Archive for August, 2009
Ulangtahun ke-52 bukan 50! Malaysia Merdeka
Salam sejahtera pembaca blog Mantra,
Sedar tak sedar dah 52 tahun Malaysia merdeka kan? Alhamdulillah bila feedback balik betapa hebatnya pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita waktu dahulu yang berjuang demi kemerdekaan negara tanpa ada pertumpahan darah :salute:
Macama sambutan merdeka kali ni ye? Di TV takde pulak konsert-konset seperti tahun-tahun sudah tak tau la kalau ada sebab aku tak tengok tv pun malam tadi . Baguslah kalau begitu sebab Bulan yang mulia lagi berkat (Ramadhan) patut dihormati dengan menghalang konsert-konsert ni. Kalau konsert-konsert ni ada almaklumlah akan ada kesan negatifnya seperti gejala sosial dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Tak eloklah perkara ini mencemari keberkatan bulan mulia ini dan yang penting, kita semua tak tanggung dosa dibahu.
Langkah “tiada sambutan” malam merdeka memang wajar diamalkan setiap tahun. Kita patut tukar cara menghayati kemerdekaan dengan solat hajat beramai-ramai bukannya buat konsert dari selepas magrib sampai ketengah malam. Kan lebih bagus kita beramai-ramai umat islam di Malaysia bersolat hajat untuk sambutan kemerdekaan. Barulah kena dengan nama Malaysia sebagai negara Islam yang moden.
Walau apapun, merdeka tetap merdeka. Mantra harapkan akan ada kemajuan dan pembaikan dalam ekonomi dan sosial negara. Dan mari kita ramai-ramai berdoa supaya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang
1. Aman dan Makmur
2. Pengurangan gejala sosial
3. Diselamatkan dari musibah dan Bala Allah (terutama wabak influenza A H1N1)
4. Dimantapkan ekonomi dan pembangunan.
5. Dipimpin oleh seorang pemimpin yang adil, tegas dan berani menegakkan kebenaran yang mencontohi Muhammad s.aw, Abu bakar, saidina Ali, berani seperti saidina Umar.
Ok lah di post yang agak simple dipagi merdeka ni Mantra nak ucapkan selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 52 kepada semua rakyat Malaysia. Enjoy Cuti korang tu Kay
Fakta ringkas
After independence in 1957, Kuala Lumpur was the capital of the Federation of Malaya and continued to be the capital of the renamed Federation of Malaysia in 1963. For the occasion of independence, A large stadium, Stadium Merdeka (Independence Stadium), was built, where Malaysia’s first Prime Minister, Tunku Abdul Rahman, declared Malaya’s independence in front of a massive crowd.
Bersederhana ketika berbuka puasa
Salam sejahtera pembaca blog Mantra,
Alhamdulillah, puasa keenam(semalam) telah dibuka bersama kedua orang tua tersayang dikampung halaman. Sempena Hari kemerdekaan kampus mantra diberi cuti sehingga Isnin. Dapatlah pulang sekejap jumpa mereka dan adik-adik tersayang. Maklumlah sebelum ni asek sibuk dengan urusan belajar.
Untuk hari ketujuh bulan mulia ini mari kita sama-sama membaca doa dibawah ini. Bismillahirrahmanirrahim..
“Ya Allah, bantulah aku di bulan ini dalam melaksanakan puasa dan shalat, jauhkanlah aku di bulan ini dari kesalahan dan doa-dosa (yang tidak pantas dilaksanakan) di dalamnya, dan anugerahkanlah kepadaku di bulan ini (kesempatan untuk) mengingat-Mu untuk selamanya. Dengan taufik-Mu, wahai penunjuk jalan orang-orang yang sesat” -amin-
Korang berbuka apa tadi? mesti banyakkan hidangan? amboi seronoknya. Lagi-lagi bila jam dah pukul 6 petang semua menuju ke Bazar untuk beli juadah berbuka puasa. Kebiasaannya kita mesti rasa nak beli macam-macam kuih la,steamboat la,ikan terubuk bakar la. Fuh meleleh air liur. Sampai ada yang tak cukup tangan nak pegang semua. Tapi…..
Bila dah berbuka, baru minum seteguk air, makan 2 ke 3 suap nasi mulalah rasa ala-ala kenyang. Timbul rasa sedikit perasaan menyesal
” Sape pulak nak makan semua ni!”
