Archive for September, 2009
Blog Mantra with New theme? Comment please…
Salam sejahtera pembaca blog Mantra,
Maaf diatas kesilapan teknikal blog ini dalam tempoh 2 hari yang lepas. Blog ini tidak dapat dibuka dan jika dapat pun tentu kamu tertanya-tanya kenapa blog ini di “SUSPEND”. Saya dapat rasakan tentu ada diantara kamu yang kecewa dan berfikiran negatif terhadap situasi ini. Ada juga yang menghantar emel kepada saya mengatakan blog mereka bermasalah kerana link Blog ini tidak berfungsi dengan baik.
Sebenarnya sahabat, tiada apa-apa masalah pun dengan blog kamu dan blog kamu semua sentiasa sihat dan ceria sahaja
Terima kasih kerana memberi “response” kepada saya berkenaan masalah ini. Dua hari lepas, Blog in telah di “tahan” kerana terdapat beberapa masalah antara blog ini dan pihak webhosting. Kini blog ini di dalam pemerhatian :wanted: jeng jeng jeng. Hahaha why so serius? Relaks la… Jika kamu tertanya-tanya dari tadi atau dari 2 hari yang lepas, sekarang mantra akan nyatakan. Blog ini dengan tidak sengajanya telah melanggar TOS yang ditetapkan oleh pihak webhosting….itu ceritanya. Melanggar TOS? bunyi macam danger je kan.
Sesetengah pihak webhosting tidak membenarkan penggunaan plugin-plugin tertentu. Plugin-plugin yang dimaksudkan ialah plugin yang berfungsi secara automatik. Ini akan membuat server mereka menjadi lambat kerana penggunaan CPU yang melebihi had dibenarkan dan akan memberi impak kepada pengguna lain. Kebiasaanya mereka akan tetapkan penggunaan CPU usage untuk setiap pengguna. Penggunaan yang berlebihan akan menyebabkan kamu melanggar syarat yang ditetapkan dan …. ?
Nasihat saya kepada pembaca semua ambil langkah berjaga-jaga supaya kamu tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak hosting yang kamu pilih. Silap haribulan, kamu akan ulangi kesilapan yang sama. Ini adalah penting! kerana apabila blog kamu nanti telah mencapai tahap sebuah blog kegilaan ramai bukan macam blog ni lah yang mempunyai traffik yang sangat hebat, maka situasi sebegini sedikit sebanyak akan menjejaskan prestasi blog kamu dimasa akan datang. Contohnya, bayangkan Blog Mantra sendiri mendapat 100 unique visitor dalam tempoh akaun disuspend. Apakah mungkin respond terhadap mereka yang baru pertama kali datang ke blog ini? Argh sudah pasti mereka akan blah! dan kecewa kerana beranggapan blog ni sudah expired da! Jangan biarkan perkara sebegini memburukkan imej blog kamu nanti.
InsyaAllah Program Pay Per Lead Newbie Mrr berjalan seperti biasa. Setakat ini tiada apa-apa masalah dengan program PPL. Jika ada sila emel saya secepat mungkin. Belum ada lagi First Cashout dari ahli affiliate. Mungkin ramai yang tidak faham lagi tentang program ini. Tidak mengapa, kalau ada masa nanti mantra review sikit pasal PPL ini.
Oh ya, blog ini dah ditukar ke theme baru. Macamana response kamu agaknya ye? Kalau ok mantra akan stay gunakan theme ini. Nampak macam lebih mesra komen kerana fungsi “commentLuv” dan “subscribe to comment” boleh digunakan tidak seperti theme yang lama. Makin ranggi la blog ni hihihi
Tak mau cerita panjang, Mantra nak ucapkan selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca blog semua. Pastikan kamu cek minyak itam dan air kereta sebelum mulakan perjalanan Ok
P.S balik Raya taun lepas aku terkandas di Highway pasal temperature kereta naik! korang hati-hatilah ye…
Doa-doa ramadhan 10 malam terakhir
Salam sejahtera pembaca blog Mantra,
Kini sudah sampai masa yang agak kritikal bagi diri mantra dimana ketika inilah mantra menghadapai saat sukar (Super duper busy) dek kerana tempiasnya cuti H1N1 yang terpaksa diberikan kepada semua pelajar UTP beberapa minggu lalu. Minggu-minggu pembelajaran terpaksa di”kompress” sehingga otak-otak kami menjadi kempis dan sempit. Oh tidak… ini alasan tak update blog la .
