Archive for July, 2009
UTP Closed! Akhirnya

Akhirnya penantian student UTP untuk cuti extra tercapai akhirnya. UTP diberi cuti sehingga 10 August bermula hari ni. Setakat ni dah 4 orang positif dan lebih 40 orang infected. Oh tidak mantra pun dah mula selesema. Bukan h1n1 tapi resdung la. Setiap pagi =)
Sebelum ni, 2 minggu lepas uitm sri iskandar tutup untuk seminggu. Kemudian diikuti dengan KPM(Kolej Professional Mara). Mantra baca satu blog ni UPM pun dah kena tutup. Dan banyak jugak blog kawan-kawan mantra yang post pasal tempat mereka belajar dah kena tutup. Mungkin UTP bukan hakmilik penuh kerajaan sebab tu tak diendahkan sangat walhal dah ramai yang infected.
Ok sekarang mantra nak kemas barang dan prepare kereta untuk pejalanan pulang jauh ni. Argh tension la lepas ni mungkin cuti raya kami ditolak. Dan segala assignment,proposal dan projek kena submit lepas cuti ni. Cuti-cuti pun rasa macam tak cuti kalau kena prepare macam-macam kat rumah nanti. Dah nasib badan.
I am a Loser

hayati cerita ini
Mantra dan john berkawan baik. Satu hari atuk john bercerita satu kisah tentang sebatang pokok ajaib yang terletak 50 km dalam hutan berhampiran rumah kami. Hutan tersebut memang tebal. Tambahan pula jalan nak menuju ke sana dipenuhi semak samun setinggi orang. Nyamuk sebesar ibu jari. Ular dan binatang berbisa berkeliaran. Harimau apatah lagi. Berbalik kepada cerita pokok ajaib tadi. Pokok tersebut dikatakan mengeluarkan bunga pada musim bunga. Apa yang menariknya, bunga yang dimaksudkan tadi ialah duit. Ya duit! pokok ni memang betul-betul ajaib lah. Atuk john mencabar kami untuk pergi ke tempat pokok itu dan memberitahu kami tanda-tanda dimana pokok tadi terletak. Ia terletak diseberang sungai yang sangat jernih. Jadi aku dan john pun sedia menyahut cabaran atuk john dan kami bersiap untuk bertolak.
Di pendekkan cerita, aku dan john dah pun sampai ke lokasi dimana pokok tersebut terletak. Memang benar apa yang dikatakan atuk john. Air sungainya memang jernih. Dan…. wah! banyaknya duit!berjuta-juta juta… Aku dan john tergamam apabila melihat begitu banyak duit tergantung atas pokok tersebut. Rasanya macam nak terjun sungai melintas sungai tersebut. Ketika kami bersiap sedia untuk menyeberang sungai yang agak dalam lebih kurang sedalam 2 meter, kami terlihat satu papan tanda berbunyi
“awas, kawasan lalu lintas buaya-buaya yang sedang mengawan. Buaya terbesar pernah dilihat disini hampir 7 meter panjangnya”
-Cerita tamat, nama-nama diatas hanya contoh semata-mata-
Jika anda jadi Mantra apakah yang akan korang lakukan?
1. Patah balik kerumah setelah mengharungi pelbagai cabaran macam nak mati.
2. Fikir plan B
3. Kamikaze, terus terjun sebab nampak duit beb!
Ok kita kaitkan cerita ni dengan keadaan sebenar dalam kehidupan.
Pokok duit
Dalam kehidupan duit boleh dibandingkan dengan simbol kejayaan. Sebabnya orang yang diklasifikasi berjaya didunia ini diukur dari segi harta,kemewahan dan pangkat(Allah tak pandang semua tu)
Atuk John
Atuk John ialah sesorang yang mendorong kita untuk berjaya, walhal dia sendiri tidak mampu lakukan. Contoh yang paling baik ialah ibubapa kita yang sentiasa bagi anak dia pendidikan yang cukup. Sebab mereka x mahu anak mereka jadi macam mereka yang berkerja keras pagi petang siang malam untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga. Maka mereka beri dan tunjukkan jalan kejayaan kepada kita
John
John boleh dibandingkan sebagai teman yang berada disekeliling. Teman ni mampu mempengaruhi sesorang. Andai kata dari cerita atas, john ternampak signboard bahaya dan terus balik, apa yang korang rasa? berani ke nak buat benda tu sorang-sorang?
