Archive for April, 2010
Salam Takziah: Din Beramboi Meninggal Dunia
Terkejut bila dapat satu SMS ringkas dari member, “Din Beramboi dah meninggal…Al-Fatihah” lebih kurang pukul 7 a.m pagi tadi. Din beramboi menghembuskan nafas terakhir malam tadi pukul 12.30 pagi akibat denggi berdarah. Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah, Alfatihah…
“KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat.
Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang jam 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.” Sumber
You are currently browsing the Blog Mantra blog archives for April, 2010.

