Tutorial membina akaun Paypal Mantra telah ditunjukkan pada post yang lepas. Kini tiba masanya Mantra menunjukkan cara bagaimana mengeluarkan duit Paypal ke Bank Malaysia. Eh boleh ke? Yup, kini Paypal lebih mudah. Kita boleh pindahkan duit Paypal kita ke Bank tempatan di Malaysia dalam tempoh 2 ke 3 hari bekerja.

Untuk pengetahuan korang, Paypal akan kenakan fees sebanyak RM 3 bagi transaksi yang kurang dari RM 400. Bagi transaksi lebih dari RM 400, tiada apa-apa charge dikenakan. FREE of Charge. Untuk pindahkan duit Paypal ke dalam kad pula akan dikenakan RM 20 untuk setiap transaksi.

Untuk pindahkan duit Paypal ke akaun Bank Tempatan, ikut langkah-langkah berikut:

1. Link akaun Bank tempatan ke Paypal.

Pada menu ‘Profile’ pilih ‘add/edit Bank Account’.

Kemudian isikan maklumat yang diperlukan. Untuk bahagian ‘MEPS bank routing code’ anda boleh klik pada ‘Details’ seperti yang ditandakan di kotak merah pada gambar diatas. Kemudian akan keluar popup baru tentang menu-menu bank tempatan yang anda boleh pilih.

Saya memilih CIMB BANK BERHAD dan ‘MEPS bank routing code’ saya ialah CIBBMYKL. Anda boleh pilih bank apa yang anda mahukan dan masukkan kod bank tersebut pada borang tadi.

Setelah borang telah lengkap diisi,  tekan ‘continue’ dan akaun bank anda telah disambung pada akaun Paypal.

2. Memindahkan duit ke Bank Tempatan.

Pada ruangan admin, pilih menu ‘Withdraw’. Kemudian menu seperti diatas akan muncul. Sila pilih anda hendak pindahkan ke bank tempatan atau pun Kad debit anda. Saya memilih ‘Withdraw to your bank account’.

Lihat pada jumlah duit yang ada pada ‘From this balance’. Kemudian masukkan pula jumlah yang anda ingin pindahkan ke Bank tempatan. Saya memasukkan nilai $130 untuk mengelakkan yuran RM 3 :)

Re-Confirm jumlah yang anda ingin pindahkan dan berapa nilainya setelah di tukar kepada matawang Ringgit Malaysia. Tekan ‘submit’ untuk teruskan.

Berjaya! permohonan anda sedang disemak dan transaksi akan berlaku dalam masa 2 ke 3 hari waktu bekerja.

Paypal akan menghantar satu email kepada anda sebagai pemberitahuan.

SELEPAS 3 HARI…

Alhamdulillah duit selamat dipindahkan. Berikut adalah screenshot bank akaun CIMB, dimana duit dari Paypal telah berjaya dimasukkan. Semoga berjaya!


P.S Banyak kelebihan dengan memiliki akaun Paypal. Boleh shoping atau berniaga di pasaran antarabangsa. Lebih-lebih lagi di laman web Ebay. Kepada sesiapa yang dah ada akaun Paypal dan berminat menyertai bisnes Ebay, Mantra cadangkan baca dulu panduan ini

http://www.gajimaya.com

Ebook Import Dari China

Blog Expert Kongsi Rahsia, bagaimana beliau jadi jutawan dengan Blog JohnChow.com

Mantra baru je download ebook percuma dari John Chow. Ebook ini bertajuk ” ULTIMATE BLOG PROFIT MODEL”. Ebook ini ditulis oleh pro Blogger John Chow sendiri yang sudi berkongsi pengalamannya dalam menghasilkan wang menggunakan Blog peribadinya.

“Are you tired of making peanuts from your blog? Kick it into high gear with the ultimate blog Business Model. This is step-by-step guide inside the business model that allows my blog to make over $40,000 per month”, John Chow

Ebook ini mengandungi 60 mukasurat dan pengolahannya sangat jelas. Mantra percaya sesiapa pun, walau apa peringkat pengetahuan mereka dalam dunia blog mampu memahani apa yang cuba disampaikan dalam ebook ini. Mantra baru baca bab Case Study, bagaimana beliau menjana $ 500,000 pada tahun 2009! yang lain belum habis baca lagi. Gaya penulisan beliau memang menarik dan menyebabkan kita akan khusyuk membaca dari satu baris ke satu baris yang lain.

Jom belajar berblogging dengan John Chow, http://www.blogprofitcamp.com

You are currently browsing the Blog Mantra blog archives for June, 2010.