Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Archive for May, 2010

Budak Umur 2 Tahun Ketagih 40 Batang Rokok Sehari

Indonesia: Seorang budak berumur 2 tahun ketagih 40 batang rokok sehari. Dia dah diajar merokok oleh ayahnya sejak berumur 18 bulan (apa punya jenis orang tua la macam ni ajar anak yang bukan-bukan).

Ardi Rizal, berumur 2 tahun akan mengamuk jika dia tak diberi rokok. Bukan satu dua, tapi 40 batang rokok sehari. Dasyat!

Blog Mantra tak Aktif

Lepas timbul satu masalah, datang pulak yang lain. Sebab tu lah blog ni macam nak tak nak je tuannya nak usik. Bukan apa, baru-baru ni dengan masalah script wordpress diserang Malware. 2 minggu blog tak dapat dibuka. Lepas dah ok, dalam seminggu datang pula masalah blog diserang Virus. Tambah lagi 2 minggu blog ni tak boleh dibuka. Total semua, nak dekat sebulan!

Oleh kerana itu Mantra nak kumpul semula mood blogging yang kian lama tersimpan. Oh, maaf lah jika korang datang ke blog ni mengharapkan post baru. Mulai minggu depan, blog ini akan mula diupdate seperti biasa. Zaass!

- Mantra -

Aku Bukan tak bersyukur, Aku cuma kurang tahu

Semenjak aku mula berblogging dan bergiat dalam dunia affiliate (pada pertengahan tahun 2009) ada saja produk digital yang dikeluarkan setiap bulan oleh para IM tempatan. Aku sangat bangga kerana orang kita dah mula sedar akan kepentingan internet sebagai medium mencari pendapatan part-time.

Sepanjang penglibatan aku dalam dunia affiliate, ada juga beberapa sales yang aku berjaya lakukan. Kadang-kadang tu ada sahaja email dari CIMBclicks dan Maybank2u yang menyatakan akaun aku telah dimasukkan sejumlah wang. Kadang-kadang RM 50, RM 100, dan sebagainya. Malah ada yang aku tak tahu dari mana datangnya duit ini. Mungkin dari program-program affiliate yang aku promosikan sebelum ini, agaknya!

Namun, menjadi persoalan aku ialah aku tak pernah menghasilkan jualan sehingga mencecah 10, 20 atau 30 untuk setiap program affiliate yang aku sertai. Bukan bermaksud aku tidak bersyukur, tetapi aku cuma ingin tahu bagaimana mereka-meraka yang hebat mampu melakukannya. Oh ya, mungkin juga aku tidak memiliki email list yang banyak. Dan mungkin juga aku tidak pandai berkata-kata manis. Tapi aku percaya itu semua mampu aku pelajari dari hari ke hari.

Aku percaya ada diantara kamu yang membaca post ini mengalami situasi yang sama seperti aku kan? Jadi, adakah korang menjumpai teknik yang betul dalam mempromosi sesuatu perniagaan affiliate? Mari kita kongsikan bersama di ruangan komen blog ini. Manalah tahu, ilmu korang tu berguna buat pembaca blog ini. Besar pahala :)

You are currently browsing the Blog Mantra blog archives for May, 2010.