Archive for March, 2010
Apa dah jadi dengan Blog Mantra?
“Apa dah jadi dengan blog aku ni???…”
Itulah perkataan yang bermain dalam kepada otak sejak minggu lepas. Buntu dibuatnya. Post yang sama keluar walaupun blog telah diupdate. Mulanya Mantra tak perasan. Sehinggalah beberapa orang memberi email mengatakan yang Mantra dah tak usik blog ke?
Rupa-rupanya masalah ini datang kerana versi WordPress yang Mantra gunakan sudah lama tertinggal. Dan masalah timbul kerana versi baru tidak diupdate. Versi terkini, WordPress 2.9.2 telah jauh meninggalkan versi WordPress Mantra yang asal iaitu 2.7.3. Alhamdulillah setelah versi baru diupdate, barulah blog kembali pulih.
Keadaan post yang kekal seolah-olah Mantra dah tak sentuh blog ni lagi memang betul-betul membimbangkan. Sebagai bukti tengoklah STAT diatas. Visitor ke Blog Mantra semakin berkurang, dengan mendadak! mungkin mereka dah bosan denga post yang sama aja bila tiba di sini. Wahai pembaca Blog Mantra, maaf diatas kesilapan teknikal ini. Kejadian ini pasti tidak akan berlaku lagi.
P.S Mantra akan postkan tutorial macamana nak update WordPress dengan cara Manual.
ikhlas,
Mantra
English Movie: Percy Jackson and The Lightning Thief
Ramai orang kata best filer ni. Nasib hujung minggu lepas takde program nak buat. So ape lagi, layan la. Sebelum ni filem Adnan Sempit yang buat aku panas bila tengok iklan dia “target 1 juta penonton” dah pun aku tengok. Memang puas hati walaupun ada member-member aku cakap tak payahlah tengok kat wayang, tunggu raya jelah. Tapi demi support industri perfileman negara, aku pergi jugak
Sebelum korang tengok filem ni.
Pesanan dari Mantra,
Sebelum tu aku nak ingatkan yang korang tengok filem ni supaya berhati-hati dengan anasir-anasir tidak elok dalam filem ni. Jangan percaya langsung akan kewujudan dan kebenaran tentang kandungan movie ni. Silap-silap boleh terpesong akidah kita sebagai umat Islam. Ingatlah bahawa musuh Islam sentiasa cuba untuk menyesatkan kita.
Percy Jackson, actually citer ni pasal kisah ketuhanan zaman dahulu kala, zaman Yunani yang mengisahkan pertelingkahan 3 kuasa besar tuhan iaitu ZEUS, PERCEIDON dan juga HADES. Pertelingkahan ini berlaku kerana senjata paling hebat milik ZEUS telah dicuri. ZEUS menuduh anak kepada PERCEIDON yang mengambil senjatanya tu. Namun PERCEIDON menafi dengan keras bahawa bukan anak dia yang curi. ZEUS mendesak jika senjata itu tak dipulangkan sebelum masa yang ditetapkan maka akan berlaku pertelingkahan yang dasyat antara Dewa-dewa. Argh~ mengarut sungguh!
Dalam waktu itu ramai dewa-dewi termasuk makhluk-makhluk pelik dah tau yang percy ni ambil tongkat ZEUS. Maka mereka memburu Percy sehinggalah Percy dibawa ke “Rumah Kacukan”, iaitu tempat pengumpulan anak-anak dewa. Berlaku pergaduhan antara Percy dan Makhluk pelik di hadapan pintu gerbang “rumah kacukan” tadi sehinggalah mak Percy dibunuh……Di rumah kacukan mereka semua selamat dari serangan musuh dan mereka berlatih untuk mempertahankan diri.
Suatu malam, HADES menjelma daripada api dan meminta Percy memberi tongkat ZEUS dan sebagai ganti HADES akan pulangkan kembali mak Percy. Rupanya mak Percy masih lagi hidup dan disimpan oleh HADES sebagai tebusan. Percy bingung sebab macamana dia nak dapatkan mak dia sedangkan bukan dia yang curi tongkat ZUES. Maka berlaku lah konflik sehinggalah Percy dan kawan-kawan sedewanya pergi mencari mutiara untuk dibawa ke alam ganjil.
Sewaktu berjumpa dengan HADES dia neraka (konon-kononnya), Percy memberitahu bahawa bukan dia yang curi. Malangnya sewaktu perisai percy jatuh, terkeluar tongkat ZEUS dari celah perisainya. Maka HADES menjadi marah kerana beranggapan Percy sebagai pembohong. Lalu disuruhnya percy dan rakan-rakannya menjadi makanan bagi roh-roh neraka. Tetapi tak sempat, ada sesuatu yang telah berlaku. Korang tengok lah ye
Dan akhirnya sebelum tarikh yang dijanjikan sampai, Percy berjaya pulangkan semula tongkat itu kepada ZUES. Dan pergaduhan antara dewa-dewa terbatal……
Untuk cerita lanjutnya kenalah tengok filem itu sendiri..
sekian.
SEO Content sangat penting untuk blog Niche
Pada Ahad yang lepas, selepas Mantra melakukan sedikit kerja-kerja rumah sempat saya habiskan satu artikel mengenai “Bina Blog untuk orang ramai. Bina blog bukan untuk search engine”. Apa yang dimaksudkan blog untuk orang ramai ialah ciri-ciri blog tersebut mestilah direka bersesuaian dengan ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang pembaca, iaitu manusia yang memiliki hati dan perasaan. Misalnya blog tersebut mudah untuk dibaca, mudah untuk mencari maklumat penting yang ada di dalam blog(maklumat tidak tersembunyi dan blog tidak serabut) dan yang penting sekali pembaca mahukan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Ciri-ciri inilah yang akan menarik minat pembaca untuk setia dan mereka akan berpuas hati dengan persembahan blog tersebut.
