Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Archive for February, 2010

Maulidul Rasul

Esok, bersamaan 26/02/2010 Mantra mengucapkan Salam Maulidul Rasul, Hari peringatan insan termulia bagi umat Islam iaitu Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Justeru Mantra mengajak rakan-rakan yang beragama Islam supaya banyakkan berselawat pada esok hari sebagai tanda peringatan dan penghargaan kita kepada Nabi Muhammad S.A.W

Blog Mantra sedang menghadapi 2 masalah iaitu ‘Homepage’ blog ini tidak memaparkan post yang ter ‘latest’. Sejak akhir-akhir ini post latest yang saya buat tidak dipaparkan di “Hompage” blog ini. Komen-komen pada post juga tidak diupdate dan seolah-olah timeline blog ini masih tertinggal dibelakang. Dan apabila Mantra login di ruangan Admin dan masuk semula ke “homepage”, barulah ada post terbaru dan juga komen-komen baru diblog ni. Apabila Saya “Log-out” semula dari ruangan admin, perkara sama berlaku lagi.

Masalah kedua ialah gambar tidak boleh diupload melalui Worpress. Jadi gambar-gambar terpaksa diupload secara manual ke hosting, kemudian upload semula menggunakan “URL”. Cara ini memang leceh dan memenatkan.

Mungkin ada sesiapa yang menghadapi masalah yang sama? kongsikanlah bersama Mantra jalan penyelesaiannya. Bingung juga dibuatnya  :(

SEO Content Sangat Penting Untuk Blog Niche Bhg.2

googleSalam sejahtera pembaca blog Mantra dan kini tiba masa Mantra menyambung SEO Content untuk blog Niche bahagian 2. Mengulas perenggan akhir Mantra ada menyebut tentang Mailing List. Apa itu Mailing list? Secara ringkasnya ialah senarai email-email yang melanggan newsletter kita secara tanpa dipaksa, dengan erti kata lain mereka dengan rela hati mendaftarkan email mereka untuk mendapat update-update atau info terbaru daripada kita.

Software mailing List(Autoresponder) seperti Aweber boleh membantu untuk menyimpan senarai email subscriber anda. Owh ya. Anda perlulah keluarkan modal sikit untuk memiliki autoresponder terbaik seperti Aweber. Namun begitu, ada banyak lagi sistem autoresponder yang anda boleh dipilih di internet termasuk Getresponse dan Norabot.

Bagaimana menggunakan sistem Autoresponder ini?
Ok, idea Mantra begini. Anda buat satu review tentang “bass guitar scales” (sambungan dari bahg.1) dan galakkan pembaca untuk melanggan(subscribe) blog ataupun newsletter untuk mereka mendapat info seterusnya. Bijak lagi, cipta satu laporan ringkas dalam bentuk pdf tentang 10 senarai guitar scales dan beri percuma kepada mereka yang melanggan. Di sinilah sistem Autoresponder akan digunakan untuk mengumpul senarai email subscriber anda.

langkah-langkah-seoBaiklah sekarang kita beralih kepada mencari keyword yang lebih komersial. Lihat semula senarai keyword di Wordtracker yang anda cari berkenaan “bass guitar” sebentar tadi. Cuba cari perkataan yang lebih menampakkan sesuatu yang boleh dibeli: “keyword yang menunjukkan keupayaan untuk membeli”. Sebagai contoh Mantra pilih “Bass guitar accessories”. Kemudian taipkan keyword ni di Google dan lihat hasilnya.

bass-guitar-accessories-results

Nampaknya persaingan keyword ini sangat hebat. Persaingan? bagus:)
Ini bermakna anda boleh mewujudkan satu blog niche yang mempunyai beberapa siri blogpost yang menggunakan keyword “bass guitar accessories” dan monetize blog anda dengan Google Adsense. Untuk melihat sejauh mana banyaknya persaingan iklan berbayar di Google, anda bole taipkan keyword pada http://google.com/sponsoredlinks. Dari sini anda akan tahu potensi iklan adsense akan keluar diblog anda nanti. Semakin banyak iklan berbayar, semakin bagus untuk Iklan Adsense anda.

Memang mustahil blog anda untuk tersenarai pada ranking tinggi untuk perkataan ini dalam tempoh waktu yang singkat. katakan seorang marketer menghantar email kepada subscribernya yang bertajuk: Best offer in Bass Guitar Accessories dan beliau link kepada blogpost yang ditulis di blognya. Anda juga boleh meniru cara ini. Inilah yang dikatakan ‘article marketing’. Buat 1 artikel berkenaan ‘buying bass guitar online’ dan link kepada blogpost anda. Antara cara lain, sangat bijak jika anda gunakan signiture untuk link kepada blogpost anda di forum-forum berkaitan dengan musik.

Tetapi jika anda adalah seorang penjual bass guitar (sebagai contoh), pendekatan seperti ini bukan yang terbaik. Secara jelasnya cara ini lebih berkesan kepada content website atau mudahnya, Blog niche. Sekarang kita imagine bagaimana kalau kita memiliki satu affiliate site yang mempromosi produk fizikal.

So adakah anda ingin menjual sesuatu di internet?

Cara terbaik untuk menjual produk online ialah…… [bersambung]

P.S pastikan anda subscribe RSS blog Mantra untuk tidak ketinggalan mengetahui sambungannya pada SEO content penting untuk blog Niche bhg. 3 pula nanti ye ;)

You are currently browsing the Blog Mantra blog archives for February, 2010.