Itulah yang selalu dialami oleh Mantra sendiri. Masa beli tak ingat dunia. Semua rasa macam boleh masuk je tekak. Bila dah berbuka terkial-kial nak habiskan semuanya. Itulah yang dikatakan “NAFSU”. Jadi, dikesempatan ini mantra ingin beri sikit nasihat
“Bersederhana Ketika Berbuka Puasa”
Kalau betul teringin nak makan macam-macam buatlah plan. Hari ni aku nak berbuka roti bakar telur manis+air teh ais. Dah cukup! Esok nak berbuka udang masak lemak, lusa ketam masak kunyit. Ha…lebih kurang gitu la. Jangan boros-boros ok
JOM BUAT DUIT RAYA?
Mantra nak ajak korang buat duit raya. Raya pun dah dekat jadi tak salah kalau kita usaha sikit untuk tambah fulus. Raya ni mesti mau masyuk. Jom join Mantra buat duit raya dengan klik link kat bawah
Berdoa sebanyak yang mungkin kearah kesejahteraan
Assalamualaikum pembaca blog Mantra,
Alhamdulillah dan YES! dah 6 hari kita berpuasa dengan jayanya. Kini masuk pula hari ketujuh dan doa yang sesuai kita baca pada hari ketujuh ini, bismillahirrahmanirrahim….
“Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”
Sedikit tips bulan puasa dari Mantra
Dibulan puasa yang mulia ini kita semua digalakkan untuk berdoa kepada ALLAH. Amalan berdoa dan meminta kepada Allah adalah amalan yang disukai oleh ALLAH. Amalan berdoa ni akan meletakkan darjat seorang hamba Allah itu jauh lebih rendah dibandingkan dengan tuhan yang maha pencipta. Firman Allah bermaksud
“Hanya engkaulah yang kami sembah dan hanya engkaulah kami meminta pertolongan”. -Al-fatihah ayat 5-
Antara peristiwa menunjukkan pentingnya berdoa ialah asal-usul syaitan(Macamana diorang boleh jadi jahat dan dilaknat Allah). Peristiwa ini berlaku masa sebelum kejadian Nabi Adam. Korang pernah dengar ke cerita ni? Mantra tak reti sangat bercerita tapi mantra ringkaskan sikitlah untuk kita ambil pengajaran bersama ok :peace:
Ceritanya bergini. Ada ketua segala syaitan yang diberi nama Ifrit (Orang kate ini jin paling kuat, jangan risau diorang dah kena ikat sekarang). Begini ceritanya. Ifrit ini adalah hamba Allah yang paling kuat dan banyak berdoa. Setiap saat dia akan berdoa kepada Allah (betapa patuhnya dia kepada Allah).
Pada satu hari datang malaikat dan berkata kepada ifrit ” Ifrit, Allah akan takdirkan ada satu kumpulan yang akan menentang dan berpaling kepada Allah. Kami memohon engkau supaya berdoa kepada Allah supaya dijauhkan kami tergolong dari golongan ini”. Maka Ifrit pun berdoa kepada Allah supaya mereka semua dijauhkandari golongan ini. Tapi sayangnya,
” Ifrit terlupa untuk berdoa kepada Allah untuk dirinya sendiri”
Maka Ifritlah tergolong dari golongan yang ingkar dan enggan sujud ketika diujudkan nabi Adam.
Lebih kurang begitu lah cerita yang disampaikan oleh ustaz Mantra masa time form 4 dulu. Lama dah kisah ni diceritakan tapi Alhamdulillah masih lagi dalam ingatan. Mungkin korang boleh MengGo0glenya untuk mendapatkan cerita yang lebih tepat.
Pengajaran:
Apa yang kita dapat dari kisah diatas? Jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan diri (paling penting) dan kesejahteraan masyarakat sekeliling, terutama kepada ibubapa, keluarga dan saudara seislam. Antara tujuan doa kita tu boleh diniatkan agar :
1. Ditambah iman setiap masa – iman seorang muslim itu turun dan naik, Iman malaikat sentiasa kekal dan iman syaitan semakin berkurang.
2. Memohon keredhaan Allah
3. Memohon kesihatan tubuh badan dan dielak dari bala dan penyakit
4. Memohon dimurahkan rezki
5. Memohon kejayaan di dunia dan di akhirat
6. dan seterusnya 7,8, dan 9 Memohon perkara kebaikan yang lain.
Semoga kita tergolong dikalangan orang yang beriman. Wallahua’lam
P.S beritahu jika ada bugs dalam kisah diatas. Peringatan ini ditujukan buat diri sendiri dan saudara seagama.
You are currently browsing the Blog Mantra blog archives for August, 2009.


