Blog Mantra

Anything that give values to his friends

Flower

Archive for November, 2009

MMHE Pasir Gudang, Johor

Malaysia Marine & Heavy Engineering

mmhe

ruby

on-ship

mmhe-mopu

mmhe-gumusut

angel-topsides

Tentang Syarikat: Peneraju Industi Berat Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 18 May 1973 dengan nama Malaysia Shipyard & Engineering (MSE). Pada tahun 2005 namanya telah diperbaharui kepada Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE).

Core Business : Engineering and Construction, Marine repairs, Marine conversion.

Memiliki 1500 pekerja tetap  dalam pelbagai bidang dibantu oleh pelatih pakar yang diiktiraf. MMHE Menyediakan pelbagai latihan dan pembelajaran untuk kakitangan mereka secara berterusan.

  • Completed the conversion of the first deepwater floating production storage and offloading (FPSO) facility to be built in Malaysia, the FPSO Kikeh. This marks another significant milestone for MMHE and more importantly for Malaysia’s deepwater E&P sector. The completion of this facility stands as testimony to the success of MMHE in building capability in the engineering and construction of deepwater facilities a capability previously not available in this country.
  • Fabrication yard in Kiyanli, Turkemnistan began operations
  • The naming of MISC’s latest LNG tanker Seri Ayu, the fifth in a series of five vessels of the ‘SERI A’ in MMHE.

sumber: MMHE Sdn Bhd

Salam AidilAdha

hari-raya-korbanKepada semua pembaca Blog Mantra yang beragama Islam, esok hari bermakna buat kita semua. Mantra ucapkan selamat Hari raya kurban. Sambutlah dengan gembira dan doakan mereka yang berada ditanah suci Mekah selamat menunaikan ibadah Haji. Hati-hati di jalan raya bagi yang memandu pulang ke kampung. Biar lambat asal selamat :D

Ditempat Mantra takde sembelihan dijalankan esok. Hari Sabtu baru ada. Dan inilah kali pertama kami sekeluarga tak beraya dikampung. Apa rasanya raya tak balik kampung yek? Apa-apa pun, selamat bergembira dengan orang tersayang di hari mulia Aidil Adha. Makan tu beringat sikit :)

P.S AidilAdha atau EidulAdha. Mana satu sebutan yang betul?

aidil-adha

Simple Tips: Bagaimana menjana traffik ke blog bahagian 2

Salam sejahtera pembaca Blog Mantra,

Sebelum ini Mantra ada bincangkan tentang beberapa tips mudah menjana traffik ke blog. Masih ingat lagi? sudahkah kamu mempraktikkannya? Adakah ianya memberikan kesan terhadap Blog kamu? Kini tiba masa kita membincangkan sambungannya dalam part 2 pula.

Tip #6 : Jujur

Maaf jika apa yang saya tulis ini tidak menyenangkan kamu. Kebanyakan mereka yang baru bermula, terutamanya dalam affiliate marketing menulis blog semata-mata mengharapkan komisen. Tiada masalah dengan perkara ini. Cuma, elakkan mempromosi produk tersebut semata-mata kerana komisen yang ditawarkan adalah tinggi walaupun produk tersebut kurang berkualiti.

Jangan sesekali mempromosi produk yang anda tidak pernah beli dan cubanya sendiri. Jika anda mahu promosinya juga, beritahu secara jujur yang anda memang tidak pernah beli produk tersebut. Pasti pembaca akan lebih selesa dengan sifat jujur anda.

Tip #7 : Konsisten dalam Update Blog

Anda harus sentiasa mengupdate blog. Jika ini berlaku blog anda akan disukai search engine, disukai website “ping”  dan offcourse disukai pengunjung setia blog anda. Jika tidak, mereka (yang telah dinyatakan) akan sentiasa ke blog anda untuk mengetahui update tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku. Maka mereka akan mula bosan dan tidak lagi berminat dengan blog anda.

Paling ‘koman’ pun, paling tak larat pun, paling malas sekalipun, sekali seminggu. Lebih baik 2 ke 3 post seminggu. Itu yang sepatutnya.  Yang penting jangan update blog anda setiap hari. Update setiap hari pun tak boleh? malas sangat tak boleh, rajin sangat pun tak boleh. Islam mengajar kita bersederhana. Kerana apa? Apabila anda update blog setiap hari search engine akan memandang blog anda sebagai blog SPAM!

Nak cantik lagi update post setiap minggu pada hari yang berbeza-beza. Misal kata minggu ni nak update blog hari isnin dan khamis. Minggu depan update pada hari yang berbeza pula. Selasa dan jumaat ke..?

Tip #8 : Tulis mengenai perkara yang sedang menjadi “Buah Mulut” orang ramai

Satu cara untuk mendapatkan trafik yang menyerbu blog anda ialah dengan membincangkan isu semasa atau isu panas. Membincangkan isu panas menyebabkan orang ramai akan mencari keyword tersebut di search enjin. Contoh paling mudah, kematian michael Jackson. Siapa yang tak kenal beliau? hampir 1 dunia mengenali Michael Jackson dan berita kematian beliau memang menjadi isu menggemparkan! Lihatlah berapa ramai mereka-mereka yang mendapat trafik luar biasa apabila mereka membincangkan isu ini dalam blog mereka.

carian keyword Michael Jackson

Macamana nak tau isu apa yang menjadi buat mulut orang sekarang? Mudah sahaja. Bacalah suratkhabar dan tepat pada pukul 8 malam duduk depan TV tengok berita ;)

Ok setakat ini cukup untuk 3 tip dahulu. So total kamu telah menguasai 8 tip semuanya. Jangan lupa lakukannya. Lakukan satu per satu dan penuh kesabaran. Jumpa lagi di Bahagian ke-3 pula.

blogging-tips

You are currently browsing the Blog Mantra blog archives for November, 2009.