Mantra
Mantra dalam citer diatas boleh dibandingkan dengan diri kita sendiri. Sentiasa dihadapi dugaan dan malang ketika hidup kerana tuhan suka menguji hambanya untuk mengetahui samaada dia bersyukur atau tidak, sebelum memberi kejayaan kepada seseorang.
Buaya dan sungai?
Korang paham-pahamlah. I leave it to you. Apa yang korang rasa paling sesuai dengan buaya dan sungai tu ek?
Cerita ini sebagai motivasi untuk menaikkan semangat yang sedang down ;p
Macamana nak buat duit sampingan di internet?
Ramai yang tertanya-tanya macamana cara nak buat duit diinternet. Betul ke boleh buat duit kat internet? Ada ke yang berjaya? Oh bila cakap pasal berjaya memang ramai lah. Salah sorang nya sapa yang tak kenal, jutawan yang jual peta Malaysia tu… Oh! Irfan Khairi ke? Yup. Sebenarnya ada banyak cara nak buat duit di internet. Macam-macam cara antaranya jual produk fizikal, jual peoduk digital, jual barang diwebsite lelongan, menyetai program agen pemasaran(affiliate), menulis artikel dan macam-macam lagi. Apa yang penting semangat, minat dan kemahuan untuk belajar akan mendorong sesorang untuk berjaya dalam sesuatu bidang. So apa lagi, belajarlah dari sekarang
Antara cara yang paling senang buat duit kat internet mantra rasa ialah program PPL. Pay Per lead. Macamana tu? Sesorang yang menyertai PPL akan dibayar jika dia berjaya membawa visitor lain ke sesebuah website dan mendaftar nama dan email. Visitor yang dibawa tadi tak perlu pun membuat pembelian apa-apa produk di website tersebut. Apa yang diperlukan hanya nama dan email. Setelah visitor tersebut selesai mendaftar, anda terus dpt komesen. Boleh lepak maple lepas tu
Ha senang kan? Kita promote website tu, kalau ada visitor signup dengan nama dan email diorang maka kita akan dapat komisen. PPL ni antara yang termudah sebab tak memerlukan apa-apa kos. Yang mendaftar dan yang mempromosi tak perlu keluarkan sesen. Hanya penganjur PPL sahaja yang mengeluarkan kos.
Kalau nak tau pogram PPL paling hot sekarang ni ialah pogram yang dianjur oleh salah seorang usahawan internet luar negara, JUSTIN MICHIE. Setiap lead yang dibawa akan dibayar dengan USD 1. Amacam? banyak tak? Lebih kurang RM 3.50 hanya refer seorang kawan untuk signup dipage yang disediakan. Kalau nak cuba-cuba boleh register untuk program ni di website yang tertera. Tiada sebarang kos diperlukan. Oh ya, Justin juga turut menyediakan “Friend Inviter” dalam ruangan promosi website beliau. Jadi mudah la kerja korang yang ada ramai kawan di alam cyber ni.
BELAJAR KUMPUL EMAIL LIST
Korang nak belajar kumpul email list tak? Kalau nak, korang boleh dapatkan satu report khas tentang ini yang ditulis oleh usahawan internet terkenal Justin Michie report yang bertajuk “Unstoppable List Building”. Sebelum ini Justin telah keluarkan report tentang teknik mendapatkan trafik website. Kali ini beliau sudi mendedahkan bagaimana teknik asas membina list yang besar didunia perniagaan internet.
Mesti selalu korang dengar “Money is in the list“. Memang benar pun apa yang dikatakan ayat ni. Jika kita takde list maka kita takkan berjaya buat duit di internet. Maka mengumpul list adalah penting. Tapi tau ke macamana cara yang betul, stratergi yang mantap, dan kaedah yang pantas tentang teknik nak membina list ni? Maka Justin Michie akan memberi “intro” dalam report Beliau Unstoppable List Building report. Jangan lupa untuk download P.E.R.C.U.M.A report yang sangat berharga ni
You are currently browsing the Blog Mantra blog archives for July, 2009.

