Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Archive for April, 2010

Turun 1 anak tangga: PR blog Penting wo…

Salam sejahtera,

Memandangkan Mantra sibuk sangat semenjak dua menjak ni sehingga jarang mengupdate blog membuatkan blog ini dah turun 1 anak tangga daripada PR 4 kepada PR 3. Sedih tu memang sedih, tetapi itulah hakikatnya. PR ni memang penting untuk blog. PR yang tinggi sangat bagus untuk Google SERP (Search Engine Rangking Page). Memang benar kadang-kadang blog yang takde PR pun boleh dapat SERP yang tinggi. Tapi jaranglah kalau blog yang berPR tinggi ni dapat SERP yang rendah. Jadi PR juga memainkan peranan penting dalam menentukan SERP sesebuah blog.

Untuk pengetahuan Google baru je update PR. Bila tu? Mantra pun tak pasti bila. Yang pasti blog Mantra dah turun kepada PR 3. Jadi dari situlah Mantra dapat tahu yang Google dah update PR. Apa pun sedikit kekecewaan kerana tak dapat tumpukan sepenuh perhatian terhadap blog sehingga PR blog jatuh. Kepada sesiapa yang ada blog, janganlah tinggalkan blog korang. Anggap blog ni sebagai ‘awek’ kita sendiri. Kalau awek ditinggalkan sorang-sorang, merajuk tak dia? Ha macam tu juga blog.

Sejak akhir-akhir ni Mantra semakin hilang mood nak berblogging. Bukan apa, Blog Mantra sekarang menghadapi macam-macam masalah. Satu-satu yang datang. Dan masalah tu datang dari mana pun kita tak tahu. Tension juga dibuatnya. Tetapi dengan masalah itu juga Mantra telah belajar sesuatu. Sebelum ni satu post yang Mantra buat sebulan lepas masih kekal di Homepage walaupun blog telah diupdate. Apabila masuk Homepage, post yang sama keluar dan bukannya post yang baru diupdate. Baru-baru ini pula ruangan Admin tak boleh nak akses. Macam-macam. Mujur sekarang dah ok. Tak taulah berapa lama bertahan.

Hasil kerjasama Pihak Hosting yang sangat peka dan pertolongan member-member di forum membuatkan Mantra tak putus asa. Kata mereka dari masalah datangnya pengalaman baru. Betul juga tu. Inilah yang dikatakan cabaran sebagai seorang Blogger. Semoga Blog Mantra kekal tanpa masalah sehingga mencapai PR 6 ye ~angan-angan mat jenin je nih!

Ok berbalik kepada PR blog. Untuk memastikan PR sentiasa kekal, pastikan anda banyak buat backlinks. Backlink inilah yang memberi kenaikan pada PR blog. Sebenarnya ada banyak faktor untuk kenaikan PR blog. Namun, backlink adalah salah satu faktornya. Kerap mengupdate blog juga penting untuk mendapatkan SERP yang tinggi. Google sangat suka dengan blog yang sentiasa diupdate, hari-hari update lagi bagus. Ini kerana Google menganggap blog yang sentiasa diupdate adalah blog yang aktif, yang banyak memberi manfaat kepada pengguna internet. Zrap, terus Google tarik blog tersebut naik ke tangga teratas. Ingat, jika SERP kita tinggi, trafik tak payah cerita la. Memang gerenti banjir punya :)

Buat Backlink Paling Senang

Komen. Bahasa Inggerisnya COMMENT. Blog commenting adalah cara paling senang nak buat backlinks. Sebab tu kalau anda perasan di blog-blog per-PR tinggi biasanya memang banyak komen-komen pembaca kan? tahu tak bahawa mereka sebenarnya sedang membina backlinks di blog tersebut. Dengan meninggalkan komen secara tak langsung link ke blog mereka juga ditinggalkan sebagai hyperlink pada nama pengomen. Itulah rahsianya. Jadi mulai hari ini, jika anda baru tahu perkara ini banyak-banyakkanlah berkomen di blog orang ye :)

Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian: Tahniah Dato’ Siti Nurhaliza

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 dimenangi oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Tahniah diucapkan. Memang murah rezeki Dato’ siti. Kata Dato’ Siti ini adalah penyertaan terakhir dari beliau. Banyak betul jasa beliau dalam industri hiburan tanah air. Kita saksikan sedikit ucapan daripada Dato’ Siti.

Korang layan tak ABPBH 2009? Boleh tahan juga laser mulut si pengacara Raja Azura tu kan. Macam dah masuk air pun ada. Tapi best juga kalau majlis macam tu takde la suram je kan.

Mantra layan pun sebab ada kumpulan Wings buat show. Oleh kerana Wings buat show time last sekali so terpaksalah tunggu sampai habis. Wings memang gempaq beb!

Movie: Evolusi KL Drift 2

Mantra baru je habis tengok movie KL drift 2 petang tadi. Wah boleh tahan juga ye. Kutipan filem KL Drift 2 ni dah mencapai 3.6 juta pada hari ketiga di pawagam. Hebat! Mana taknya, tadi pun bersesak-sesak orang nak beli tiket filem KL Drift 2 ni. Apa pun syabas buat filem melayu. Hidup melayu.

KL Drift 2 ni adalah sambungan daripada KL drift 1, dimana kalau korang ingat lagi dalam KL drift 1 si Sham(Farid Kamil) dilanggar kereta kerana nak menyelamatkan kawan baiknya, Zack. Dalam KL drift 2 Sham masih lagi hidup tetapi kakinya tempang.

KL Drift 2 mengisahkan JOE, si Mafia ni nak cari gaduh dengan Zack, sebabnya si Zack ni tau aktiviti kumpulan Joe dan ini merupakan ancaman buat Joe. Jadi, dia memutuskan untuk mengheret Zack dalam kancah aktiviti gengnya(dadah) apabila dia sabotaj zack dengan meletakkan dadah di dalam salah sebuah kereta di bengkel Zack. Dan dalam masa yang sama polis datang menyerbu. Maka bermulalah masalah besar dalam hidup Zack yang tidak bersalah.

Akhir cerita ni, kekasih baru Zack mati ditembak oleh Joe. Alamak tak best la pulak bila heroin mati. Yang “tak boleh bla” nye, dan aku rasa tak puas hati bila tengok scene masa Awek Zack, Aleeya ditembak dan terbaring atas riba Zack. Tapi apa yang dikatakan oleh kekasih Zack ni?

” I love u, I love u, I love u”

What the h**l? Dah nak mati itu yang disebut? Yang si Zack pun satu, ajarlah mengucap ke ape. Kita kan Islam, dalam filem pun kenalah masukkan unsur Islam sikit. Teringat Mantra ada satu babak tu sasha ada sebut “Ya Allah”, tapi bab time nak mati tak pulak nak mengucap. Memang unsur barat betul!Tak bolehlah 100% ikut barat. Orang barat tu lain.

Setakat itu jelah yang slacka. Yang lain, OK kut….. dari 5 bintang nak bagi berapa ye? Ok Mantra bagi 4 bintang untuk filem KL Drift 2. Lagi-lagi kat part yang kereta diorang hancur tu memang cun lah. Korang nak bagi berapa?

You are currently browsing the Blog Mantra blog archives for April, 2010.