Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Archive for March, 2010

[Promosi] Potongan Harga 50% bagi Domain di Shinjiru


Mari mari mari!
Shinjiru membuat promosi potongan harga sebanyak 50% untuk domain .my. Wah…murahnya domain .my. Sementara promosi nama domain ni rebutlah sebanyak mana yang boleh. Harga biasa tak dapat nih! Selalunya domain .my rate antara RM 40 sampai RM 100. Tapi Shinjiru bagi kita chance untuk borong domain dot my.

Kalau korang duk bising harga domain mahal, tak mampu nak register nama domain, memang tak betul. Ha, ini dia. Harga yang ditawarkan ni dah dikira murah jika dibandingkan harga rokok yang kita spend setiap bulan. Nak dekat RM 300. Kalau korang simpan, boleh beli 10 domain kat shinjiru ;)

Mungkin pelik kenapa perlu berebut nama domain. Bagi Mantra domain ni ibarat aset atau hartanah maya sangat bernilai yang kita tak nampak. Kalau orang lain dah beli domain yang kita nak, alangkah ruginya…Kalau tak percaya, tanyalah beliau.

Oklah, kalau korang nak beli domain kat Shinjiru klik aje banner kat bawah ni yek. Mana tau ada komisen untuk Blog Mantra. Bolehla support pembangunan blog ni lagi.

Promosi sehingga 31 March 2010 sahaja. Siapa lambat tak dapat ;)

REMPIT V3, Bolehlah…

Aku baru je menonton filem terbaru arahan Farid Khamil. Filem pertama arahan beliau mengenai dunia Mat Rempit. Apa yang aku boleh komen ialah jalan cerita yang agak kurang logik dan kelam kabut. Ada juga scene-scene yang aku rasa kurang releven. Contohnya, watak LISA yang baru pertama kali kenal Farid Kamil(sebagai Mat rempit) dah bagi Mat rempit duk rumah rumah dia. Walaubagaimanapun, aku tetap enjoy menonton filem ni.

Filem ni mengisahkan kehidupan Mat Rempit yang berasal dari negeri Kedah. Dari kedah mereka datang ke KL kerana lari semasa dikejar oleh polis sewaktu sekatan jalan raya. Di KL mereka telah diajak oleh Geng “SAMSENG” untuk berlumba. Namun, konflik bermula apabila Farid kamil kalah pada perlumbaan yang bertaruhkan RM 5000. Dari situ lah masalah besar bermula.

Panggung yang aku pegi full house. Satu tepukan untuk filem melayu. Kata David Teo ini adalah filem melayu terakhir yang berusurkan Mat Rempit. Maklumlah, banyak sangat filem mat rempit sejak akhir-akhir ni. Glamour diorang kan.huhu…

Ok lah, tak boleh cerita lebih nanti dah tak hot pulak cerita ni. Korang kena tengok sendiri yek…

Lubuk Duit Blogging 2010 untuk semua!

Salam Sejahtera pembaca Blog Mantra,

Mantra baru sahaja menyiapkan satu laporan ringkas tentang idea buat duit dengan blog. Matlamat Mantra untuk tahun 2010 ini ialah mengumpul seberapa banyak duit daripada blog Niche. Download ebook ini sekarang sekiranya anda masih belum tahu bagaimana menghasilkan duit daripada blog Niche anda. Ianya percuma!

You are currently browsing the Blog Mantra blog archives for March, 2010.