Kepada mereka-mereka yang telah mendapatkan servis dari saya, janganlah pula anggap saya ni seorang yang “lepas tangan” dan hanya memikirkan keuntungan. Tidak, sungguh saya tak macam tu. Sebab apa? sebab memang niat saya hanya mahu menolong kamu dan bukan untuk semata-mata mengharapkan bayaran dari kamu. Cuma seminggu ini Mantra sangatlah sibuk sampai tak cukup tangan nak handle semua perkara. Harap kamu faham. InsyaAllah, perkhidmatan saya ditutup sebentar bagi menumpukan pada mereka-mereka yang terdahulu. : close story :
Kini baru ku tahu perancangan masa adalah penting. Setiap saat membawa erti dan makna. Pembaziran masa cuba di”minimize”kan sebaik mungkin. Bak kata orang tua-tua “masa itu emas” dan kata pak syeikh arab pula “al Saatul kassoif” bermaksud “masa itu ibarat pedang”. Perasaan terkilan apabila hajat untuk ” update blog dengan doa-doa ramadhan setiap hari” di blog ini tidak tercapai. Namun mantra tetap juga upload secara sekali gus doa-doa ini agar kamu pembaca setia blog mantra tidak berasa sia-sia datang ke blog ini.
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, dah sampai pun kita ke 10 ramadhan terakhir. Kamu kena ingat yang 10 ramadhan terakhir ni kamu mesti tidak mensia-siakannya. Kerana ustaz mantra pernah berpesan ” Pada satu malam diantara 10 malam terakhir akan turun malaikat-malaikat pada satu malam yang penuh kerahmatan yang dinamakan Lailatul Qadr, maka carilah malam itu”. Kamu mesti tau tentang malam yang famous ini. Seperti agenda-agenda tahun sudah pasti ramai antara kamu juga yang turut mencari malam bermakna ni kan? Alhamdulillah kali ni jangan terlepas, moga kita menemuinya.
Dikesempatan yang ada ini Mantra ingin berkongsi kepada kamu doa-doa yang sunat dibaca ketika 10 ramadhan terakhir, sebelum kamu mula menyarungkan baju raya mu itu
Hari Ke-20
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”
Hari Ke-21
“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”
Hari Ke-22
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”
Hari Ke-23
“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”
Hari Ke-24
“Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”
Hari Ke-25
“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”
Hari Ke-26
:”Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.”
Hari Ke-27
“Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.”
Hari Ke-28
“Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.
Hari Ke-29
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman
Sinarilah ramadhanmu dengan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah. Sebab apa? sebab ketika ini pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka dan syaitan-syaitan diikat untuk memberi peluang kepada hambanya “membersihkan diri” kerana setiap amalan baik dan ibadah yang dilakukan pada bulan ini, pahalanya berlipat ganda. Wallahua’lam.
P.S Tak saba den nak balik pilah. Ado sesapo kek sini orang sekampung ngan eden tak?
Simple Guide Menambah twitter Follower yang Efektif
Salam sejahtera pembaca blog Mantra,
Bahang Hari raya kian terasa. Tanpa disangka kita berada dipertengahan bulan Ramadhan. Alhamdulillah…
Hari ni Mantra nak cerita sikit pasal twitter. Korang dah mula bertwitter?? cubalah bertwitter. Banyak maanfaatnya dengan twitter. Antaranya kita dapat ramai kawan online yang mana kita boleh tahu apa aktiviti yang mereka sedang lakukan. Tengah makan ke, tengah bersahur ke, tengah baca buku ke, semuanya dapat diupdate di twitter dengan satu mesej ringkas.