Ia berbeza dengan blog yang dibina hanya untuk seach engine yang dikatakan dapat membawa traffik yang menakjubkan. Ia, mungkin benar. Namun pada peringkat akhirnya nanti, apabila blog anda tidak lagi mendapat tempat dihati pembaca, dek kerana sibuk mengutamakan SEO yang terlalu melampau sehingga mengulangi atau menggunakan perkataan yang tidak sepatut pada tempatnya, sebagai contoh. Ia akan membuatkan anda kehilangan kedua-duanya sekali: tidak mendapat kunjungan dan blog anda di ban! adakah perkara seperti ini yang dimahukan?
Bak kata pepatah melayu…
” yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran ”
Search engine sebenarnya mengutamakan blog yang bercirikan “user friendly” atau dalam bahasa melayunya “mesra pengguna”. Mereka sukakan blog atau website yang sering dicari pembaca. Ini kerana blog seperti ini akan dilabelkan sebagai blog ‘penyelesai masalah’ ataupun ‘penyelesaian terbaik bagi pengguna’. Maksudnya disini ialah blog tersebut sering menjadi rujukan orang ramai berpandukan bilangan pelawat yang datang dan jumlah ‘incoming link’terhadap blog tersebut.
“Kalau macam tu tak perlulah masukkan ciri-ciri SEO dalam isi kandungan blog”
No..no..no…bukan begitu maksudnya. Pemilihan perkataan (keyword) yang menjadi target perlu juga digunakan. Tetapi dengan cara yang stratergik. Dengan cara yang bijak. Dengan cara yang mendapat penerimaan oleh pembaca secara tak langsung search engine yang meng ‘index’ blog kita.
Mantra tunjukkan contoh bagaimana menggunakan keyword-keyword penting dalam sebuah blogpost…
Untuk menulis satu artikel yang bercirikan SEO pertama sekali penting untuk kita memilih perkataan atau keyword yang akan digunakan. Perkataan inilah yang menjadi fokus utama apabila seseorang itu menaip perkataan tersebut di search engine. Mantra lebih suka menggunakan tool Wordtracker untuk menganalisis keyword-keyword popular yang akan digunakan nanti.
http://freekeywords.wordtracker.com (klik link ini dan ia akan dibuka pada window yang baru)
Sentiasa buka page tersebut pada tab yang berlainan supaya mudah untuk menggunakan tool ini ketika menaip artikel.Ada lagi beberapa tools sebegini yang bagus dan boleh digunakan tetapi bagi Mantra tool wordtracker yang paling mudah digunakan. Anda juga boleh cuba Google Adword keyword tool, iaitu tool yang disediakan untuk mencari kepadatan sesuatu keyword untuk penggunaan kempen di Google Adwords.
Baiklah untuk penggunaan wordtracker, sebagai contoh anda memiliki blog berkenaan gitar bass. Taip “bass guitar” pada Wordtracker dan lihat apa hasilnya:
[klik untuk besarkan gambar]
Lihat pada list. Kita akan pilih perkataan atau suku kata yang boleh dijadikan idea yang lebih menarik dalam SEO content. Bagi Mantra perkataan ‘bass guitar’, walaupun banyak cariannya namun ia bukanlah langkah yang bijak untuk menggunakan perkataan tersebut kerana persaingannya juga agak tinggi. Anggap anda telah pun memiliki blog atau website dan anda ingin memberikan sesuatu yang baru dan lebih menarik kepada pengunjung blog.
Screenshot diatas tidak menunjukkan senarai penuh bagi hasil carian bass guitar di wordtracker. Lihat pada satu perkataan yang begitu menarik iaitu “scales”.Hasil cariannya juga begitu memberangsangkan iaitu sebangak 161 sehari. Bermakna perkataan ini dicari sebanyak 4830 kali sebulan dan 57960 kali setahun. Boleh tahan! Cuba tambah keyword ini kepada keyword asal anda tadi di wordtracker dan lihat apa hasilnya di search engine Google:
[klik untuk besarkan gambar]
Lihat hasil carian di Google. Terdapat hasil dalam bentuk website/blog,gambar dan malah file PDF untuk phrase “bass guitar scales”. Mungkin bagi sesetengah orang semangat akan jatuh apabila melihat jumlah hasil carian yang begitu banyak, sehingga mencecah 2 juta hasil carian. Tetapi ini juga merupakan peluang.Bagaimana mengambil peluang dari persaingan yang begitu sengit ini? Salah satu caranya ialah dengan membina beberapa siri blogpost yang memberi review tentang bass guitar scales dan beri pandangan dan cadangan tentang apakah yang terbaik untuk pembaca.
Kalau anda ada mailing list untuk blog/website(dan sepatutnya anda perlu ada), Anda boleh menghantar download link kepada subscriber tentang review yang baru anda buat dalam bentuk PDF. Mereka akan menghargai kerja-kerja anda dan paling seronok mereka akan mula menunggu email anda seterusnya untuk mendapatkan info terbaru. See?
< bersambung pada SEO content bahagian 2 nanti bersama Mantra…..>
SEO adalah nama singkatan bagi Search Engine Optimization, dimana proses-proses mengoptimasi blog supaya berada pada kedudukan yang lebih baik dalam enjin carian. Ia telah dibincang secara detail oleh ‘Encik Inspiration‘ dalam mengoptimasikan sesebuah blog atau website dengan cara yang betul
You are currently browsing the Blog Mantra blog archives for March, 2010.