Contohnya si A megatakan dia baru sahaja selesai membaca isu kenaikan harga minyak di website B dan pap! anda pun klik pada website B dan terus dibawa ke paparan isu harga kenaikan minyak di website tersebut. Lihat? Betapa mudahnya membawa 1 klik ke sebuah website. Dengan hanya 1 klik. Tetapi post kali ini bukanlah Mantra ingin ceritakan tentang cara-cara meningkatkan trafik website menggunakan twitter tapi…
Cara-cara menambah twitter follower yang betul-betul mahu “bertwitter“
Macam pelik pulak bunyinya bukan? kenapa, ada ke orang bertwitter yang pada asalnya dia tidak mahu bertwitter? korang faham ke maksud ayat nih. Apa yang cuba mantra maksudkan ialah mereka(pengguna twitter) adalah “orang” dan bukanlah robot atau akaun dummy yang sengaja dicipta untuk mengumpul follower yang ramai. Tapi kenapa? korang tentu akan paham dengan penerangan simple mantra dibawah ini.
1. Tidak bergambar
Elakkan menjadi follower mereka. Ini kerana mereka tidak serius untuk bertwitter. Bagaimana mereka hendak serius bertwitter sedangkan mereka tidak mempunyai masa untuk mengupdate profilenya sendiri? faham bukan?kadang-kadang mereka ini tidak mahu mendedahkan identiti mereka yang sebenar dan sibuk merekrut follower-follwernya untuk ditipu. Oh mungkin korang akan kata “tak baik bersangka buruk”. Namun ini salah satu cara kita berhati-hati dengan pengguna internet lagi-lagi pengguna twitter.
2. Following yang terlalu ramai(sehingga tak masuk akal) dan follower yang sedikit
Kebiasaanya mereka-mereka ini mempunyai tools istimewa seperti “auto add”. Apa yang tools ini buat ialah mereka akan follow seberapa banyak yang boleh dan tools tersebut akan unfollow semula secara automatic jika tiada tindakbalas dari user. Perkara ini telah berlaku pada zaman myspace dimana ada tools istimewa untuk menambah friends secara automatik.
3. Tweet yang terlalu kerap (e.g 1000 tweet 1 hari)
Yang ini pun diatas sebab penggunaan auto posting tool yang mana mereka setkan berapa jumlah tweet yang mereka mahu untuk 1 hari. Tidak salah kalau nak follow mereka asalkan kamu selesa dengan cara mereka bertweet.
” Are we real friends or just social media friends?”
Cara terbaik untuk follow seseorang di twitter ialah dengan memastikan mereka itu sama dan pakar dalam niche (sepatutnya lah). Namun ada juga yang hanya menggunakan twitter untuk merekrut peminat setia dan menambah kenalan di internet. Walauapa pun tujuan kamu bertwitter, mantra ada sedikit tips yang mana mungkin kamu boleh praktikkan semasa bertwitter
- Pastikan kamu mempunyai Avatar yang baik dan sesuai. Lebih baik sesuatu yang membina jenama kamu dan apabila mereka nampak saja lambang itu mereka boleh ingat bahawa itu adalah kamu (letak gambar sendiri lagi senang)
- Block Spammer yang follow kamu
- Elakkan menghantar Auto Direct Mesej. Ini mungkin akan dianggap SPAM oleh follower kamu. Mereka yang follow kamu bila-bila masa saja boleh unfollow jika mereka mahu. Seeloknya hantarkan mesej pengenalan kepada follower kamu yang baru secara manual sahaja.
- Gunakan nickname yang mudah diingat. Sama macam tadi, penjenamaan adalah penting untuk membina kredibiliti kamu.
- Jangan mengaku kamu itu Expert pada bahagian Biografi sedangkan kamu tidak tau apa-apa. Sebaiknya berlaku jujur bahawa kamu sebenarnya ditahap moderate melainkan kamu betul-betul expert.
- Elakkan menggunakan default background di twitter. Cuba dan usaha untuk mengubahnya kepada sesuatu yang menarik.
Kesimpulannya, kamu perlu tahu dengan siapa kamu berkawan di twitter. Tidak perlu add atau follow “satu dunia”. Cukuplah sekadar mereka yang serius untuk berkawan dengan kamu ditwitter dan binalah suasana social friend kamu dengan lebih efektif dan…
kenalilah mereka, ketahuilah mereka dan sayangilah mereka
Adakah korang dah mula mengumpul duit raya dengan Pay Per Lead Mantra? Jom sertai PPL versi Mantra RM0.50 bagi setiap lead terhasil. Korang hanya perlu refer kawan dan setiap referer akan mendapat RM 0.50 semudah ABC tanpa perlu membuat apa-apa. Jom >
You are currently browsing the Blog Mantra blog archives for September, 2009.




